PRU 13..Setelah 5 tahun..kembali lagi..tiba masa untuk mengundi..memilih pemimpin yang berwiba..demi masa depan negara..demi kemakmuran negara saya pilih pemimpin yang berwibawa yang boleh mentadbir negara tercinta...hak mengundi hak saya...PRU 13 banyak kejutan berlaku...ramai calon muka baru...ramai yang keluar parti sanggup jadi pembelot untuk mentadbir negara sendiri..Hal ini terbukti sejak beberapa minggu ini banyak kejutan berlaku antara pengikut pengikut kerajaan mahu pun pembangkang..
Ada yang mengguna tektik kotor..membakar bendera parti,sanggup mensabotaj parti lawan dan sebagainya...sebagai negara yang bertamadun ..hal ini tak sepatutnya berlaku....sepatutnya cara yang baik perlu diikuti...tiada hasad dengki dan bersaing secara sihat...
Dulu rakyat Malaysia yang menuntut kemerdekaan dengan Pihak British terlalu bersusah payah ...Semangat demi menjadikan Tanah Melayu bebas merdeka....Sekarang ada segelintir manusia yang tidak bersyukur...menyalahkan parti kerajaan...semua tidak kena..hasad dan dengki..berlaku..apalah nasib anak bangsa akan datang..sekiranya mereka yang sekarang ini tidak memilih pemimpin yang betul betul berwiba untuk mentadbir negara..5 Tahun masa yang terlalu lama..adakah dengan menukar kerajaan sedia ada dapat membantu rakyat atau sebaliknya...fikir fikirkanlah...
Monday, 29 April 2013
Thursday, 25 April 2013
14 April 2013...di Pulau Idaman...Saya rindukan Enggang...
Jumaat...12 April 2013...bermula episod..perjalanan ke Pulau Idaman....menyambut hari kelahiranku yang ke 27 tahun...Setiap tahun aku ingin menyambut hari kelahiranku penuh dengan kenangan manis....tahun ini Pulau Idaman iaitu Pulau Pangkor menjadi destinasi pelanconganku selain menikmati keindahan alam,aku mencari ketenangan dan pengalaman manisku di sini dijadikan kenangan yang takkan ku lupakan sepanjang hidupku...manalah tau umurku tidak panjang..sekurang kurangnya aku tidak terkilan...
Bermula jam 5.30 pagi...aku bangkit awal dari tidur mandi dan bersiap siap hendak memulakan perjalanan..sebelum memulakan perjalanan yang jauh...aku mesti memeriksa barang barang yang perlu dibawa seperti ubatan ubatan,barang penjagaan diri ,sedikit pakaian dan yang penting kamera digitalku..Setiap perjalanan kedestinasi pelancongan aku akan membawa kamera digitalku untuk mengambil gambar tempat tempat menarik ,pemandangan indah dan gambar portretku...Selepas solat Subuh..aku bersalaman dengan ibuku meminta restu agar perjalananku selamat sampai dan selamat kemballi.Aku memulakan langkah kanan ku menuju ke perhentian bas RapidKl ,menunggu bas ke Pudu Sentral Kuala Lumpur.Aku sampai ke Pudu Sentral pada pukul 7.30 pagi dan sempat bersarapan di Medan Selera tingkat 4 Pudu Sentral.
Jam menunjukkan pukul 9.30 sampai masanya aku untuk menaiki bas vip coach tranasional...bas memulakan perjalanan pagi itu dan berhenti di station bas jalan duta untuk mengambil penumpang yang ingin ke Ipoh...Biasanya kalau aku berjalan jauh aku akan pilih duduk di single seat...mudah aku untuk lena dan tak menyusahkan penumpang di sebelahku..Setelah mengambil penumpang di Station bas Jalan duta,bas bergerak menuju ke lebuh raya plus utara selatan....Aku hanya menyelak nyelak majalah yang sentiasa ku bawa jika hendak pergi melancong...macam biasa Majalah Libur..penuh dengan maklumat terkini..tempat tempat menarik di seluruh dunia..Jika aku berjalan jauh majalah ini yang selalu aku bawa..aku terlena di buai mimpi indah..bas masih meluncur laju menuju ke Utara...
11.30 pagi,bas berhenti di stesen RnR Tanjung Malim untuk mengisi minyak...Aku masih lena ...malas hendak turun..Bas kembali bergerak ke Ipoh..Destinasi pertama ku.
Pada pukul 1 petang aku sampai kedestinasi ku yang pertama Ipoh.bas berhenti di stasion Darul aman,Station bas baru di Ipoh.Pertama kali aku menjejakkan kaki di Station ini...Station bas ini cantik punya banyak kemudahan tapi sistem mengambil penumpang masih di takuk yang lama .Masih ramai yang berebut rebut nak menaiki bas,mencari bas mana yang hendak naik dan sisitem ticket yang tidak sistematik.Aku menunggu selama 2 jam sebelum meneruskan perjalanan ku ke Lumut.
Thursday, 28 February 2013
Abang...Papa Sayang Abang dan Keluarga...
Bab 4 : Bertemu dia Kekasih Hatiku
Semesta ke 2 pengajianku di universiti.Semesta yang cukup indah bagiku..Bermula detik pertemuan cinta antara Sang Romeo dan Juliet,kisah cinta teragung.Di pagi yang ceria 14 April 2013,sedang aku menelaah pelajaranku di perpustakaan kampus.Dari rak ke rak buku yang kucari tidak kutemui,apabila sampai ke satu rak buku.Akhirnya aku ketemu buku yang ku cari,buku sejarah Kota Rom.Sedang asyik mebelek buku tersebut tanpa ku sedari ada seseorang yang menuju ke tempatku.Dia membawa terlalu banyak buku ditangan sampai tidak nampak ku dihadapan.Sesuatu yang tidak dijangka berlaku sesuatu yang ku ingat sampai kini antara aku dan dia.Sedang aku asyik membaca buku ditepi rak buku tiba tiba sesorang melanggarku dengan kuat.Aku terjatuh dan buku buku bertaburan di lantai.Seorang gadis yang manis terjatuh diatasku,pipi yang putih senyuman malu tersipu sipu,bibir merah merekah bak delima sungguh ayu bagiku.Terpana sekejap melihat wajahnya,walaupun sakit terjatuh tapi buat buat tak sakit."Maaf saudara ,saya tidak nampak saudara dihadapan.Saya bawa terlalu banyak buku tanpa sedar awak dihadapan".Dia berkata kepadaku."Tak mengapa saudari,mungkin saya tidak sepatutnya duduk disini,lagi kan sini tempat laluan orang".Aku berbasi basi,mungkin saja cover macho.Mungkin aku lelaki hanya punya kegoan diri."Saya Khairul ,pelajar jurusan hotel dan pelancongan ,semester ke 2 saya disini.Dan Saudari,siapa nama?"
"Nama saya Raja Sofea Alisya Raja Azlan Shah,panggil saya Sofea.Jurusan Undang Undang .Sudah semester 3 saya berada disini dan saya adalah pustakawan disini".'Salam perkenalan saudara Khairul,boleh saya tahu nama sebenar awak saudara?"dia bersuara.'Nama sebenar saya adalah Putra Pangeran Khairul Iskandar Bin Putra Pangeran Mukriz."Dengan sedikit berbangga aku menyebut namaku.Cinta pertama bertemu di Perpustakaan kampus,sungguh tragik.
Monday, 25 February 2013
Abang....Papa Sayang Abang Dan Keluarga...
Bab 3 : Kisah Kejayaanku
Masa berlalu terlalu pantas,demi segala kepayahan hidup yang aku tempuhi kini aku telah berjaya.Dahulu aku adalah seorang penyambut tetamu di sebuah hotel di selatan tanah air.Atas desakan hidup dan keazaman yang tinggi aku menyambung pelajaranku di peringkat diploma .Aku belajar di sebuah pusat pengajian swasta dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan.Aku bekerja sambil belajar.Mungkin terlau banyak masa untuk aku fikirkan.Betapa susah bekerja sambil belajar.Mana nak difikirkan kerja dan pelajaran.Aku mesti berusaha untuk mendapatkan segulung diploma.Setelah berusaha dengan cekal dan gigih aku dikurniakan diploma pengurusan hotel dan pelancongan.Berbekalkan segulung diploma aku dinaikkan pangkat menjadi pegawai pengurusan hotel.Mungkin kerjaku begitu baik,dari situ pihak pengurusan memandang kebolehan aku menguruskan hotel.Dari semasa kesemasa aku pratikkan apa yang telah ku pelajari.Beberapa tahun kemudian ,aku menyambung pengajianku dalam peringkat ijazah sarjana muda dalam pengurusan hotel dan pelancongan.Mungkin itu minatku dari dulu,pengurusan hotel dan pelancongan.Beberapa tahun kemudian ,cita citaku untuk mendapat segulung ijazah akhirnya berjaya.Aku mendapat segulung ijazah pengurusan hotel.Aku kemudian melangkah jauh kehadapan setelah berjaya.Aku dinaikkan pangkat menjadi pengurus hotel.Lebih besar tanggung jawabku pada masa itu.Dari semasa ke semasa aku belajar banyak perkara tentang pengurusan hotel,pelancongan dan dunia perniagaan.Akhirnya impianku ingin menjadi seorang pengurus hotel berjaya.Aku memulakan langkah baruku,aku melaburkan wang simpananku dan membuat pinjaman bank untuk membeli tanah di sebuah pulau untuk membuat tempat penginapan iaitu chalet.Dari hanya sebuah chalet .Kini aku berbangga cita citaku tercapai.Aku kini punya sebuah resort yang cukup segala kemudahan.Dari chalet kini menjadi resort,Resort Tropika Aswara.Aku mampu tersenyum.
Masa berlalu terlalu pantas,demi segala kepayahan hidup yang aku tempuhi kini aku telah berjaya.Dahulu aku adalah seorang penyambut tetamu di sebuah hotel di selatan tanah air.Atas desakan hidup dan keazaman yang tinggi aku menyambung pelajaranku di peringkat diploma .Aku belajar di sebuah pusat pengajian swasta dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan.Aku bekerja sambil belajar.Mungkin terlau banyak masa untuk aku fikirkan.Betapa susah bekerja sambil belajar.Mana nak difikirkan kerja dan pelajaran.Aku mesti berusaha untuk mendapatkan segulung diploma.Setelah berusaha dengan cekal dan gigih aku dikurniakan diploma pengurusan hotel dan pelancongan.Berbekalkan segulung diploma aku dinaikkan pangkat menjadi pegawai pengurusan hotel.Mungkin kerjaku begitu baik,dari situ pihak pengurusan memandang kebolehan aku menguruskan hotel.Dari semasa kesemasa aku pratikkan apa yang telah ku pelajari.Beberapa tahun kemudian ,aku menyambung pengajianku dalam peringkat ijazah sarjana muda dalam pengurusan hotel dan pelancongan.Mungkin itu minatku dari dulu,pengurusan hotel dan pelancongan.Beberapa tahun kemudian ,cita citaku untuk mendapat segulung ijazah akhirnya berjaya.Aku mendapat segulung ijazah pengurusan hotel.Aku kemudian melangkah jauh kehadapan setelah berjaya.Aku dinaikkan pangkat menjadi pengurus hotel.Lebih besar tanggung jawabku pada masa itu.Dari semasa ke semasa aku belajar banyak perkara tentang pengurusan hotel,pelancongan dan dunia perniagaan.Akhirnya impianku ingin menjadi seorang pengurus hotel berjaya.Aku memulakan langkah baruku,aku melaburkan wang simpananku dan membuat pinjaman bank untuk membeli tanah di sebuah pulau untuk membuat tempat penginapan iaitu chalet.Dari hanya sebuah chalet .Kini aku berbangga cita citaku tercapai.Aku kini punya sebuah resort yang cukup segala kemudahan.Dari chalet kini menjadi resort,Resort Tropika Aswara.Aku mampu tersenyum.
Abang....Papa Sayang Abang dan Keluarga...
Bab 2 : Keluargaku
Namaku Putra Pangeran Khairul Iskandar .Aku mempunyai sebuah keluarga yang bahgia,punya seorang isteri dan 3 orang permata hati.Anakku yang sulung bernama Putra Pangeran Aria kini berumur genap 20 tahun.Sedang menuntut di sebuah universiti luar negara dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan.Anakku yang kedua bernama Putri Allysa Sofea berumur 15 tahun dan kini bersekolah di sebuah sekolah asrama penuh di utara tanah air.Dan anakku yang terakhir bernama Putri Amira Asyiera kini berusia 2 tahun.Orang yang menjadi tulang belakangku selama ini ialah isteriku.Isteriku bernama Raja Sofea Alisya Raja Azlan Syah.Beliau berumur 49 tahun,sentiasa membantuku dikala aku kesusahan,kesedihan dan kesenangan.Mempunyai keluarga Bahgia adalah impianku selama ini.
Abang ..Papa Sayang Abang dan Keluarga..
Bab 1 : Resort Tropika Aswara
Masa berlalu terlalu pantas,kini usiaku bertambah 1 angka.Aku kini berusia 51 tahun,dengan kejayaan yang aku kecapi pada hari ini aku mampu tersenyum.Aku adalah seorang pengurus sebuah resort di Resort Tropika Aswara di pulau impianku iaitu Pulau Samudera.Pemegang saham terbesar yakni pemilik Resort Tropika Aswara.Kejayaanku bermula 10 tahun lepas apabila aku bersusah payah mendaki puncak hingga aku berjaya kini.Dengan suasana tenang dengan kedamaian lautan berlatarkan pantai biru emerald yang jernih dan berlanskapkan suasana hutan yang menghijau.Resortku menjadi tumpuan pelancong tempatan dan pelancong asing berkunjung ,ini kerana kecantikkan semulajadi yang tersergam indah memukau pemandangan mata.Resort Tropika Aswara diilhamkan berkonsepkan alam semulajadi,menawarkan 2 kolam renang luaran,sebuah spa dan pantai peribadi.
Thursday, 14 February 2013
Episod Terakhir : Catatan Perjalanan Ke Alor Setar Kedah..
Selepas lawatan kami ke Padang Alor Setar kami meneruskan destinasi terakhir,melawat rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Bin Mohammad.Tokoh yang kusanjungi sehingga kini..Banyak kejayaan yang di kecapi oleh Negara Malaysia disebabkan beliau mengutamakan dasar terbuka.Sedikit biografi Tun yang saya dapat.
Latar belakang
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah tanggal 10 Julai 1925. Merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Tarikh lahir beliau yang didaftarkan pada 20 Disember 1925 (kesemua adik-beradik beliau didaftarkan lahir pada bulan Disember) oleh bapannya adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan[1].
Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di eraPendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.
Kerjaya dan keluarga
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan satu perempuan manakala 3 anak angkat. Anak-anak beliau adalah:
Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.
Kerjaya politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya[11]
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfoliopendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.[12]
Gambar kenangan Di hadapan Rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Mohammad
Duduk ditangga sahaja
20 Disember 1925, Tun Mahathir telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Rumah ini telah dibina pada tahun 1900. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar drpd seorang penjual yg masa itu hendak mengahwinkan anaknya.
Usaha untuk membaik pulih rumah ini dilakukan pada tahun 1992 oleh Arkib Negara, dijadikan pameran dan khazanah negara.
Rumah Bumbung Lima (Pameran 1)
Mempamerkan bahan2 berkaitan Biografi, latar belakang keluarga, pendidikkan, kerjaya dan juga penulisan2 beliau.
Rumah Bujang (Pameran 2)
Mempamerkan artifak/gamba2 mengenai kegiatan Mahathir dalam politik dr peringkat awal sehingga menjadi PM.
pokok ceri
gambar kenangan
gambar kenangan bersama abang
Selesai sudah lawatan saya ke Rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Seterusnya sudah lah sampai masanya saya balik.Selepas lawatan kami bersama makan tengah hari di kedai berdekatan bandar dan setelah itu balik ke hotel.Aku berehat rehat dan mengemas barang barang untuk balik ke Kuala Lumpur ,sampai masanya kami check out dari hotel.Abang menghantar aku ke Stesen bas Shahab Perdana Alor Setar.Aku menaiki bas pada pukul 3.30 petang dan abang pulang ke Kampung di Perlis.Terasa berat hati meninggalkan negeri Jelapang Padi...Insyallah satu hari nanti aku akan kembali,tekadku.Banyak suka dan kenangan manisku di Alor Setar.Kenangan itu akan ku simpan dalam hatiku.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)
