Tuesday, 6 December 2011
zaman anak anak.......
Aku dilahirkan pada 14 april 1986 dihospital kajang.Dibesarkan oleh ibu dan bapaku dengan penuh kasih dan sayang.Ibu ku bernama Faridah binti Ahmad dan bapaku bernama Kamarudin bin Hj Maarip.Semasa kecil aku dibesarkan di banyak tempat...aku pernah tinggal di Quaters DBKL di Batu 2/3 jalan Pudu .Semasa itu ayah bekerja sebagai pembantu am di jabatan kesihatan DBKL.Ibuku bekerja menjadi pembantu makcikku disebuah restoran makanan di Taman LenSeng Cheras Kuala Lumpur.Selain tinggal disana bapaku juga membeli sebuah rumah pangsa di Taman Bukit Anggerik Cheras Kuala Lumpur.Aku juga pernah tinggal dirumah Setinggan Kg Sungai Midah Dalam Cheras Kuala Lumpur.Sekarang Kg Sungai Midah sudah dimajukan dan menjadi kawasan perumahan yang terkenal dipinggir bandaraya Kuala lumpur iaitu kawasan perumahan Alam Damai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment