Thursday, 31 May 2012

Perjalanan mencari ketenangan dari Selatan Ke Utara tanah Air...

aku memulakan perjalanan dari daerah kecil Rawang pada hari Khamis 16 May 2012....menaiki bas dari rumah sewa ke perhentian train ktm Rawang...menuju ke destinasi...Terminal Bersepadu Selatan...pagi yang indah...perjalanan pagi memakan masa..1 jam ke terminal bas menuju ke selatan tanah air...Aku menaiki bas dari Terminal bas pada pukul 10 pagi..menuju jauh ke selatan tanah air..ke hentian bas Larkin Johor Bahru..perjalanan memakan masa 5 jam...terasa letih perjalanan yang jauh...berehat menenangkan hati yang kusut..ingin mencari ketenangan....ingin mencari erti kehidupan...apabila semuanya telah musnah..aku tiba di Hentian bas Larkin Johor Bahru pada pukul 2 petang...kepenatan kerana terlalu lama duduk dalam bas...tapi kepenatan itu hilang bila dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ...disepanjang perjalanan menuju ke selatan tanah air...Tiba di hentian bas Larkin Johor Bahru ..aku menaiki bas menuju ke hentian bas Masai berdekatan Tambak Johor...dapat juga aku menyaksikan pertemuan dan perpisahan 2 negara antara Johor,Malaysia dan Singapura...dalam hati berkata..jika aku ketika ini membawa pasportku telah lama aku ke Kota Singa...Singapura..lupa nak bawak...hahha tak apa...aku meneruskan perjalanan ke Pasir Gudang...Johor...aku kini jauh berada di Selatan tanah air...Pasir Gudang...pertama kali menjejakkan kaki di bumi asing...bertemu dengan abang angkat saya di hentian Pasir Gudang...menuju ke rumahnya di Taman Mawar Pasir Gudang....sepanjang berada di Pasir Gudang selama 3 hari..aku berfikir panjang dan selalu mengenangkan nasibku..aku dijaga dengan sempurna..talian telefon dimatikan tiada siapa tahu aku berada di selatan tanah air...tiada siapa..aku ingin menenangkan fikiran ku yang kusut dengan masalah yang melandaku...selama berada di Taman Mawar..aku berjumpa dengan abgku abg Din...berbual sambil memperkenalkan daerah Pasir gudang kepadaku..malam sabtu..aku mengikuti abgku abg hamdan ke court futsal untuk menyaksikkan dia dan teman temanya bermain bola tampar....kebosanan agak yang terlampau..sambil menyaksikan dia dan rakan rakan nya bermain aku menulis status di mukabuku..sambil menyaksikan keindahan malam di daerah Pasir Gudang..........3 hari di Pasir gudang...Sabtu pada pukul 2 petang aku meninggalkan Pasir Gudang dan meneruskan perjalanan ke hentian Bas Larkin...ikut hati nak balik ke Kuala Lumpur..tapi hati..masih tidak terfikir lagi untuk pulang..kerana hatiku masih tidak tenteram... didalam bas aku bertemu dengan sahabat dari pasir gudang...sampai hentian Pasir Gudang aku meneruskan perjalanan ke daerah kluang Johor..singgah semalam tidur di rumah sahabat sebelum meneruskan perjalanan ke utara tanah air keesokkan harinya...aku meneruskan perjalanan dari hentian bas Kluang pada pukul 10.30 pagi...ahad,, 19 May 2012..ke utara tanah air..Ipoh Perak Darul Ridzuan..perjalanan panjang memakan masa 7 jam..tiba di hentian bas Ipoh pada pukul 5 petang...menghabiskan masa menikmati keindahan pemandangan alam disekitar perjalanan ke utara...dan berehat sambil tidur...apabila sampai di ipoh...aku meneruskan perjalanan ku ke..Parit Buntar menaiki bas selama 2 jam ke daerah Parit Buntar menikmati keindahan bumi bertuah,,,Perak ..menyaksikan keindahan panaroma yang tidak dapat dilihat di kota metropolitan...sampai di Parit Buntar dalam pukul 7.30 malam kepenatan yang amat...berehat di Hotel Melur di Pekan Parit Buntar....pagi keesokan aku bangun awal jam 6 pagi mandi dan solat sebelum check out dan meninggalkan daerah Pekan Parit Buntar pada pukul 7.30 pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Butterwoth Penang pulau mutiara...kegelisahan kepedihan kerana ingin mencari ketenangan aku sanggup meninggalkan semua...orang yang kusayyang kerjayaku....aku tiba di Butterworth pada pukul 8.30 perjalanan memakan masa 1 jam..aku mengambil bas ke Kuala Perlis pada pukul 9 pagi....dalam hatiku..ingin ke Pulau Idaman Ke 2..Pulau warisan Pulau Langkawi...sampai di Kuala Perlis pada pukul 11.30pagi....sampai di Kuala Perlis..aku membeli tiket ferry ke Pulau Langkawi pada pukul 12 tengah hari perjalanan ke Langkawi...pulau idamanku...aku akhirnya sampai ke Pulau Langkawi pada pukul 1 petang...meneruskan perjalanan ke Pantai Chenang Langkawi dari Jetty Kuah...checkin di Motel Amzar di Pantai Chenang pada pukul 2 petang..sampai di bilik motel aku berehat...mandi dan solat Zhuhur ...kemudian tidur...bangun sekejap jalan jalan di pantai pada pkl 3.30 petang...tidur sekejap...balik dari pantai tidur...sebelum menunggu abangku yang bekerja di Langkawi..sempat tidur sebelum dikejutkan oleh dia..pintu bilik aku tak kunci senang dia nak masuk sebab dia dah pesan,,,jangan kunci pintu kerana dia tahu aku tidur mati..hhahah hhaa..dia sampai memang aku tak sedar...migrain waktu itu..aku dikejutkan oleh beliau....untuk keluar makan malam...hujan lebat pada malam tu..makan dan hujan pun turun dengan lebat di daerah Pantai chenang ....habis lencun basah...waktu nak pergi kereta...hahah...ke Pekan Kuah mencari ubat migrain aku...disebabkan basah bajuku aku menaggalkan baju...dan tak memakai baju.pakai seluar aja...masuk di kedai serbaneka semua mata tertumpu padaku..sebab aku tak pakai baju..masuk di 7eleven...hhahah buat muka tak malu..beli barang dan keluar...kemudiann balik ke bilik...setelah abang hantar balik..ke hotel dia kemudian balik ke rumahnya di Pekan Kuah...aku tidur sendiiri malam tu sejuk sebab hujan..nak rasa buka pintu balkoni bilik ...tapi terlalu sejuk...keesokkan harinya aku bangun lewat,,,bangun pukul...9 pagi..bangun mandi...kemudian keluar sarapan pagi di sebuah kedai di deretan kedai sebelah motel Pantai Chenang makan 2 keping roti bakar jem strawberry butter dan teh o dan jus oren ....kemudian setelah sarapan aku..bersiar siar ke Laman padi Langkawi dan kemudian ke Pantai berjalan di tepi Pantai...sambil menikmati keindahan pantai ...tenang bila mendengar suara ombak menghempas pantai..suara burung berkicau....dan berjemur di tepi pantai yang putih bersih pasirnya...kemudian....aku berjalan ke Aquaria Waterworld langkawi..menyaksikan keindahan dunia dasar laut...binatang dari dunia aqua...setelah itu aku makan tengahhari didepan aquaria waterworld sebelum balik kebilik untuk berehat...tidur dan macam biasa tunggu abangku balik dari kerja ...pukul 4 petang baru balikk kerja saya bangun pukul 5 petang..dia kekejutkan saya setelah siap dia mandi haha..keluar berjalan jalan ditepi pantai menyaksikkan keindahan matahari terbenam..sungguh indah....apabila menyaksikan keindahan.matahari terbenam...selepas itu kami menikmati makan malam bersama...sebelum saya pulang ke Kuala lumpur keesokkan harinya...selepas balik ke bilik hujan turun lebat amat lebat.....tiaada bintang dapat dilihat..tiada bulan dapat disaksikan kerana 2 malam disana hujan lebat..3 malam tanpa bintang 3 malam tanpa bulan....cintaku pada Pulau Idaman..pada helang di langkawi akan terus tersemat di dalam hati.....dengan berat hati aku meninggalkan Pulau Langkawi..begitu berat melangkah begitu berat hati ini...meninggalkan orang tersayang....helang tetap di hati....cinta ku pada helang tetap hingga akhir hayat sehingga hujung nafasku sehingga nyawaku terakhir selama lamanya.....................aku pulang dengan seribu ketenangan kedamaian dijiwa ....tapi aku masih...mencari erti kedamaian ...sehingga kini...........

No comments:

Post a Comment