Hang Tuah telah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Ayahnya
bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama Dang Wati. Ibubapa beliau
mempunyai sebuah gerai kecil bersebelahan dengan Kampung Bendahara.
Semasa Hang Tuah masih kecil, beliau bekerja sebagai pemotong kayu di
gerai keluarganya
|
||||
Hang
Tuah mempunyai sahabat karib yang bernama Hang Jebat, Hang Lekir, Hang
Lekiu dan Hang Kasturi dan dikenali sebagai lima perwira. Lima sahabat
karib ini telah berlajar berguru daripada Guru Ali Putera yang tinggal
diatas bukit. Keperwiraan Hang Tuah terserlah apabila beliau dapat
mengalahkan orang yang mengamuk di Kampung Bendahara, dimana Tun Perak
yang datang menyiasat berkenaan perkara tersebut juga telah diserang.
Keadaan tersebut dapat diselamatkan oleh Hang Tuan dan kawan-kawannya.
|
||||
Hang
Tuah terkenal dengan sifat taat setia yang tinggi kepada raja dan
sanggup berkorban bagi menunaikan tanggungjawab kepada raja dan
negerinya. Beliau juga merupakan seorang yang bijaksana dan pintar,
pandai menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu serta dipercayai oleh
Sultan. Hang Tuah merupakan wira unggul pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka dan dapat mengalahkan pihak musuh yang ingin menawan Melaka.
Kata-kata “Tak Melayu Hilang di dunia�? akan sentiasa hidup bersama-sama
dengan wira Hang Tuah.
|
Wednesday, 15 August 2012
Hang Tuah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment