Sampai di bilik hotel aku berehat mungkin terlalu penat aku tertidur.Petang itu abang membawa aku keluar minum petang di Kuala Kedah.Sedang minum kawan abang datang minum bersama.Aku apalagi senyap ajalah biasalah aku penyegan.Lagi depa bcakap loghat utara dengar sajalah.Hahah buat buat faham kadang kadang ada maksud yang aku tak faham.Selepas minum dan menikmati makan petang kami bersurai.Aku dan abang balik ke hotel manakala kawan abang balik kerumahnya yang berdekatan.Sampai ke bilik hotel kami berehat secukupnya kerana malam nanti ada kerja yang menanti.Abang nak kerumah lamanya untuk mengemas barang barang nak bawa balik ke kampungnya di Perlis.Abang dah tak duduk kat quaters guru .Pada pukul 7.30 malam kami bersiap untuk pergi ke quaters guru,rumah lama abang.Kami sampai awal pada malam itu.Ada anak buah abang datang bersama suami dan 3 orang kawan abang.Kami mengemas barang barang abang.Saya senyap saja ,malu kot hehe semua cakap utara saya duk melopong.Selepas siap mengemas dalam pukul 10.30 malam kami bersurai.Aku,abang dan 2 kawan abang singgah minum di pusat bandar Alor Setar .minum teh tarik dan kuih muih.Setelah siap makan dan minum kami balik,aku dan abang balik ke hotel manakala kawan abang balik kerumah masing masing.Balik hotel apalagi masa untuk berehat setelah penat seharian perjalanan dari Kuala Lumpur memakan masa 7 jam.Letih duduk dalam bas dan letih mengemas.
19 January 2013,Sabtu.Mungkin terlalu penat semalam aku bangun lewat pukul 10 pagi baru bangun tidur.Bersiap siap untuk keluar sarapan pagi.Kami keluar bersarapan pagi di sebuah kedai di bandar Alor Setar.Kemudian kami ke Tesco.Abang membeli beberapa buah buku untuk rujukan pembelajaran.Aku membeli majalah pelancongan,biasalah majalah apa yang harus dibeli selalunya Libur jadi pilihanku.Majalah yang penuh dengan maklumat destinasi pelancongan.
Setelah membeli buku kami kami meneruskan perjalanan ke Gunung Keriang tempat yang menarik bagiku yang suka akan keindahan alam semulajadi.
Saya dan abang.
GUNONG KERIANG
Gunung keriang berada kira - kira 8km dari bandar Alor Setar. Gunung Keriang mempunyai ketinggian sebanyak 714 kaki. Terdapat pelbagai kemudahan seperti taman permainan , tasik buatan manusia dan juga tangga pendakian ke Gunung Keriang. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, tandas awam dan taman permainan ada disediakan di sini. Ia juga sesuai sekiranya kita datang untuk bersenam Di pekarangan kaki gunung terdapat gerai - gerai yang menjual hasil mineral Gunung Keriang iaitu batu bunga. Batu-batu bunga ini sesuai untuk dijadikan perhiasan, cenderamata atau alat perhiasan diri seperti gelang tanggan. Terdapat beberapa jenis batu yang dijual disini iaitu batu kristal (bunga). Bunga batu. batu air. Ada mitos menyatakan bahawa asal usul gunung keriang ini adalah sebuah kapal yang disumpah oleh sang gelembai menjadi batu, berpunca dari rasa tidak puas hatinya apabila hajat untuk mengahwini puteri yang berada didalam kapal tersebut tidak diterima. Di bahagian dalam gua ini pernah mempunyai peralatan dapur seperti pinggan mangkuk. Ketika zaman dahulu kebanyakkan penduduk setempat sering meminjam pinggan untuk kegunaan semasa kenduri. Kehilangan dan kerosakan pinggan mangkuk yang tidak diganti oleh peminjam menyebabkan lenyaplah semua pinggan mangkuk tersebut. Sekarang hanya yang tinggal adalah sebuah mitos berkenaan keistemewaan gunung keriang. Tidak jauh dari gunung keriang terdapat banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi seperti muzium padi, pusat renang akuatik, perkampungan tradisional masyarakat petani dan pusat sains negeri kedah. Setelah berada beberapa lama di Gunung Keriang ,kami meneruskan perjalanan ke Muzium Padi.Sungguh indah perjalanan di kiri kanan jalan pemandangan padi yang menguning. |
sempat bergambar kenangan.
Di Muzium Padi,abang bertemu dengan bekas pelajar yang dulu belajar di sebuah sekolah di Langkawi.Berjalan melawat Muzium Padi sungguh mengasyikkan.Terdapat sejarah penanaman padi di neger Kedah.Sedikit info tentang muzium padi yang saya sempat cari.
Salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi di negeri Kedah ialah Muzium Padi. Lokasinya terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Alor Setar. Ia dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah.
Muzium ini adalah satu-satunya muzium padi di Malaysia. Ia mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
Muzium ini adalah satu-satunya muzium padi di Malaysia. Ia mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
Muzium ini berkeluasan 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras. Di aras 1 dipamerkan sejarah penanaman padi, variati-variati padi, alat persawahan tradisional seperti anok, renggam dan lain-lain. Selain itu alat menangkap ikan tradisional yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan lain-lain juga dipamerkan di aras ini.
Di aras 2 pula ada 6 galeri. Di galeri ini kita boleh melihat lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti pertanian bermula dari zaman penjajahan hingga sekarang. Di aras ini juga kita dapat menonton dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ada ditayangkan di sini setiap hari.
Yang paling menarik dan unik di Muzium padi ini ialah apabila berada di aras 3. Di sini kita dapat melihat panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap. Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Di aras ini ada ruang pemerhati terletak di atas platform berputar.
Setelah puas melawat ke semua galeri, pasti inginkan sesuatu untuk dijadikan kenangan atau buah tangan selepas pulang. Kedai cenderamata ada menjual barangan seperti baju "T", alat tulis, dan kraftangan. Disarankan juga agar anda mencuba makanan tradisional seperti sagon, karas dan lain-lain kerana makanan-makanan ini semakin jarang didapati. Semua makanan ini dihasilkan oleh anak-anak negeri Kedah sendiri dengan harga yang berpatutan.
Muzium Padi semamangnya lokasi pelancongan yang menarik. Selain daripada boleh menambahkan pengetahuan mengenai sejarah penanaman padi, kita juga boleh melihat bahan-bahan dan peralatan pertaniah yang semakin pupus.
Waktu Lawatan:
Dibuka Setiap hari
Sabtu - Khamis : 9:00 pagi - 5:00 petang
Jumaat : 9:00 Pagi - 12:30 tengahari
: 2:30 Petang - 5:00 petang
Bayaran Masuk:
Dewasa : RM 3.00 ( seorang )
Kanak-kanak :RM 1.00 ( seorang )
(7 - 12 tahun )
Rombongan sekolah : RM 1.00 ( seorang )
Kamera : RM 2.00 ( sebuah )