18 January 2013,memulakan perjalananku ke utara tanah air ,Alor Star Kedah Darul Aman.Selepas solat Subuh ,aku memulakan perjalananku .Di keheningan pagi yang indah aku memulakan perjalanan menaiki bas Rapid Kl ke Stesen lrt Maluri,sampai disana aku menaiki pula lrt ke Stesen Plaza Rakyat.Sampai diStesen lrt Plaza Rakyat aku berjalan kaki menuju ke Pudu Sentral untuk menaiki bas ekpress ke Alor Star.Aku Menaiki Etika Ekpress pada pukul 8.30 memulakan perjalananku ke utara tanah air.Dalam bas apa lagi..sambil dengar lagu melalui earpone aku melelapkan mata sampai lah bas berhenti di R n R Bukit Gantang.Jam menunjukkan pukul 12 pm semasa aku sampai di R n R Bukit Gantang.Aku ke tandas mungkin agak lama duduk di dalam bas aku rasa letih.Di hentian r n r aku hanya membeli sebungkus kacang kuda dan sebungkus jambu yang telah dijeruk untuk aku makan didalam bas nanti.Setelah hampir setengah jam berada di r n r bas memulakan perjalanan k utara.Macam biasa sebelum aku melelapkan mata aku akan melihat panorama indah di tepi jalan rimbunan pokok yang hijau dan gunung gunang yang gagah terpampang di pandanganku.Sambil baca majalah perlancongan yang setia menemaniku di setiap perjalanan jauhku iaitu Majalah libur yang padat dengan isi isi yang berguna untuk tatapanku apabila untuk aku melancong.Pada pukul 1.30 pm bas sudah sampai di Plaza Tol Juru melewati sempadan Pulau Pinang dan Kedah.Bangun seketika untuk melaporkan dimana saya ketika itu kepada abang saya yang berada di Perlis kerana saya akan berjumpa dengan dia nanti.Jam di tangan saya menunjukkan pukul 2.30pm bas terus meluncur laju melalui lebuhraya utara selatan.Daerah demi daerah saya lewati kini tiba di tempat yang di tunggu Alor star Kedah Darul Aman.Bas berhenti di Stesen Shahab Perdana Alor Star Kedah.Saya turun di stesen ini dan bas itu meneruskan perjalanan ke Kangar Perlis.Saya sampai dalam pukul 3.30 pm.lagi tunggu abang saya Encik Shahidi datang dari Perlis dalam pukul 3.50pm.Terasa penat sangat mungkin terlalu lama dalam bas kira kira 7 jam perjalanan dalam bas terasa penat.Abang datang mengambil saya dan kami check in di hotel berdekatan rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Mohammad Jalan Seberang Perak Alor Star.
No comments:
Post a Comment