Tuesday, 14 May 2013
Kehilangan.....
Kehilangan......30 Sept 2010...sewaktu aku berusia 24 tahun ,bapaku meninggalkan aku dan keluarga..pergi dan tak akan kembali lagi...kini 3 tahun berlalu...tapi kasih aku kepada arwah bapaku masih kuat..setiap jumaat aku akan ke pusara ayah...ku bcakan Yassin buat ayah dan kudoakan buat ayah...Mungkin...sesiapa yang tidak pernah merasa kehilangan seseorang yang kita cintai tidak merasa keperitan yang akan ditanggung...walaupun sejahat mana orang yang kita sayang dia masih keluarga kita..bagiku kasih ayah tiada pengganti..dia yang telah menjadikan aku seorang manusia..walaupun aku tidak berjaya..tapi aku masih ada nilai kasih dan sayangku pada arwah ayahku..
Hari ini..14 Mei 2013....berita amat memedihkan baru ku terima...ayah kepada bayi yang mak ku jaga terkorban dalam nahas kemalangan membabitkan lori..arwah tersepit dalam lori.Pagi tadi..arwah semacam lain dari yang lain..marah anak anak sebab meragam sampaikan dia tak boleh tidur malam.Petang..arwah kemalangan dan menghembuskan nafas yang terakhir dan meninggalkan anak anak yang seramai 4 orang.Sedih,baby baru berusia 4 bulan tak tahu apa apa sudah kehilangan ayah.Anak anak arwah tidur menumpang dirumahku ,kerana ibu mereka hendak kehospital.Ibu mereka berkata puas menelefon ayah mereka dari siang tadi tapi telefon tak dijawab,malam baru mendapat perkabaran yang memilukan..
Anak anak mereka masih tidur dengan lena,tak tahu nasib malang yang menimpa ayah mereka.
Pilu,jenazah akan dibawa pulang ke sabah tanah kelahiran bapa mereka di Sabah,dan akan dikebumikan disana.Bagaimanakah nasib mereka selepas ini,anak anak masih kecil hanya bergantung pada ibu mereka.
Aku dapat merasakan kesedihan ini,begitu pedih menerima akan perkabaran yang begitu tragis bapa mereka kemalangan.Begitulah nasib anak anak sampai disini kasih mereka kepada ayah mereka terputus buat selama lamanya.Mereka harus terus meneruskan kehidupan mereka.tidak tahu akan nasib mereka selepas ini,Aku begitu yakin mereka akan sedih menerima perkabaran dari ibu mereka selepas ini.
Begitulah nasib anak anak yang kehilangan bapa mereka,sampai masanya bapa mereka meninggalkan mereka dan terus berada di alam berzakh dan seterusnya amalan mereka akan dihitung di Padang Masyar.
Apa apa pun yang terjadi redha dengan qadaq dan qadar dari Allah SWT.Hanya Dia yang menciptakan kita dan kita akan kembali kepadaNya.Al Fatihah buat Arwahyarham semoga roh arwahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman Amin Ya Rabbil allamin.Semoga pengebumian arwahyarham berjalan dengan lancar esok..amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment