Sunday, 2 September 2012

Dahulu dan Sekarang....Adab dan Susila orang Melayu....


Dilema Melayu Dr Mahathir Mohamad 

 Tatasusila dan Sistem Nilai Melayu

Sesuatu bangsa itu berbeza bukan sahaja disebabkan oleh fisiognomi, Bahasa dan tempat tinggalnya tetapi juga oleh kebu dayaannya. Kebudayaan terjalin erat dengan tatasusila dan sistem nilai sesuatu bangsa. Kesusilaan dan sistem nilai inilah yang melahirkan kesusasteraan, seni kreatif dan visual dan lain-lain manifestasi yang biasanya membentuk kebudayaan. Dan yang lebih penting lagi ialah bahawa tatasusila dan sistem nilai tersebut menentukan kemajuan dan perkembangan sesuatu bangsa dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Tatasusila dan sistem nilai orang Melayu belumlah pernah dikaji dan dianalisa. Memang tidak ramai bilangan orang Melayu yang mahu memberikan pandangan tentang perkara perkara yang sensitif ini. Tetapi jika sekiranya kita hendak mengatasi masalah orang Melayu dan masalah Malaysia dengan harapan untuk mencapai kejayaan, adalah penting kita menge tahui mengapa, dalam keadaan-keadaan yang tertentu, orang Melayu bertindak dan mencapai kemajuan yang berbeza sekali berbanding dengan orang Cina dan orang-orang lain.

Walaupun pendapat saya mengenai perkara ini tidaklah secara saintifik dan tidak juga berupa kajian yang mendalam, namun saya telah cuba memberikan sedikit sebanyak pan dangan mengenai perkara yang tidak begitu difahami walaupun sering disebut-sebut. Setidak-tidaknya pandangan ini mungkin menolong orang lain untuk memahami dengan lebih baik lagi sifat orang Melayu. Nilai dan sistem nilai mempengaruhi perkembangan dan kemajuan semua masyarakat manusia. Pada umumnya konsep nilai sesuatu masyarakat tidak dipersoalkan kecuali oleh ahli sosiologi dan ahli sains kemasyarakatan. Hanya apabila masya rakat ataupun komuniti manusia saling berhubungan dan nilai nilai yang berbeza ini bertentangan dan menuju ke arah yang berlainan barulah nilai ini menarik minat orang-orang biasa.

Konsep-konsep nilai dan tatasusila adalah saling berkait rapat. Tatasusila sangat dipengaruhi oleh agama atau tafsiran agama, maka ini bererti bahawa nilai-nilai juga sangat rapat hubungannya dengan kepercayaan agama. Demikianlah kema juan negara-negara Barat dipercayai berpunca dari tatasusila Judaeo Kristian. Memanglah tidak sukar pula untuk mengait kan perkembangan Islam yang cepat selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. dengan perubahan nilai yang dibawa oleh Islam. Tentera Islam berperang dari negeri Sepanyol hingga ke Negeri China untuk mengembangkan syiar Islam ke kawasan kawasan yang dikenali sebagai dunia pada waktu itu. Perkem bangan dan kemajuan tatasusila Islam yang sama telah mem bawa kemajuan ilmu sains dan ilmu kemanusiaan yang berlaku sesudah penaklukan selesai.

Oleh kerana itu pemahaman darihal sistem nilai dan tatasusila orang Melayu merupakan syarat mutlak untuk merancang masa depan mereka. Kajian terhadap nilai ini mungkin terbukti mengecewakan. Tetapi tanpa memahami serba sedikit tentang nilai-nilai ini, bukan sahaja mustahil untuk membetulkan pendapat-pendapat yang salah akibat tafsiran yang tidak betul, malahan rancangan untuk memajukan orang Melayu akan gagal sebab rancangan-rancangan itu akan bertentangan dengan nilai nilai yang sudah ditegakkan.

Islam merupakan pengaruh tunggal yang paling besar ter hadap konsep-konsep nilai dan tatasusila Melayu. Bagaimana pun, perlu diingatkan bahawa bukanlah agama yang begitu berpengaruh melainkan tafsiran tentang ajaran-ajaran Islamlah yang kuat pengaruhnya. Tafsiran agama berbeza-beza bukan sahaja mengikut individu malahan juga mengikut usia dan masa, bahkan juga negara. Patut pula diingatkan bahawa Islam juga mempunyai lima mazhab dan kadang-kadang timbul mazhab baru disebabkan oleh tafsiran seseorang individu. Kalaulah kadang-kadang pengaruh Islam terhadap konsep nilai Melayu nampaknya tidaklah begitu baik, maka perlulah diingat kan bahawa pengaruh itu bukanlah kerana ajaran Islam tetapi sebahagian besarnya ialah kerana tafsiran semasa penduduk tempatan yang telah menyebabkan berlakunya pengaruh buruk ini.

Tambahan pula konsep Islam di Malaysia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan lama orang Melayu. Setengah-setengahnya, terutama animisme, mempunyai pe ngaruh yang lebih kuat terhadap orang Melayu luar bandar daripada orang Melayu di bandar. Pengaruh kepercayaan- kepercayaan ini masih kuat di kawasan-kawasan luar bandar dan kadang-kadang pengaruh ini bertentangan dengan ajaran Islam. Selain daripada kepercayaan agama, peradaban Melayu telah membentuk satu susila tingkahlaku yang dinamakan adat. Adat itu nampaknya dipengaruhi oleh agama-agama orang Melayu dahulu dan sekarang, tetapi ada sebahagian besar daripadanya yang nampaknya unik dan tidak ada hubungannya dengan sebarang kepercayaan. Pengaruh adat pada keseluruhannya sudah berkurangan tetapi masih kuat di kawasan-kawasan luar bandar yang lebih konservatif, dan kita harus ingat bahawa di sinilah kebanyakan orang Melayu tinggal.

Perhubungan dengan dunia orang bukan Melayu juga telah mempengaruhi sistem nilai orang Melayu. Perhubungan ini boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu dengan dunia Islam yang bukan Melayu, di antaranya yang paling utama ialah perhubungan dengan dunia Arab baik di dalam mahupun di luar negeri; dan perhubungan dengan orang-orang bukan Islam seperti orang-orang Eropah, Cina dan lain-lain. Pada kese luruhannya, pengaruh perhubungan antara kaum ini ke atas nilai orang Melayu adalah kurang apabila agama berbeza di bandingkan dengan pengaruh kepercayaan agama yang sama. Perhubungan dengan sebilangan kecil orang Arab mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap nilai-nilai orang Melayu kalau dibandingkan dengan semua hubungan dengan kaum kaum lain yang bukan Islam.

Hukum etika dan konsep atau sistem nilai adalah perkara perkara yang besar dan tidak boleh diliputi di dalam satu kajian sahaja. Oleh kerana tujuan tulisan ini ialah untuk mencuba mengaitkan sebab dan kesan masalah-masalah yang mem pengaruhi orang Melayu, dalam kajian yang lebih meluas, hanya tatasusila dan konsep-konsep yang berkaitan dengan masalah itu sahaja yang perlu diperkatakan. Sebelum diteruskan perbincangan, eloklah terlebih dahulu diketahui apakah pen dapat orang Melayu tentang alas etika, yakni konsep kebaikan. Perkara yang mula-mula menarik perhatian pemerhati ialah perbezaan yang amat ketara antara tatasusila yang dianuti dan kebiasaan yang diamalkan. Yang tidak kurang menariknya ialah bahawa pada zahirnya orang Melayu sendiri pun tidak dapat melihat perbezaan ini. Oleh itu pemerhatian mengenai amalan yang sebenar akan memberi satu susunan nilai, sementara kajian mendalam pula akan menunjukkan kumpulan idea yang ber lainan. Sedikit sebanyaknya perkara ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang bersifat sejagat. Akan tetapi adalah satu kesilapan sekiranya perkara ini tidak diambilkira dari awal lagi bagi mengelak kritik kemudian hari bahawa pendapat yang berbeza beza telah dibuat berkenaan dengan perkara yang sama. Mengenai asas konsep baik, nampaknya konsep orang Melayu sesuai dengan idea Kant mengenai kejujuran. Perkara yang baik bukanlah yang menyenangkan, tetapi sebaliknya perkara yang wajar. Perkara yang wajar telah dinyatakan di dalam kesusilaan agama Islam dan adat yang tegas. Disanjung tinggi adalah baik bagi masyarakat dan juga bagi diri seseorang, tetapi pada umumnya individu dianggap kurang penting berbanding dengan masyarakat.

Tatacara dan upacara agama sangatlah penting dalam konsep nilai orang Melayu. Sesuatu yang rasmi adalah dianggap sesuai. Menyeleweng dari tatacara dianggap tidak cocok, biadab dan patut dicela dan dihukum oleh Tuhan dan manusia. Sikap ini pada dasarnya sikap yang konservatif. Sikap ini tidak mengizinkan inovasi. Sesungguhnya sikap ini tidak menggalak kan perubahan dan dayatemu. Biasanya memang ada cara yang rasmi untuk melakukan sesuatu dan tidak semestinya ada pen jelasan yang logik mengapa cara yang ditetapkan itu dianggap betul dan diterima. Oleh kerana agama adalah asas utama sistem nilai orang Melayu, maka sewajarnyalah bahawa kebaikan dan kebijaksanaan mempunyai erti yang sama dengan ketinggian beragama. Menjadi alim dalam bidang agama dianggap baik, dihormati dan dipandang tinggi. Pengetahuan bertambah dengan usia yang meningkat, dan oleh itu Islam sangat menghormati mereka yang berusia dan berpengetahuan.

Hidup semata-mata untuk keseronokan tidak mempunyai tempat di dalam etika hidup orang-orang Melayu. Keseronokan baik fizikal atau mental adalah dipandang rendah. Sesuatu kerja tidak dilakukan dengan tujuan keseronokan semata-mata. Ber khidmat kepada sesama manusia mungkin mendatangkan ke puasan dan keseronokan tetapi ini bukanlah sebabnya mengapa seseorang Melayu itu patut berkhidmat kepada orang lain. Hanyalah kesopanan dan tanggungjawab yang menggerakkan nya. Tenaga penggerak ialah untuk mendapat keredaan Tuhan dan kebaikan di mata manusia. Dengan lain perkataan, sesuatu itu adalah dilakukan kerana ianya wajar dan bukan kerana ianya menyenangkan atau kerana tindakan itu akan memberi ke puasan hasil dari pencapaiannya. Keseronokan fizikal dipan dang hina dan haruslah dibendung atau sekurang-kurangnya disembunyikan. Memakan makanan yang lazat dengan berle bihan dianggap tidak baik dan minum minuman yang boleh memabukkan ditegah oleh agama dan tidak dapat diterima oleh masyarakat.

Falsafah `makan, minum, dan berseronok-seronokan' tidak mempunyai tempat dalam masyarakat Melayu. Hidup itu se mentara dan inilah waktunya kita membuat persediaan untuk hari akhirat. Oleh kerana itu kehidupan di dunia bukanlah untuk bersenang-senang atau bersuka-suka melainkan untuk beribadat dan patuh kepada perintah-perintah agama. Terlalu sibuk dengan perkara-perkara keduniaan, seperti mengumpulkan harta tidaklah baik. Jika orang Melayu bukan penggemar makanan dan minuman mereka juga bukanlah orang yang pandai menahan nafsunya. Kehidupan ini penuh dengan pen deritaan, tetapi tidaklah semua penderitaan itu harus ditang¬gung dengan penuh kesabaran. Melentur sedikit mengikut tiupan angin apabila dalam kesukaran memanglah diduga. Malahan dalam agama sekali, pun adalah diperintahkan supaya seseorang itu berpura-pura membuang agamanya daripada ber sabar mengalami siksaan. Syuhada-syuhada Kristian yang lebih suka mati daripada memisah dari kepercayaan mereka dianggap oleh orang Melayu sebagai bodoh sekali. Manifestasi agama yang zahir atau dapat dilihat kadangkala tidaklah begitu penting oleh kerana agama adalah perkara kerohanian. Membendung perasaan terhadap penindasan dan menanggung kesakitan dengan tujuan menunjuk kedegilan adalah dianggap bodoh dan sia-sia.

Tetapi bertentangan dengan tuntutan agama supaya mem pertimbangkan arus dan aliran adalah pegangan yang begitu kuat ke atas sifat dan bentuk yang ditetapkan oleh adat. Dalam tatasusila tingkahlaku Melayu rupa bentuk lebih penting dan lebih disukai daripada isi kandungan yang sebenarnya. Oleh itu status rasmi yang formal dianggap lebih penting daripada kuasa yang ada bersama-sama status tadi. Dengan lain-lain perkataan, tidaldah menjadi apa-apa jika keadaannya tidak sebenarnya begitu asalkan ianya mempunyai rupa bentuk yang demikian.

Sikap inilah yang menjelaskan kejayaan dan betapa mudahnya British mengambil alih negeri-negeri Melayu. Sikap ini mene rangkan kenapa orang British berjaya dengan senang meme rintah negeri-negeri Melayu sebagai negeri-negeri yang dilin dungi pada lahirnya tetapi memperlakukan negeri-negeri itu sebagai tanah jajahan.

Akhir sekali, ada pula kepercayaan kepada takdir yang men jadi ciri sikap hidup orang Melayu. Kepercayaan kepada takdir ini sangat nyata di mana-mana sahaja dan sangat mempenga ruhi keseluruh konsep nilai orang Melayu. Kepercayaan ini memungkinkan segala sesuatunya, lama ada yang baik ataupun yang buruk, diterima dengan sikap toleran dan sabar sahaja tanpa membantah. Kepercayaan ini tidak menggalakkan usaha besar untuk mengadakan perubahan. Kepercayaan ini tidak memberontak. Jika sekali pun ada percubaan untuk berbuat sesuatu, kegagalan diterima dengan penuh kesabaran. Seluruh falsafah hidup terkandung dalam peribahasa Melayu `Rezeki secupak tidak akan jadi segantang'. Dengan lain-lain perkataan, takdir menentukan segala-galanya dan usaha untuk memperbaiki keadaan seseorang itu tidak berguna kecuali jika sudah ditakdirkan demikian.

Akibat sikap berserah kepada takdir ini menyebabkan usaha mencari harta dunia tidak dipentingkan. Perasaan bangga kerana berusaha sedaya upayanya bukanlah perkara biasa. Juga tidak terdapat sanjungan yang tinggi terhadap orang yang enggan berhenti bekerja kerana kecacatan atau umur yang tua. Sikap yang dianggap betul ialah mengakui batas kemampuan seseorang dan kesediaan untuk menerima batasan-batasan ini. Rasa simpati terhadap mereka yang kurang bernasib baik harus diperlihatkan oleh orang-orang lain. Inilah sifat yang dikagumi dan umumnya terdapat di kalangan orang Melayu.

Sebelum kita membincangkan kejadian-kejadian umum dalam pengalaman manusia dalam alam sekitarnya serta sikap orang Melayu terhadap kejadian-kejadian ini, barangkali ada faedahnya jika kita mengingati kembali rumusan-rumusan umum tentang nilai-nilai etika orang Melayu untuk melihat bagaimana kedudukannya berbanding dengan nilai-nilai etika yang dianjurkan oleh ahli-ahli falsafah dahulu kala. Perkara pertama yang dapat dikatakan tentang kesusilaan Melayu ialah tatasusila itu belum dipengaruhi oleh pengetahuan secara sedar tentang falsafah-falsafah tatasusila dahulu kala ini. Apa-apa jua persamaan dengan, ataupun apa-apa penolakan yang nyata terhadap nilai-nilai orang Greece purba dan tamadun Medi terranean sebelum zaman Kristian sudah semestinyalah berlaku secara kebetulan sahaja.

Pertama sekali, pemeriksaan diri sendiri yang begitu menarik perhatian dan menelan masa yang panjang ahli-ahli falsafah Greece tidak dianggap mempunyai apa-apa nilai kebaikan yang besar. Oleh itu menganalisa diri secara kritis dengan sengaja adalah jarang sekali dilakukan. Tafsiran Socrates mengenai seruan Delphi, "Ketahuilah dirimu sendiri," yang memberi nilai kebaikan terhadap pengetahuan mengenai diri sendiri tidak terdapat persamaannya di kalangan orang-orang Melayu. Ini bukan sahaja melibatkan individu malahan juga masyarakat. Kelemahan ini menyebabkan kelemahan mengetahui dan mengatasi kesalahan-kesalahan diri sendiri. Lebih konservatif sesebuah masyarakat, maka lebih besarlah kelemahan ini. Perkara ini adalah amat ketara di dalam masyarakat luar bandar dan menyebabkan kebuntuan menghubungkan sebab dengan akibat.

Jenis pengetahuan yang disanjung ialah pengetahuan agama. Usaha untuk mempelajari darihal agama agak mengkagumkan, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar yang dianggap mundur. Misalnya kitab suci Al-Quran dibaca orang, diberi tafsiran dan dibincangkan begitu meluas. Di kalangan orang Melayu, kebolehan berbahasa Arab adalah perkara biasa, dan kadang-kadang bahasa Urdu yang menjadi bahasa pengantar bagi pelajaran agama di Pakistan dan India juga difahami.

Walau bagaimanapun, nilai-nilai kerohanian Islamlah yang paling mendapat perhatian. Penekanannya ialah tentang kehi dupan yang salih, bebas dari dosa dan kehidupan yang boleh memberikan kebahagiaan di akhirat. Oleh kerana itu pengeta huan agama dicari semata-mata demi pengetahuan agama dan untuk menjalani hidup yang salih. Tetapi kebaikan pengeta huan yang diperolehi dari agama tidak selalu digunakan untuk mempengaruhi nilai-nilai lain. Di antara tiga kebaikan utama yang dinyatakan oleh Plato, kesabaranlah yang paling nyata di kalangan orang Melayu. Kesabaran bukanlah falsafah yang aktif melainkan hasil daripada iklim dan alam sekitar orang Melayu. Orang yang tidak sabar tidak dipandang mulia. Gambaran yang diberikan ialah satu bendungan yang berterusan yang mencabar ketabahan hati. Ia menyebabkan konflik di dalam diri, dan kadangkala ikatan-ikatan yang membendung ini seakan-akan putus dan tiba-tiba sikap sopan dan beradab itu hilang dan digantikan oleh satu kemarahan yang mendadak yang begitu menakutkan kerana arus keganasannya.

Namun begitu, orang Melayu rata-rata biasanya ingin mengamalkan hidup yang sederhana. Dalam menikmati hidup yang sederhana, sikap terhadap orang lain dan reaksi terhadap keadaan dan alam sekeliling, sentiasa terdapat nilai kesederha naan ini. Orang Melayu yang baik selalunya merendah diri dan tidak menonjolkan dirinya, tidak mahu memaksakan kema huannya jika kemahuan itu bertentangan dengan kemahuan orang lain dan sentiasa sahaja sedia berkompromi.

Keberanian, sifat kebaikan yang kedua yang diutamakan oleh Plato memberi erti yang agak berbeza daripada konsep kebera nian dalam keseluruhan sejarah etika Barat. Ketegasan pendi rian untuk melanggar, atau berundur atau untuk bertahan yang dipengaruhi oleh pemahaman yang jelas mengenai sesuatu kea daan, sebagaimana diterangkan oleh Plato, bukanlah sebaha gian daripada keperibadian Melayu. Sesungguhnya ketegasan sama sekali bukanlah sifat orang Melayu. Oleh kerana itu jenis keberanian yang memerlukan ketegasan dan memegang teguh kepada prinsip jarang ada di kalangan orang Melayu. Dalam banyak perkara keberanian disamakan dengan kesanggupan menghadapi sesuatu keadaan yang tidak ada harapan lagi. Ertinya menghadapi rintangan maha besar yang boleh mem bawa kepada kekalahan dan kemusnahan. Menentang musuh yang lebih kuat dari keupayaan sendiri dianggap berani. Memperhitung dan menilai peluang terlebih dahulu menun jukkan perasaan takut. Sudah berkali-kali ketidakupayaan atau keengganan untuk mengukur kemungkinan yang akan mereka hadapi menyebabkan orang Melayu mengalami kekalahan dan malapetaka. Seseorang Melayu yang gagah berani selalunya bertindak secara membabi-buta dan oleh kerana is lebih ber kemungkinan melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibatnya, maka seseorang Melayu biasa akan hormat dan takut kepada nya. Seorang orang biasa sedar bahawa tidak ada faedah menim bulkan kemarahannya dan adalah lebih selamat untuk membiarkan orang itu mengikut kehendaknya sendiri. Jelaslah bahawa orang biasa sebaliknya menggambarkan golongan yang amat jauh perbezaannya, di mana demi keselamatan, prinsip dengan mudah sekali diketepikan.

Kenyataan-kenyataan ini mungkin terasa menghina. Memang ada banyak contoh tentang keberanian yang sebenarnya dalam sejarah orang Melayu. Kegagahan beberapa orang anggota pasukan Askar Melayu sudahlah diketahui umum. Tetapi kesimpulan di atas pada dasarnya betul. Kesimpulan umum ini menerangkan mengapa orang Melayu pandai mengatasi musuh mereka secara senyap-senyap dan tipu helah dan jarang sekali menyerang secara berdepan dalam sebarang keadaan.

Kebijaksanaan menurut tafsiran Plato bukanlah sepertimana kebijaksanaan yang dimaksudkan oleh orang Melayu. Perlunya mengawal nafsu dan mengarahkan keazaman memang diakui, tetapi kebijaksanaan adalah dianggap sebagai kebolehan untuk memintas sesuatu keadaan tertentu. Yang dipandang tinggi bukanlah semata-mata mengawal nafsu dan mengarahkan keazaman tetapi adalah kebolehan mengelak dari membuat keputusan yang muktamad dan dapat membuat pembetulan kemudian nanti. Kebolehan inilah yang disanjung tinggi. OrangMelayu tidak pernah terikat kepada apa-apa. Selalunya ada jalan keluar untuk melepaskan diri. Dalam mencuba menyediakan jalan keluar yang bijak bagi sesuatu keadaan, proses membuat keputusan selalunya merupakan proses yang menjemukan dan banyak memakan masa. Sesungguhnya, seberapa yang boleh, sesuatu keputusan akan cuba dielakkan sama sekali, dan oleh yang demikian berpeluanglah untuk menyangkal dan kemudianmembuat pembenaran.

Jelaslah bahawa ketiga-tiga ciri kebaikan yang diutarakan oleh Plato tidak ada kena-mengena dengan orang Melayu. Kebaikankebaikan ini memang ada tetapi oleh kerana nilainya berbeza, maka masyarakat yang dibentuknya itu berbeza sama sekali, dan tidak berkembang mengikut garis-garis yang sama seperti peradaban Barat. Dan oleh kerana konsep-konsep nilai dan tatasusila orang Melayu berbeza daripada konsep nilai dan tatasusila Barat, maka perubahan dalam alam sekitar semata-mata tidak mungkin akan membawa perubahan besar yang sepatutnya dalam nilai-nilai Melayu sehingga mereka dapat bersaingan dengan usaha kaum atau komuniti lain. Dengan lain perkataan, tanpa perubahan yang radikal pada tatasusila dan konsep nilai mereka, maka usaha besar-besaran untuk mengubati penyakit yang menimpa orang Melayu hanya akan menambahkan lagi kekecewaan semua yang berkenaan, oleh kerana hasil yang diperolehi itu adalah minimum sahaja.

Sekarang marilah kita meneliti sikap orang Melayu terhadap pengalaman umum masyarakat manusia, mengenai hidup dan mati, mengenai individu dan masyarakat, mengenai kekayaan dan kemiskinan, dan mengenai kejadian-kejadian utama lainnya yang mempengaruhi cara berfikir dan reaksi dalam masya rakat. Nyawa merupakan kurniaan Tuhan dan kurniaan itu adalah paling berharga bagi manusia. Orang Melayu meng hargai nyawa tetapi nampaknya tidak menghargai sepenuhnya apa yang dikatakan nyawa dan tujuannya. Oleh sebab nyawa itu kurniaan Tuhan, maka nyawa tidak boleh diambil. Membunuh adalah perbuatan yang keji tetapi yang lebih keji ialah mem bunuh diri sendiri. Oleh itu membunuh diri sendiri sangat jarang berlaku dan orang yang membunuh diri menjadi punca keaiban kepada sanak saudara yang ditinggalkannya. Oleh kerana mengambil nyawa itu keji, maka orang Melayu tidak akan membunuh secara sengaja. Kejadian pembunuhan yang kadang-kadang berlaku dalam masyarakat Melayu adalah disebabkan oleh hilang fikiran. Pembunuhan jarang dirancangkan dan selalunya si pembunuh mudah dikesan.

Walaupun orang Melayu pada lahirnya menghargai kehidupan, tetapi mereka nampaknya tidak tahu apa yang sepatut nya dilakukan dengan kehidupan. Dalam masyarakat luar bandar yang lebih konservatif, kehidupan hampir seluruhnya merupakan jangka waktu untuk membuat persediaan untuk hari akhirat. Agak diragukan apakah ini yang diajar oleh Islam. Mungkin sekali sikap ini adalah suatu bentuk pelepasan diri dari kenyataan hidup yang sebenarnya, yakni tembok yang memben dung perasaan cemburu yang dirasakan oleh orang Melayu ter hadap kemakmuran yang dinikmati oleh kaum-kaum dan negara-negara lain. Akibat tumpuan yang amat kuat kepada akhirat itulah orang Melayu dapat meyakinkan diri mereka bahawa mereka tidak kerugian apa-apa di dalam kehidupan di dunia ini sekiranya mereka tidak mempunyai apa-apa harta benda. Dunia ini sementara sahaja sedangkan akhirat itulah yang kekal. Jika hidup di dunia ini sementara dan hidup yang lebih baik menunggu manusia, maka terlalu berazam untukhidup tidak ada faedahnya dan tidaklah wajar pula. Sudah tentu sikap ini bererti berserah kepada takdir. Jika sikap ini berleluasa maka azam untuk hidup dan berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik tidaklah begitu gigih.

Hidup dikaitkan dengan masa. Hidup bererti berada untuk satu jangka masa. Oleh kerana itu hidup dan masa tidak dapat dipisah-pisahkan. Jika kehidupan ini dihargai maka masa juga haruslah dihargai. Malangnya hubungan di antara hidup dan masa nampaknya tidak dihargai oleh orang Melayu. Hidup ber harga tetapi masa tidak. Oleh itu masa disia-siakan atau diabai kan begitu sahaja. Misalnya umur sangat mudah disesuaikan. Orang Melayu umumnya tidak begitu pasti tentang umurnya sendiri dan sebarang agakan yang dibuatnya mungkin jauh lebih daripada yang sebenar. Ini ialah kerana umur tua dimuliakan dan orang lelaki, malahan orang perempuan juga, ingin selalu nya mengatakan dirinya lebih tua dari yang sebenar. Orang lelaki dengan mudah berkata dia berumur 100 tahun tetapi apabila diperiksa sahaja umurnya didapati tidak lebih daripada 70 tahun.

Mengabaikan masa boleh dilihat sebagai cara bagaimana masa itu disia-siakan. Duduk-duduk sahaja, minum-minum kopi atau berbual-bual merupakan tabiat biasa orang Melayu di seluruh negara. Undangan makan kenduri di kampung selalu nya tidak tetap waktunya. Orang-orang yang dijemput boleh datang bila-bila masa sahaja, makan bila-bila sahaja dan pulang bila-bila sahaja. Tiada siapapun yang hadir tepat pada waktu nya untuk mesyuarat tetapi apabila sudah dimulakan tidak pula ditentukan waktu bila mesyuarat itu akan berakhir. Oleh itu sesuatu perjumpaan mungkin dimulakan lewat dari waktunya dan tamat lebih lewat pula, biar betapa lama masa diuntukkan supaya sesuai bagi setiap orang.

Apabila tidak ada kesedaran terhadap masa (dan waktu), maka tidak adalah perancangan dan perlaksanaan kerja tidak lah boleh diharapkan. Jadual waktu merupakan bahagian penting dalam kehidupan manusia moden. Sesungguhnya, semakin maju seorang itu dalam bidang teknologi maka semakin terikatlah dia kepada waktu. Penghitungan detik-detik waktu melambangkan pergantungan mutlak teknologi moden kepada waktu. Tanpa ketepatan waktu secara matematik, manusia sudah tentu tidak akan dapat menjelajah di angkasa lepas. Sebuah masyarakat yang tidak mempedulikan waktu haruslah dianggap sebagai masyarakat yang sangat mundur. Apatah lagi masyarakat itu akan terus-menerus menjadi masyarakat yang mundur. Masyarakat itu sekali-kali tidak akan dapat mencapai sesuatu apapun dengan daya usahanya tersendiri dan sekali-kali tidak boleh bergerak maju dan mengejar peradaban lebih maju yang mementingkan waktu. Pastilah bahawa kegagalan orang Melayu untuk menghargai masa merupakan salah satu daripada halangan yang paling penting untuk mereka mencapai kemajuan.

Sikap terhadap hidup dan masa melambangkan percang gahan dalam sistem nilai orang Melayu. Di satu pihak hidup sangat dihargai tetapi di pihak yang lain, masa yang harus menyertai hidup untuk menjadikan hidup itu lebih bererti, tidak begitu dihargai. Masa disia-siakan dan dengan itu bermakna hidup juga disia-siakan. Jika hidup merupakan pemberian Tuhan maka masa juga tentulah pemberian Tuhan. Mensia siakan masa pastilah bukan cara yang wajar bagi orang yang teguh keyakinan kepada agama dan menghargai pem berian Tuhan. Namun, beginilah caranya orang Melayu mem perlakukan masa. Masa disia-siakan dan dengan itu hidup juga disia-siakan. Kemuliaan hidup yang mendalam agak dilemah kan oleh kegagalan memberi nilai yang lama terhadap masa.

Bagi orang Melayu, baik yang salih maupun tidak, maut adalah waktu bagi seseorang mendapat balasan kerana kesa lahan yang dilakukan semasa hidup dan mendapat ganjaran kerana kebaikan dan kesalihannya. Oleh kerana tidak ada orang yang benar-benar boleh menyatakan bahawa dia senantiasa berbuat baik sewaktu hayatnya, dan oleh kerana dia akan dihukum bagi segala kesalahan yang dilakukan sewaktu hayat nya, maka maut sudah tentulah amat menakutkan, walaupun bagi orang-orang yang alim. Orang Melayu takutkan maut, tetapi yang anehnya ialah mereka tidak terdorong untuk mem pertahankan nyawa mereka. Sikapnya ialah berserah kepadatakdir. Dia bersabar menunggu ajalnya, dan juga ajal orang lain. Dia mencari ketenangan dengan beribadat. Dia menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada belas kesihan Tuhan sebab dia sudah tidak bersedia lagi berbuat suatu apapun untuk dirinya. Meskipun diterima hakikat bahawa ajal itu sudah ditakdirkan, namun kesedaran bahawa dia akan mati tentu memeranjatkan juga orang Melayu. Kesedaran ini, biasanya datang apabila seorang itu mencapai usia 35 atau 40 tahun, sering mengakibatkan sakit saraf yang teruk dan akan mempengaruhi seluruh sikapnyaterhadap hidup. Dia sangat berhati-hati dan mengelakkan apa sahaja yang dirasakan berbahaya dalam menghadapi masalah masalah hidup. Seringkali dia menjadi pendiam dan enggan bersungguh-sungguh untuk mencari kebahagian hidup di dunia.

Bagi orang Melayu ajal diterima dengan tenang apabila tiba masanya. Ajal itu juga diterima dengan tenang oleh sanak saudara dan sahabat yang rapat. Kadang-kadang nampaknya seolah-olah ada pula keinginan untuk mati. Jadi apabila sahaja seseorang itu sakit teruk, maka kaum keluarganya secara diam diam akan membuat persediaan untuk menghadapi kematian. Berusaha untuk berubat tidak dilakukan seperti sewajarnya. Perbincangan yang berlarut-larut akan dilakukan dengan sanak saudara, sahabat-handai dan juga dengan orang yang sakit itu. Tiada siapa pun yang mahu bertanggungjawab membuat satu satu keputusan, terutama keputusan untuk berbuat sesuatu yang positif. Tiada siapa pun yang mahu dituduh kemudian nanti sebagai bertanggungjawab membuat sesuatu yang ada kaitannya dengan kematian itu, atau lebih buruk lagi yang mungkin menyebabkan kematian itu. Perbincangan ini biasanya tidak berkesudahan, sementara si sakit perlahan-lahan menemui ajalnya.

Sewaktu si sakit menunggu keputusan yang mungkin meno longnya sembuh, sahabat-handai dan kaum keluarga tidak putus-putus datang untuk melahirkan rasa simpati mereka. Malangnya perbuatan yang begitu telah menjadi suatu kebia saan sehinggakan tidak ubah seperti menghadiri kenduri kecil. Biasanya kopi dihidangkan kepada tamu-tamu berkenaan walaupun perkara ini akan lebih membebankan keluarga si sakit. Setelah bertanya-tanyakan kabar tamu-tamu itu duduk mengelilingi si sakit dan terus berbual-bual. Apabila terdapat sahaja tanda bahawa ajal sudah dekat, ayat-ayat suci akan di bacakan. Akhirnya apabila si sakit menemui ajalnya, kematian itu diterima dengan tenang oleh kaum keluarga. Tidak ada ratapan. Kaum keluarga yang terdekat mungkin tersedu tetapi umumnya kematian itu nampaknya seperti terlepas sudah suatu bebanan. Tidak ada perbezaan besar di antara kematian orang tua, atau kematian orang muda, atau kematian kanak-kanak. Semua kematian sama sahaja, iaitu sesuatu yang telah ditakdir kan dan tidak siapa pun yang dapat berbuat apa-apa.

Ajaran Islam melarang upacara pengkebumian dan per ingatan secara besar-besaran. Yang ditanam itu hanyalah jasad dan jasad manusia hanyalah tanah dan oleh kerana itu tidaklah penting. Rohnya tidak ditanam bersama-sama jasad itu. Pengabadian tempat pengebumian itu tidaklah mustahak. Liang lahad digali di atas kubur lama dan batu nisan lama dibuang. Si mati tidak dipuji-puji tatkala dia dikuburkan. Doa yang biasa akan dibacakan untuk semua orang. Selepas itu hanya orang perempuan sahajalah yang biasanya menziarahi kubur ini untuk membacakan ayat-ayat suci Al-Quran pada pagi Jumaat atau pada hari raya Aidil Fitri.

Dengan demikian maut ditakuti oleh orang Melayu, tetapi apabila tiba ajal mereka menerimanya dengan tenang. Si mati dengan segera dilupakan dan tidak ada sesuatu yang dilakukan untuk mengekalkan kenangan terhadapnya. Kematian, kecuali kematian syahid di dalam peperangan, bukanlah suatu yang dimuliakan. Tetapi perang sabil sudah tidak berlaku lagi, dan oleh kerana itu maut tidak lagi dicari dan diharap-harapkan. Apabila manusia takut kepada maut, keberanian yang didorongi oleh sifat suka mengembara dan mencari bahaya secarasengaja dan membabi-buta tidak menjadi perkara yang biasa. Tetapi apabila rasa takut kepada maut bersama dengan pene rimaan maut sebagai suatu yang tidak boleh dielakkan, kebe ranian membabi-buta dalam menghadapi bahaya yang besar menjadi perkara biasa. Perkara inilah yang menyebabkan orang Melayu, yang biasanya merendah diri dan sentiasa mengalah, tiba-tiba sahaja menyerang tanpa sedikit pun berasa takut akan malapetaka yang pasti menimpa mereka akibat perbuatan mereka itu. Mengamuk adalah sebahagian daripada kesan yang timbul akibat sikap orang Melayu terhadap kematian.

Sikap terhadap harta dan wang menjadi kunci kepada kema juan sosial dan ekonomi masyarakat manusia. Oleh kerana itu memahami sikap orang Melayu terhadap harta dan wang adalah perlu supaya usaha-usaha boleh dilakukan untuk memperbaiki kedudukan orang Melayu yang agak miskin dan mundur. Harta diperolehi atau diwarisi. Bagi kebanyakan orang Melayu harta dan tanah mempunyai makna yang sama. Tanah menjadi seba- hagian besar daripada harta yang dimiliki oleh orang Melayu, oleh kerana sebilangan besar mereka adalah petani. Proses men¬dapatkan tanah pada dasarnya masih lagi bersifat tradisional.

Pada zaman kesultanan Melayu dahulu orang Melayu akan memperoleh sekeping tanah jika dia dapat menunjukkan bukti bahawa dia telah menetap di tanah itu, membersihkan kawasan itu dan bercucuk tanam di situ. Kebenaran membersih tanah dan menetap di situ tidak diminta terlebih dahulu. Seseorang Melayu hanya memilih tanah yang tidak diduduki orang dan tanpa peraturan selanjutnya terus menetap di situ. Selepas beberapa tahun barulah dia memohon tanah itu dan berhara pan penuh akan diberi geran tanah tersebut untuk selama lamanya. Dan, di negeri-negeri Melayu lama dahulu, hak ini dihormati dan diakui, dan kemudian geran tanah yang ber kekalan dikeluarkan.

Memperolehi tanah tentulah melibatkan kerja, tetapi proses nya adalah mudah, inisiatif atau budi bicara tidaklah diperlukan sangat. Siapa sahaja boleh memperolehi harta jika dia mahu. Sikap orang Melayu yang lebih ketara ialah perasaan berhak terhadap harta. Perasaan ini membangkitkan rasa puas hati dan mengurangkan apa-apa usaha untuk mengumpul kekayaan. Perkara yang paling penting dalam proses memperolehi tanah bukanlah kerja dan inisiatif, sebaliknya ialah membulatkan azam dan mengambil keputusan memperolehi tanah tersebut. Geran tanah hampir keseluruhannya diberikan oleh sultan kepada orang Melayu untuk selama-lamanya. Sebidang tanah yang sudah dipindah-milik akan menjadi harta yang boleh diwariskan dan lambat-laun harta berbentuk tanah ini akan dipecahkan mengikut undang-undang Islam. Akan tetapi pemi likan tanah sebagai harta yang sebenar sangatlah besar ertinya dan memiliki tanah menjadi simbol status, biar betapapun kecil atau tidak ekonomik tanah itu. Tanah juga dapat diperolehi dengan cara membelinya. Pembelian tanah secara langsung memang berlaku tetapi tidak kerap. Biasanya tanah yang tidak diwarisi diperolehi secara proses jual janji, iaitu amalan keji yang patut dikutuk sekeras-kerasnya kerana bukan sahaja tidak beretika tetapi juga bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam amalan ini seseorang itu menyandarkan tanahnya supaya dapat meminjam wang. Jumlah yang terlibat biasanya hanya sebaha gian kecil daripada nilai tanah itu. Kalau hutang itu tidak dibayar balik dalam masa yang ditetapkan biasanya tanah itu akan diambil oleh si pemberi pinjaman.

Tanah menguasai cara berfikir orang Melayu dan hartalah yang kerap menimbulkan perbalahan. Perbalahan begini lazim nya menjadi isu yang penuh emosi. Tuntutan hak terhadap se bidang tanah mungkin menimbulkan pertelingkahan yang meli batkan proses undang-undang dan perbelanjaan yang diguna kan untuk mendapatkan keputusan mahkamah mungkin ber lipat-ganda lebih besar daripada nilai tanah itu. Tetapi kepada semua pihak yang terlibat di dalam perbalahan ini perbelanjaan yang digunakan tidaklah sia-sia. Kepuasan yang diperolehi daripada perbicaraan yang sengit di mahkamah menjadi alasan bagi perbelanjaan yang dibuat.

Selain daripada tanah, orang Melayu tidak mempunyai barang-barang lain yang boleh mereka anggap sebagai harta. Barang-barang kemas dan wang tunai kadang-kadang boleh di anggap sebagai harta. Akan tetapi oleh sebab wang dan barang barang kemas mudah dipergunakan atau disembunyikan dan tidak ada bukti bertulis yang menyebut pemegang hak, maka benda-benda ini tidak dihimpun sebagai milik abadi yang diwariskan. Wang menjadi alat yang menyenangkan hidup orang Melayu. Wang memudahkan penukaran barangan dan khidmat. Wang umumnya tidak dianggap sebagai modal untuk melabur. Segala wang yang diperolehi datangnya dari penjualan harta atau daripada upah jerih payah dan pekerjaan. Semua wang yang didapati dari hasil jualan tadi ditukarkan dengan perkhidmatan ataupun untuk terus dibelanja sahaja.

Orang Melayu kurang berjaya dalam perniagaan kerana mereka tidak faham tentang kemampuan wang. Selain daripada menjual hasil kerja mereka atau barang-barang, orang Melayu nampaknya tidak dapat mencari jalan lain untuk mendapatkan wang. Memanglah benar bahawa wang harus dibelanjakan sekalipun untuk menanam padi tetapi perbelanjaan untuk maksud ini sedikit benar. Benih padi disimpan dari tuaian yang lalu. Jika penanam itu menjadi penyewa, maka dia sudah membayar sewanya dengan hasil tanamannya. Penyediaan sawah keseluru hannya adalah dengan tenaga sendiri. Baja diperolehi dengan berjanji akan menjual hasilnya kepada kedai Cina di kampung itu. Kerja memindah semaian dilakukan secara gotong-royong dengan hanya menyediakan makanan kepada jiran-jiran yang datang menolong. Malahan upah menuai pun dibayar dengan menyediakan makanan. Wang yang dibayar di sana sini datang dari pendahuluan pengilang-pengilang Cina di ternpat itu.

Penggunaan wang yang minimum ini menyebabkan kurang sekali pemahaman terhadap kos perbelanjaan. Perniagaan pada umumnya hanyalah kefahaman terhadap kos dan penentuan harga yang berasaskan kos. Gotong-royong, jiran yang baik dan pemberian pendahuluan secara tunai yang diterima dengan sewenang-wenangnya dan kejahilan menetapkan nilai wang bagi tenaga diri menyebabkan perkiraan kos mustahil dilakukan. Di camping semua ini, pendapatan dari hasil tanaman yang akan datang biasanya telah habis digunakan terlebih dahulu kerana berhutang bila membeli barang-barang di kedai runcit tern patan. Jumlah wang yang betul-betul dipegang dan dikira sangatlah kecil. Jadi penanaman padi tidak pernah merupakan usaha perniagaan. Penanaman padi ialah suatu cara hidup.

Keadaan orang Melayu di bandar lebih baik sedikit sahaja. Bagi mereka wang ialah alat untuk memudahkan perbelanjaan. Wang diperolehi dalam bentuk gaji dan pada kebiasaannya hampir semua dibelanjakan. Simpanan cuma sedikit sahaja dan selalunya membeli secara ansuran bermakna wang sudah ter lebih dahulu dibelanjakan sebelum diperolehi. Hanya orang Melayu yang terlibat dalam perniagaan sahajalah yang faham tentang sistem kewangan yang sofistikated dan bagaimana sistem itu dapat dipergunakan untuk memperolehi pendapatan yang lebih besar. Suatu aspek urusniaga kewangan yang telah mendapat perhatian besar semenjak orang Melayu cuba mema suki bidang perniagaan dan industri ialah penerimaan riba ke atas pinjaman. Islam mengharamkan riba. Tafsiran tempatan mengenai riba termasuklah riba yang diperoleh dari sekecil-kecil pinjaman. Tidak perlu dikatakan lagi bahawa tafsiran ini sedikit sebanyaknya telah menghalang penyertaan orang Melayu bukan sahaja dalam perusahaan pinjam meminjam tetapi juga per usahaan bank. Riba nyatalah menjadi punca pelbagai keseng saraan manusia. Tidaklah susah untuk memahami mengapa Islam mengharamkan riba. Kalau memberikan pinjaman dengan riba yang tinggi dilarang bagi orang Islam, tetapi meminjam tidak pula dilarang (mengikut pendapat orang Melayu). Dalam negara yang mempunyai penduduk Islam dan bukan Islam, sikap begini menyebabkan orang Islam meminjam daripada peminjam-peminjam wang bukan Islam yang me ngenakan riba. Oleh kerana itu larangan agama Islam mengenai riba tidak dapat menyekat penderitaan si peminjam tadi. Dalam pada itu tegahan terhadap meminjamkan wang dengan faedah paling rendah sekalipun telah menyekat orang Melayu daripada menikmati untung dari urusan kewangan seperti ini. Nilai wang bagi orang Melayu lebih merupakan kemampuan untuk men dapatkan barangan dan perkhidmatan dengan mudah. Sistem kewangan itu masih primitif, hanya berupa sedikit lanjutan kepada sistem tukar-menukar barangan. Belanjawan, sim panan, urusan bank, pelaburan, kredit, pertumbuhan, pemin dahan dan lain-lain yang bersangkutan dengan penggunaan wang pada umumnya belum difahami dan kerana itu belum mendapat penghargaan yang wajar.

Oleh kerana itu nilai orang Melayu terhadap harta dan wang dapatlah dikatakan masih belum begitu maju. Sebuah masya rakat yang makmur sangat bergantung kepada kebolehan anggota-anggotanya mempergunakan wang dan menyamakan harta benda bukan sahaja dengan tanah tetapi dengan harta benda kurang ketara, mungkin termasuk nama baik dalam masyarakat serta sikap ramah-tamah dan muhibah dalam per niagaaan. Kalau nilai wang dan harta yang sebenarnya tidak dapat dihargai maka samalah ertinya dengan menolak meteria lisme dalam dunia moden. Perkara ini bukanlah suatu perkara yang buruk jika masyarakat tersebut betul-betul terpencil dari dunia kebendaan. Nilai rohaniah yang tinggi menjadikan peng hidupan lebih bahagia dan lebih puas. Tetapi apabila orang orang yang mementingkan kebendaan hidup berdampingan dengan orang-orang yang cenderung kepada cita-cita rohaniah yang tinggi, maka pengaruh golongan pertama mahu tidak mahu akan merosakkan susunan masyarakat orang-orang yang tinggi nilai rohaniahnya.

Orang Melayu tidaklah betul-betul terpencil. Malahan di kampung-kampung yang terpencil sekalipun, walaupun pemen cilan sosial menyeluruh, namun pemencilan ekonomi tidaklah mungkin. Sebaliknya, orang Melayu bandar juga tidak pula dan tidak akan dapat disatukan sepenuhnya secara sosial dengan orang bukan Melayu. Dalam pada itu, walaupun sistem nilai orang Melayu bandar telah mengalami beberapa perubahan namun mereka masih mengekalkan sebahagian besar daripada sistem nilai yang sama dengan sistem nilai orang Melayu luar bandar. Pada umumnya sistem nilai orang Melayu yang tidak maju atau kurang maju dalam urusan wang dan harta merugi kan orang Melayu yang hidup dalam negara berbilang kaum. Tatasusila atau susunan sosial menentukan ciri sesuatu masyarakat. Susunan-susunan itu merupakan basil dan akibat dari sistem nilai masyarakat itu. Ini menyebabkan perkara itu sukar sekali untuk dianalisa. Sebabnya, dalam sesuatu keadaan itu adalah sukar untuk menentukan sama ada sistem nilai yang menghasilkan susunan sosial ataupun susunan sosial itu yang mempengaruhi sistem nilai. Walau bagaimanapun, pengeta huan darihal susunan sosial orang Melayu akan memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang nilai yang membentuk kemajuan bangsa Melayu.

Pertama sekali ialah masyarakat Melayu yang bercorak feudal. Pangkat adalah satu perkara penting dan bersama-sama dengan pangkat terikat beberapa keistimewaan. Pangkat yang tertinggi ialah pangkat raja-raja yang memerintah, iaitu raja yang turun temurun di Negeri-negeri Melayu. Di kalangan orang Melayu walaupun yang pernah ke luar negeri dan men dapat pelajaran mengikut cara hidup barat serta sudah biasa dengan nilai-nilai barat, penerimaan raja-raja yang turun temurun adalah perkara biasa. Taat kepada raja diamalkan sebagai sesuatu yang sudah semestinya. Tahu beradab sopan di depan raja menandakan asuhan yang baik. Peraturan tatatertib meliputi penggunaan perkataan yang tertentu mengenai diri raja dan kaum kerabatnya. Sesungguhnya oleh kerana gelaran Tunku atau putera raja digunakan secara meluas oleh setiap keturunan raja, dahulu dan sekarang, maka hubungan di antara rakyat dan kerabat diraja adalah biasa dan sedikit sekali orang Melayu yang tidak mengetahui bahasa larangan, hak-hak isti mewa dan peraturan tingkahlaku yang diguna terhadap raja-raja. Sopan-santun dan tatacara yang timbul basil daripada hubungan yang rapat di antara berbagai pangkat menjadi seba hagian dari cara hidup orang Melayu. Namun begitu, keinginan untuk bersopan-santun telah menyebabkan peraturan tingkah laku dan adab ini diperluaskan hingga meliputi orang-orang yang berpangkat tinggi, sama ada betul-betul berpangkat ataupun tidak, selain daripada keluarga diraja atau kerabat. Oleh kerana itu orang yang bergelaran Syed, iaitu keturunan Nabi, juga sangat dihormati. Di setengah-setengah negeri, orang-orang yang bergelar Syed ini mempunyai keistimewaan seperti raja dan menjadi golongan yang tersendiri. Lebih rendah dari pangkat yang diwarisi ini ialah lapisan-lapisan rakyat yang lain yang mempunyai tingkatan keistimewaan yang berbeza pula. Orang-orang asing, pegawai-pegawai, ahli-ahli pelbagai dewan perundangan dan ketua-ketua kampung semuanya ber gelar dan dihormati sewajarnya.

Dengan sendirinya, kecenderungan orang Melayu terhadap sikap feudal ini tidaklah merosakkan. Kecenderungan itu mela hirkan masyarakat yang patuh pada undang-undang. Orang yang dapat mengikut dan mematuhi peraturan tingkahlaku se cara tidak bertulis biasanya dapat disuruh mengikut undang undang bertulis sesebuah negara. Orang yang menerima hakikat bahawa sesebuah masyarakat hams mempunyai orang-orang yang ada kuasa dan hak yang berbeza-beza mudah mewu judkan masyarakat dan negara yang stabil. Revolusi dalam masyarakat seperti ini jarang terjadi melainkan kalau dipimpin dari atas. Oleh itu, sesuatu masyarakat feudal tidaklah semes tinya suatu masyarakat yang beku dan mundur. Ia boleh men jadi masyarakat yang dinamis jika terdapat dinamisme pada pe ringkat atasan. Tetapi apabila pihak atasan gagal atau asyik dengan kesejahteraan sendiri, maka rakyat jelata tidak akan mendapat galakan untuk maju. Sifat orang Melayu yang terlalu tertib dan terlalu bersopan santun menyebabkan jarang lahir sifat terus terang. Sikap yang terlalu sopan dan lemah lembut tidak akan wujud tanpa meren dahkan diri. Tingkahlaku yang baik mengharapkan teguran yang kurang atau sekurang-kurangnya secara tidak langsung. Akibat dari sikap menahan diri itu, orang Melayu selalunya disalahertikan. Oleh kerana itu apabila orang Melayu mem bahasakan orang asing `tuan' kerana ingin bersopan-santun, maka orang asing itu mungkin menyangka dia memanglah tuan sebenarnya. Apabila orang Melayu mendapati bahawa orang yang mereka panggil `tuan' secara sopan itu telah bersikap seperti tuan sebenarnya terhadap mereka, maka sikap mahu bersopan-santun telah menyekat mereka dari membetulkan kesilapan yang ketara itu. Peraturan sosial Melayu banyak sekali turut menyebabkan orang Melayu seperti keadaannya sekarang ini. Menahan diri dan hasrat tidak suka menyakitkan hati orang lain tidaklah akan melahirkan masyarakat yang agresif. Dunia sekarang semakin bertambah biadab. Berterus terang sudah menjadi perkara biasa. Dalam politik seperti juga dalam bidang sains orang semakin mementingkan fakta. Idea-idea lama, per kara-perkara yang separuh benar dan sanjungan terhadap sesuatu tanpa usul periksa sedang mengalah kepada pendekatan moden yang pragmatis. Oleh kerana itu peraturan sosial orang Melayu agak ketinggalan zaman dan hanya akan mengurangkan kemampuan orang Melayu untuk bersaing serta menyekat kemajuan mereka.

Oleh sebab itu, sifat berterus terang tidak merupakan satu daripada peraturan sosial orang Melayu. Analisa dan kritik ter hadap nilai orang Melayu yang begitu mengaibkan bukanlah perkara yang biasa bagi orang Melayu. Dalam bidang psikologi moden, mencari dan mengenal pasti sebab-sebab sesuatu penyakit bukan sahaja dapat memudahkan rawatan malahan merupakan sebahagian daripada rawatan itu. Perasaan lega dirasai sejurus selepas sebab atau punca sesuatu penyakit itu telah dikenal pasti. Setelah itu, tugas selanjutnya ialah sama ada hendak membuang atau menghapuskan punca itu atau mengu bah kesannya. Proses mengenal pasti punca penyakit itu selalunya menyakitkan dan menyedihkan. Peristiwa-peristiwa yang sepatutnya lebih balk dilupakan sahaja terpaksa diungkit ungkit kembali. Tetapi tanpa proses yang berpanjangan lagi menyakitkan ini, rawatan tidak dapat dimulakan. Begitu juga dengan penyakit sesuatu masyarakat. Untuk mengubatinya proses mengenal pasti punca-punca penyakit itu mestilah diteliti. Rawatan yang berdasarkan pengalaman dan Cara orang lain yang berjaya tidak akan banyak membawa kesan ataupun tidak berkesan pula. Tidak ada jalan lain lagi melainkan dengan berani menghadapi kepedihan memeriksa diri sendiri, mengaku bahawa kita bersalah, dan menerima hakikat bahawa penawar nya terletak pada penolakan beberapa idea dan konsep, walau betapapun dihargai idea dan konsep itu.

Analisa dan penilaian yang kritis ini tentang nilai orang Melayu sangat memedihkan dan penuh dengan bahaya yang bo leh menyebabkan perasaan rendah-diri atau sengaja mencari helah bagi kegagalan masa lampau. Tetapi dalam keadaan yang meruncingkan yang dihadapi orang Melayu sekarang ini, mereka tidak ada pilihan lain. Sopan-santun tradisional nampaknya telah gagal. Mungkin ada bahayanya dalam sikap terus terang yang telah menjadi ciri sistem nilai peradaban Barat. Tetapi oleh kerana dunia ini nampaknya dikuasai oleh orang Barat atau orang yang berorientasi Barat dan mereka yang telah menyesuaikan diri dengan nilai-nilai Barat nampaknya hidup terus dan berjaya, maka nampaknya berfaedahlah kalau beberapa cara Barat itu dicubakan supaya dapat dicari akar umbi kegagalan orang Melayu bersaing dengan orang-orang lain.

Oleh kerana itu kajian terhadap sistem nilai dan tatasusila orang-orang Melayu ini merupakan satu percubaan untuk mem buat diagnosis rawatan (penentuan penyakit). Kajian ini cuba menunjukkan dengan tepat kesalahan-kesalahan asasi yang hams dibetulkan dan disesuaikan supaya tindakan lain untuk memajukan orang Melayu mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya. Tidak ada gunanya menyuruh orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perniagaan jika mereka tidak digalakkan dengan betul dan jika mereka tidak faham akan fungsi dan nilai sistem kewangan. Selagi mereka berserah kepada takdir semata-mata tanpa berusaha maka selama itulah orang Melayu luar bandar tidak akan berusaha sekuat-kuatnya untuk memelihara hidup dan beroleh kejayaan.

Jelaslah bahawa sistem nilai dan tatasusila menentukan kejayaan atau kegagalan langkah-langkah untuk membetulkan keadaan itu. Jika sistem nilai itu tidak betul maka langkah langkah pembetulan tidak akan mendatangkan hasil ataupun hanya berhasil sedikit sahaja. Apabila sistem nilai itu memberi dorongan, hanya sedikit sahaja langkah-langkah pembetulan yang diperlukan. Analisa tentang sistem nilai orang Melayu ini jelas menunjukkan bahawa sistem nilai ini boleh menghalang kemajuan dan daya saing orang Melayu dalam masyarakat ber bilang kaum. Memang betul bahawa bukan semua nilai itu buruk. Iman yang teguh itu memanglah baik sebab dengan sendirinya iman itu akan menjadi tenaga penggerak. Tidak ada sebab mengapa agama Islam, jika ditafsirkan dengan betul, tidak dapat mencapai kesejahteraan rohaniah dan jugs kemajuan kebendaan bagi orang Melayu.

Malahan feudalisme itu pun boleh mendatangkan faedah jika is memudahkan perubahan. Sebab orang Melayu berke percayaan animisme menganut agama Hindu adalah kerana raja-raja mereka menganut agama Hindu. Kemudian, apabila raja-raja mereka memeluk agama Islam, rakyat juga turut memeluk agama Islam. Oleh itu raja-raja sekarang ini boleh melahirkan perubahan jika mereka sendiri pun sanggup berubah. Perubahan yang begini akan menjalar dengan cepatnya. Jika sekiranya ada tanda-tanda bahawa perubahan harus berlaku pada sistem nilai dan tatasusila, maka dapatlah pemimpin-pemimpin membuka jalan dengan perasaan yakin bahawa mereka akan diikuti oleh rakyat jelata. Dalam masyarakat feudal jika pemimpinnya gagal, maka tiadalah harapan lagi bagi rakyat jelata.

Umumnya sistem nilai dan tatasusila orang Melayu menjadi halangan kepada kemajuan mereka. Jika mereka mengakui hal ini dan jika mereka sedar bahawa perubahan perlu, maka ada lah harapannya, sebab seperti dalam ilmu jiwa kejayaan mengasingkan punca penyakit dengan sendirinya sudah merupakan sebahagian daripada rawatan. Bertolak dari itu, perancangan mengubatinya adalah mudah sekali

Sumber dari artikel Dilema Melayu

Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa in Jawi script
Hikayat Merong Mahawangsa (Jawi: Ø­ÙƒØ§ÙŠØ© مروڠ مهاوڠسا ) or The Kedah Annals is an ancient Malay literature that chronicles the bloodline of Merong Mahawangsa and the foundation of the Kedah, a state in Malaysia. Though there are historical accuracies, there are many incredible assertions. The era covered by the text ranged from the opening of Kedah by Merong Mahawangsa, allegedly a descendant of Alexander the Great of Macedonia till the acceptance of Islam.

Summary

The initial part of the story to submit stories of kings and the opening of the state based on myths and legends or fantasy stories of a trusted community, whether local character, the character of Hindu or stories that come from the influence of Islam. In part this is the saga of this state that the ancestors of the kings of Kedah is Merong Mahawangsa king, a king who not only has family ties to the King of the Romans but also the trust of the King Roman dignitaries.
The Royal Fleet of Merong Mahawangsa was sailing from Rome to China and was suddenly attacked by a legendary giant Phoenix called Garuda. He crashed into the shore of the modern day Kedah. He opened a state called Langkasuka and became king. He returned to Rome after his son, King Merong Merong Mahapudisat became king. Langkasuka changed its name to the Kedah Zamin Turan. Guided by the advice given by his father, King Mahapudisat would later divide the Kingdom into three; King of Siam to his eldest son; King of Perak to his second and King of Pattani to his youngest. The youngest son of replacing their father as King of Kedah with the title King Series Mahawangsa. The Kings traditional start is when they send flower with gold and silver flowers as gifts to their sons and daughters every year, and later to their ancestors.
King Series Mahawangsa dies after upset with his son who do not obey the order and replaced by the prince with the title King of the Series is Inderawangsa. Next is the son of the King Series Inderawangsa became king with the title of Raja Ong Maha Perita greater sense of well known in the history of the state of Kedah as King Bersiong . When the king after the abdication Bersiong resisted because of his wickedness, his son crowned King Phra Ong Mahapudisat. King was succeeded by his son, King Phra Ong Mahawangsa which later became the first king of Kedah converted to Islam. Sheikh Abdullah Yamani Mudzafar changed his name to Sultan Shah
The annal also describes Chola's empire trades on Kedah.The tribute was send to the chola empire on every year by the kedah sultanate to the chola empire and after to the siam.we still can find the antique and god statue of chola dynasty in kedah.The descendants of Phra Ong Mahawangsa is still ruling Kedah able to trace their lineage from Merong Mahawangsa. He named Kedah at that time 'Langkasuka', for which 'Langka' meant 'the land of glory' in Sanskrit, while 'suka' was from the name of the great jainism[later convert to buddhism] emperor Asoka.

The descendants of Merong Mahawangsa

Below is the list of the descendants of Merong Mahawangsa according to the Kedah Annals:
  • King Merong Mahawangsa, A ruler from Rome and later settled in Bujang Valley and founded the Kingdom of Langkasuka. He is said to be a descendent to Alexander the great. He was a ruler and he was a Hindu. Merong have 3 son, Merong Mahapudisat is the eldest, Ganjil Sarjuna is the second eldest and Seri Mahawangsa, the youngest in the family. Merong also had a daughter, Raja Puteri is the second youngest in the family. He was later succeeded by his eldest son, Merong Mahapudisat. Merong then left to Rome, leaving his son the ruler of Langkasuka
  • King Merong Mahapudisat, He became the king of Langkasuka after his father, Merong Mahawangsa went back to his original home, which is Rome. Merong Mahapudisat was the eldest son. He was also the first king of Siam.
  • King Ganjil Sarjuna, Ganjil Sarjuna was crowned king after his brother's death. He was the second eldest in the family. He founded and became the first king of the Gangga Negara kingdom.
  • Raja Puteri (in English, King Princess), She became the King of Langkasuka after his brother, Ganjil Sarjuna died. She is the youngest daughter in the family. She was also the first king of Pattani.
  • King Seri Mahawangsa, He became the king of Langkasuka after his brother, Ganjil Sarjuna died.
  • Seri Maha Inderawangsa, He is the son of Seri Mahawangsa. He was called King Bersiong because of his cannibal behaviour and described to have drink human blood. He was the original succeeder of Seri Mahawangsa, But because of his behaviour, Seri Mahawangsa had no choice but to imprison him. Seri Maha Inderawangsa fled to Mount Jerai. He remained hidden for a long time and later had son, called Phra Ong Mahapudisat. Before the death of Seri Mahawangsa some years later after Phra Ong Maapudist was born, he asked his soldiers of Langkasuka to hunt Seri Maha Inderawangsa and kill him. He was later found and was ambushed by the soldiers of Langkasuka. He died but his son, Phra Ong Mahapudisat was spare because he was the only person that was next to the throne.
  • King Phra Ong Mahapudisat, After Seri Mahawangsa's death, Langkasuka needed a succeder that had a royal blood. Phra Ong Mahapudist was crowned king after his father's death.
  • Phra Ong Mahawangsa, He was the only son of Phra Ong Mahapudisat. He was originally Hindu, but when Islam first came to the Malay Peninsula, he accepted Islam and later became a Muslim. He later changed his name into Sultan Mudzafar Shah and changed the kingdom of Lankasuka into the Kedah Sultanate.
  • In Popular Culture

    KRU Studios has completed the production of its feature film entitled "Hikayat Merong Mahawangsa", which is also internationally retitled as "The Malay Chronicles: Bloodlines" even though the history states that Merong Mahawangsa is of Indian lineage. This epic action adventure, directed by Yusry A. Halim, is loosely based on the myth of its namesake.
    KD Mahawangsa is a Royal Malaysian Navy vessel named in the ancient monarch's honor.

Wednesday, 15 August 2012

Hang Tuah

Hang Tuah telah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Ayahnya bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama Dang Wati. Ibubapa beliau mempunyai sebuah gerai kecil bersebelahan dengan Kampung Bendahara. Semasa Hang Tuah masih kecil, beliau bekerja sebagai pemotong kayu di gerai keluarganya
 
 
Hang Tuah mempunyai sahabat karib yang bernama Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi dan dikenali sebagai lima perwira. Lima sahabat karib ini telah berlajar berguru daripada Guru Ali Putera yang tinggal diatas bukit. Keperwiraan Hang Tuah terserlah apabila beliau dapat mengalahkan orang yang mengamuk di Kampung Bendahara, dimana Tun Perak yang datang menyiasat berkenaan perkara tersebut juga telah diserang. Keadaan tersebut dapat diselamatkan oleh Hang Tuan dan kawan-kawannya.

 
 
Hang Tuah terkenal dengan sifat taat setia yang tinggi kepada raja dan sanggup berkorban bagi menunaikan tanggungjawab kepada raja dan negerinya. Beliau juga merupakan seorang yang bijaksana dan pintar, pandai menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu serta dipercayai oleh Sultan. Hang Tuah merupakan wira unggul pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan dapat mengalahkan pihak musuh yang ingin menawan Melaka. Kata-kata “Tak Melayu Hilang di dunia�? akan sentiasa hidup bersama-sama dengan wira Hang Tuah.

 

Biografi Tun Sri Mahathir Muhammad

Pendidikan

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan(9) orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.
 
 
Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan kelulusan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

 
 
Perkahwinan

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

 
 
Kerjaya

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.

 
 
Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

 
 
Penglibatan Politik

Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

 
 
Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau memberi peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan.

 
 
Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" atas perjuangannya yang tidak mengenal lelah untuk memartabatkan Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 iaitu selama 22 tahun.

 
 
Pencapaian dan Sumbangan

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

 
 
Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan nilai matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebanan kewangan kerajaan diantaranya Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat seperti penubuhan industri otomotif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal. Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.

 
 
Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara Berkembar Petronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia.

 
 
Maklumat berkaitan beliau boleh juga dirujuk di laman web MyKedah.com.(Klik Disini)

 
 
Rujukan :
___,(1975). Dr. Mahathir Mohamad : a brief biography. Kuala Lumpur : Jabatan Penerangan Malaysia.
___,(2004). Biografi Dr. Mahathir. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.
http://www.ipdm.uum.edu.my/Tun/BiodataTun.htm
Sumber: : Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali.
http://tirmidzi.diaryland.com/balaiwaris.html
http://sejarahmalaysia.pnm.my/

Monday, 6 August 2012

Syawalku tanpa ayahanda disisi.......

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah
Syawalku sepi tanpa ayah disisi...ini tahun ke 2 aku beraya tanpa ayah...hatiku sayu bila mengenangkan orang yang ku sayang selama ini telah tiada..hanya pusara ayah dapat ku ziarah ketika menjelang syawal....kerana kerinduan anak mu ini....merindui ayah....kini hanya yang tinggal mak dan adik adik...ayah kini punya seorang cucu,,,cucu yang di kasihi...Qaseh...cucu ayah...kalau ayah masih ada mesti ayah gembira..cucu ayah kini sudah mengjangkau 8 bulan dan tahun depan insyallah lagi 2 orang cucu ayah akan lahir...anak abg ijal dan anak ekin...ayah betapa rindunya arul pada ayah...kerinduan ini...kadang kala membuatkan arul jadi sebak...kerana ayah adalah ayah yang terbaik arul ada...raya ini...tiada lagi kucupan maaf tiada lagi ....tiada lagi bersalaman mencium tangan ayah tanda kemaafan tiada lagi ayah....hanya pusara ayah dapat arul mak dan adik adik ziarah selepas solat aidilfitri....ayah...arul ingin memohon keampunan kerana selama ini arul banyak melakukan kesilapan dengan ayah ..dari mata turun ke hati...memohon keampunan jika ada salah dan silap harap dimaafi...Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Ayah...dari Arul mak dan adik adik......................