Tuesday, 19 June 2012

Aku rindukan kampung halamanku.............

Merindui kenangan lama bersama arwah atuk ,nenek,arwah pakcik pakcikku di kampung halamanku...Kampung Sri Tanjung Masjid Tanah Melaka.........kenangan sewaktu kecil dikampung banyak kenangan pahit dan manis...banyak liku kehidupanku dihabiskan di kampung...aku anak kampung walaupun dibesarkan di bandar cheras kuala lumpur..tapi masaku banyak di kampung...Apabila musim cuti sekolah waktu ku kecil aku akan pulang ke kampung halaman dengan menaiki bas ekpress dari hentian Pudu Raya.kini menjadi hentian Pudu Central...menaiki bas Jebat ekpress dari hentian pudu raya ke hentian bas pekan Masjid Tanah..dari pekan aku menaiki teksi dari  pekan sampai ke rumah atuk..hati gembira untuk bertemu atuk nenek dan pakcik pakcikku..menghabiskan cuti persekolahan di kampungku sungguh tenang dan damai...Gembira aku mendengar kicauan burung,unggas,cengkerik dan nyanyian alam...sungguh tenang kehiidupan aku sewaktu itu...meengikuti arwah pakcik ke bendang sewaktu itu masih ada bendang di kampungku..Kampung Sri Tanjung Masjid Tanah....mencari ikan disawah...dengan menimba lubuk lubuk ikan...pakcik akan membuat empangan kecil dahulu dilubuk yang terdapat ikan...kemudian menimba air sampai kering..sewaktu itu ikan akan berenang..renang menampakkan diri apabila air sawah sudah kering..apalagi tiba untuk menangkap ikan.Ada pelbagai jenis ikan antaranya ikan keli,ikan sepat,ikan puyu ikan haruan dan pelbagai ikan lagi...hehehe banyak lak ikan...tugas menangkap ikan pulak haha ikan sawah sedap..arwah nenek masak ikan sawah masak cili api dengan penggaga..sedap..Selain menghabiskan masa menangkap ikan saya mengikuti arwah pakcik menangkap atau menjaring burung wak wak ,burung merbah atau burung punai dekat sawah..waktu yang sesuai untuk menangkap buurung ialah waktu petang dalam keadaan senja waktu burung pulang ke saarang..dengan memasang jaring burung..burung akan melekat di jaring bila terkena jaring...malam yang sunyi...berada di kampung waktu malam kadang kadang amat menyeramkan..hehehe....kadang kadang terdengar bunyi yang pelik waktu malam ..biasalah..kampung..rindu suasana seperti itu..kini..semuanya tinggal kenangan....kenangan berlalu...alangkah indahnya kalau masa boleh berputar kembali sejarah boleh berulang kembali....saya rindukan semua..semua orang yang saya sayang sudah pergi meninggalkan saya....kenangan indah di Kampung tetap dalam ingatan sampai bila bila................

No comments:

Post a Comment