Thursday, 28 February 2013
Abang...Papa Sayang Abang dan Keluarga...
Bab 4 : Bertemu dia Kekasih Hatiku
Semesta ke 2 pengajianku di universiti.Semesta yang cukup indah bagiku..Bermula detik pertemuan cinta antara Sang Romeo dan Juliet,kisah cinta teragung.Di pagi yang ceria 14 April 2013,sedang aku menelaah pelajaranku di perpustakaan kampus.Dari rak ke rak buku yang kucari tidak kutemui,apabila sampai ke satu rak buku.Akhirnya aku ketemu buku yang ku cari,buku sejarah Kota Rom.Sedang asyik mebelek buku tersebut tanpa ku sedari ada seseorang yang menuju ke tempatku.Dia membawa terlalu banyak buku ditangan sampai tidak nampak ku dihadapan.Sesuatu yang tidak dijangka berlaku sesuatu yang ku ingat sampai kini antara aku dan dia.Sedang aku asyik membaca buku ditepi rak buku tiba tiba sesorang melanggarku dengan kuat.Aku terjatuh dan buku buku bertaburan di lantai.Seorang gadis yang manis terjatuh diatasku,pipi yang putih senyuman malu tersipu sipu,bibir merah merekah bak delima sungguh ayu bagiku.Terpana sekejap melihat wajahnya,walaupun sakit terjatuh tapi buat buat tak sakit."Maaf saudara ,saya tidak nampak saudara dihadapan.Saya bawa terlalu banyak buku tanpa sedar awak dihadapan".Dia berkata kepadaku."Tak mengapa saudari,mungkin saya tidak sepatutnya duduk disini,lagi kan sini tempat laluan orang".Aku berbasi basi,mungkin saja cover macho.Mungkin aku lelaki hanya punya kegoan diri."Saya Khairul ,pelajar jurusan hotel dan pelancongan ,semester ke 2 saya disini.Dan Saudari,siapa nama?"
"Nama saya Raja Sofea Alisya Raja Azlan Shah,panggil saya Sofea.Jurusan Undang Undang .Sudah semester 3 saya berada disini dan saya adalah pustakawan disini".'Salam perkenalan saudara Khairul,boleh saya tahu nama sebenar awak saudara?"dia bersuara.'Nama sebenar saya adalah Putra Pangeran Khairul Iskandar Bin Putra Pangeran Mukriz."Dengan sedikit berbangga aku menyebut namaku.Cinta pertama bertemu di Perpustakaan kampus,sungguh tragik.
Monday, 25 February 2013
Abang....Papa Sayang Abang Dan Keluarga...
Bab 3 : Kisah Kejayaanku
Masa berlalu terlalu pantas,demi segala kepayahan hidup yang aku tempuhi kini aku telah berjaya.Dahulu aku adalah seorang penyambut tetamu di sebuah hotel di selatan tanah air.Atas desakan hidup dan keazaman yang tinggi aku menyambung pelajaranku di peringkat diploma .Aku belajar di sebuah pusat pengajian swasta dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan.Aku bekerja sambil belajar.Mungkin terlau banyak masa untuk aku fikirkan.Betapa susah bekerja sambil belajar.Mana nak difikirkan kerja dan pelajaran.Aku mesti berusaha untuk mendapatkan segulung diploma.Setelah berusaha dengan cekal dan gigih aku dikurniakan diploma pengurusan hotel dan pelancongan.Berbekalkan segulung diploma aku dinaikkan pangkat menjadi pegawai pengurusan hotel.Mungkin kerjaku begitu baik,dari situ pihak pengurusan memandang kebolehan aku menguruskan hotel.Dari semasa kesemasa aku pratikkan apa yang telah ku pelajari.Beberapa tahun kemudian ,aku menyambung pengajianku dalam peringkat ijazah sarjana muda dalam pengurusan hotel dan pelancongan.Mungkin itu minatku dari dulu,pengurusan hotel dan pelancongan.Beberapa tahun kemudian ,cita citaku untuk mendapat segulung ijazah akhirnya berjaya.Aku mendapat segulung ijazah pengurusan hotel.Aku kemudian melangkah jauh kehadapan setelah berjaya.Aku dinaikkan pangkat menjadi pengurus hotel.Lebih besar tanggung jawabku pada masa itu.Dari semasa ke semasa aku belajar banyak perkara tentang pengurusan hotel,pelancongan dan dunia perniagaan.Akhirnya impianku ingin menjadi seorang pengurus hotel berjaya.Aku memulakan langkah baruku,aku melaburkan wang simpananku dan membuat pinjaman bank untuk membeli tanah di sebuah pulau untuk membuat tempat penginapan iaitu chalet.Dari hanya sebuah chalet .Kini aku berbangga cita citaku tercapai.Aku kini punya sebuah resort yang cukup segala kemudahan.Dari chalet kini menjadi resort,Resort Tropika Aswara.Aku mampu tersenyum.
Masa berlalu terlalu pantas,demi segala kepayahan hidup yang aku tempuhi kini aku telah berjaya.Dahulu aku adalah seorang penyambut tetamu di sebuah hotel di selatan tanah air.Atas desakan hidup dan keazaman yang tinggi aku menyambung pelajaranku di peringkat diploma .Aku belajar di sebuah pusat pengajian swasta dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan.Aku bekerja sambil belajar.Mungkin terlau banyak masa untuk aku fikirkan.Betapa susah bekerja sambil belajar.Mana nak difikirkan kerja dan pelajaran.Aku mesti berusaha untuk mendapatkan segulung diploma.Setelah berusaha dengan cekal dan gigih aku dikurniakan diploma pengurusan hotel dan pelancongan.Berbekalkan segulung diploma aku dinaikkan pangkat menjadi pegawai pengurusan hotel.Mungkin kerjaku begitu baik,dari situ pihak pengurusan memandang kebolehan aku menguruskan hotel.Dari semasa kesemasa aku pratikkan apa yang telah ku pelajari.Beberapa tahun kemudian ,aku menyambung pengajianku dalam peringkat ijazah sarjana muda dalam pengurusan hotel dan pelancongan.Mungkin itu minatku dari dulu,pengurusan hotel dan pelancongan.Beberapa tahun kemudian ,cita citaku untuk mendapat segulung ijazah akhirnya berjaya.Aku mendapat segulung ijazah pengurusan hotel.Aku kemudian melangkah jauh kehadapan setelah berjaya.Aku dinaikkan pangkat menjadi pengurus hotel.Lebih besar tanggung jawabku pada masa itu.Dari semasa ke semasa aku belajar banyak perkara tentang pengurusan hotel,pelancongan dan dunia perniagaan.Akhirnya impianku ingin menjadi seorang pengurus hotel berjaya.Aku memulakan langkah baruku,aku melaburkan wang simpananku dan membuat pinjaman bank untuk membeli tanah di sebuah pulau untuk membuat tempat penginapan iaitu chalet.Dari hanya sebuah chalet .Kini aku berbangga cita citaku tercapai.Aku kini punya sebuah resort yang cukup segala kemudahan.Dari chalet kini menjadi resort,Resort Tropika Aswara.Aku mampu tersenyum.
Abang....Papa Sayang Abang dan Keluarga...
Bab 2 : Keluargaku
Namaku Putra Pangeran Khairul Iskandar .Aku mempunyai sebuah keluarga yang bahgia,punya seorang isteri dan 3 orang permata hati.Anakku yang sulung bernama Putra Pangeran Aria kini berumur genap 20 tahun.Sedang menuntut di sebuah universiti luar negara dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan.Anakku yang kedua bernama Putri Allysa Sofea berumur 15 tahun dan kini bersekolah di sebuah sekolah asrama penuh di utara tanah air.Dan anakku yang terakhir bernama Putri Amira Asyiera kini berusia 2 tahun.Orang yang menjadi tulang belakangku selama ini ialah isteriku.Isteriku bernama Raja Sofea Alisya Raja Azlan Syah.Beliau berumur 49 tahun,sentiasa membantuku dikala aku kesusahan,kesedihan dan kesenangan.Mempunyai keluarga Bahgia adalah impianku selama ini.
Abang ..Papa Sayang Abang dan Keluarga..
Bab 1 : Resort Tropika Aswara
Masa berlalu terlalu pantas,kini usiaku bertambah 1 angka.Aku kini berusia 51 tahun,dengan kejayaan yang aku kecapi pada hari ini aku mampu tersenyum.Aku adalah seorang pengurus sebuah resort di Resort Tropika Aswara di pulau impianku iaitu Pulau Samudera.Pemegang saham terbesar yakni pemilik Resort Tropika Aswara.Kejayaanku bermula 10 tahun lepas apabila aku bersusah payah mendaki puncak hingga aku berjaya kini.Dengan suasana tenang dengan kedamaian lautan berlatarkan pantai biru emerald yang jernih dan berlanskapkan suasana hutan yang menghijau.Resortku menjadi tumpuan pelancong tempatan dan pelancong asing berkunjung ,ini kerana kecantikkan semulajadi yang tersergam indah memukau pemandangan mata.Resort Tropika Aswara diilhamkan berkonsepkan alam semulajadi,menawarkan 2 kolam renang luaran,sebuah spa dan pantai peribadi.
Thursday, 14 February 2013
Episod Terakhir : Catatan Perjalanan Ke Alor Setar Kedah..
Selepas lawatan kami ke Padang Alor Setar kami meneruskan destinasi terakhir,melawat rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Bin Mohammad.Tokoh yang kusanjungi sehingga kini..Banyak kejayaan yang di kecapi oleh Negara Malaysia disebabkan beliau mengutamakan dasar terbuka.Sedikit biografi Tun yang saya dapat.
Latar belakang
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah tanggal 10 Julai 1925. Merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Tarikh lahir beliau yang didaftarkan pada 20 Disember 1925 (kesemua adik-beradik beliau didaftarkan lahir pada bulan Disember) oleh bapannya adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan[1].
Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di eraPendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.
Kerjaya dan keluarga
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan satu perempuan manakala 3 anak angkat. Anak-anak beliau adalah:
Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.
Kerjaya politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya[11]
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfoliopendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.[12]
Gambar kenangan Di hadapan Rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Mohammad
Duduk ditangga sahaja
20 Disember 1925, Tun Mahathir telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Rumah ini telah dibina pada tahun 1900. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar drpd seorang penjual yg masa itu hendak mengahwinkan anaknya.
Semasa dibeli rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja, dan mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan.
Usaha untuk membaik pulih rumah ini dilakukan pada tahun 1992 oleh Arkib Negara, dijadikan pameran dan khazanah negara.
Mahathir adalah satu-satunya Perdana Menteri yang bukan berketerunan bangsawan. Ayahnya seorang guru berbahasa inggeris di sebuah sekolah. Ibunya pula mempunyai talian darah dengan pembuka terusan Wan Saman, iaitu Wan Saman. Panggilan manja ibunya kepada Mahathir ialah C.H.E Det.
Mahathir tidak pernah makan ikan (kecuali sardin, ikan bilis) semasa beliau kecil sehingga lah dewasa kerana menurut emaknya memakan ikan mengakibatkan cacing di dalam perut.
Replika Tong Padi.
Replika Kereta Roda yang dinaiki Mahathir untuk ke sekolah.
Pintu masuk Rumah Pameran. Terdapat dua Rumah Pameran.
Rumah Bumbung Lima (Pameran 1)
Mempamerkan bahan2 berkaitan Biografi, latar belakang keluarga, pendidikkan, kerjaya dan juga penulisan2 beliau.
Rumah Bujang (Pameran 2)
Mempamerkan artifak/gamba2 mengenai kegiatan Mahathir dalam politik dr peringkat awal sehingga menjadi PM.
Sekitar Kawasan Rumah Pameran Dr. Tun Mahathir Mohammad.
Pameran Kilang Ais terletak bersebelahan Rumah Kelahiran Mahathir.
Kilang Ais ini adalah merupakan kilang ais yang pertama di Alor Setar. Rumah Tun Dr Mahathir terletak berhampiran dengan kilang ini. Bangunan kilang ais ini telah dibuat konservasi dan dikekalkan untuk pameran. Juga untuk menggambarkan kegigihan bagaimana seorang anak melayu yg belajar dalam suasana kebisingan mampu mencatat kejayaan sebagai seorang doktor dan pemimpin negara.
Sekitar Kilang Ais
pokok ceri
gambar kenangan
gambar kenangan bersama abang
Selesai sudah lawatan saya ke Rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Seterusnya sudah lah sampai masanya saya balik.Selepas lawatan kami bersama makan tengah hari di kedai berdekatan bandar dan setelah itu balik ke hotel.Aku berehat rehat dan mengemas barang barang untuk balik ke Kuala Lumpur ,sampai masanya kami check out dari hotel.Abang menghantar aku ke Stesen bas Shahab Perdana Alor Setar.Aku menaiki bas pada pukul 3.30 petang dan abang pulang ke Kampung di Perlis.Terasa berat hati meninggalkan negeri Jelapang Padi...Insyallah satu hari nanti aku akan kembali,tekadku.Banyak suka dan kenangan manisku di Alor Setar.Kenangan itu akan ku simpan dalam hatiku.
Episod 4 : Catatan Perjalanan Ke Alor Setar Kedah..
20 January 2013,Ahad.Hari terakhir lawatan saya ke Alor Setar.Macam biasa bangun lewat dalam pukul 10 pagi.Hari ini adalah hari paling bermakna bagi rakyat Kedah ,ini kerana hari ini adalah Hari Sambutan Majlis Keputraan Sultan Kedah.Majlis diadakan di Padang Alor Setar berdekatan Balai Nobat dan Masjid Zahir.
DK.,DKH.,DKM.,DMN.,DUK.,DMK.,DK(Kelantan),
DK(Pahang),DK(Selangor),DK(Perlis),DK(Negeri Sembilan),DK(Johor),DK(Terengganu),DK(Perak), DK(Brunei),DP(Sarawak), DUNM., SMDK., SHMS., SGMK., SPMK., SSDK.,Grand Cordon Of The Order Of The Rising Sun Of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of The Rammata Thailand,Honourable Knight Grand Cross of The Bath of U.K., Asso.Knight Order of St. John, Hon. Ph.D (UUM).
Sembah Takzim
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman
Pada
20 Januari 2013 (8 Rabiul Awal 1434H)
Saya meneruskan perjalanan kedestinasi pertama saya hari terakhir di Alor Setar.Sarapan pagi setelah selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Menara Alor Setar.Menara ke 2 tertinggi setelah Menara Kuala Lumpur.Saya dapat serba sedikit info berguna tentang menara Alor Setar.
Menara Alor Setar
Saya Dihadapan Menara
Melihat Sekitar Bandar Alor Setar dari puncak Menara
Abang di Menara Alor Setar
Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Star, Kedah,Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.
Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke 19 tertinggi di dunia, dan yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur.
Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini dapat melihat permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki rekabentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.
Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain sepertiGaleri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.
Setelah berada beberapa lama kami turun dan meninggalkan menara dan menuju kedestinasi ke 2 iaitu Padang Alor Setar yang menempatkan beberapa bangunan yang menjadi salah satu destinasi tumpuan pelancong.Terdapat Galeri Sultan Abdul Halim,Balai Nobat,Balai Besar,Masjid zahir Balai Seni Negeri dan Rumah Merdeka.
Berlatar Belakang Masjid Zahir
Balai Besar
Saya Dan abang
Balai Nobat
Masjid Zahir
SEJARAH PEMBINAAN MASJID ZAHIR
Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Ia terletak di persimpangan Jalan Kampung Perak dan Jalan Pekan Melayu. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar bertentangan dengan Balai Besar.. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
Masjid Zahir mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira – wira Kedah yang telah gugur semasa berjuang mempertahankan negeri Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821. Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.
Upacara perasmian Masjid Zahir dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.
Pandangan Sisi |
Masjid Zahir merupakan masjid yang tertua di negeri Kedah dan tercantik dari aspek reka bentuk binaanya di Malaysia.
LATAR BELAKANG MASJID ZAHIR
Masjid Zahir merupakan sebuah masjid yang diklasifikasikan sebagai sebuah masjid yang mempunyai ciri – ciri senibina yang unik serta menarik. Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan daripada Masjid Azizi di Sumatera. Ini bermaksud terdapat banyak pengaruh dari Timur Tengah dan juga India terhadap seni bina dan reka bentuk Masjid Zahir kerana kedua – dua masjid ini mempunyai banyak kubah. Masjid Zahir mempunyai 5 kubah manakala Masjid Azizi mempunyai 9 kubah.
Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan
tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh
beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu. Setelah 87 tahun selepas pembinaannya, Masjid Zahir telah diperbesarkan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1960 dan pada tahun 1975.
tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh
beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu. Setelah 87 tahun selepas pembinaannya, Masjid Zahir telah diperbesarkan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1960 dan pada tahun 1975.
Kubah Masjid Zahir |
Mimbar Masjid Zahir |
Disebelah Masjid Zahir terdapat sebuah pejabat untuk Imam Besar, Penghulu Masjid dan juga Bilal. Ini memudahkan mereka untuk menjalankan tugas – tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Ini juga memudahkan jemaah untuk berjumpa dengan mereka jika berlaku apa – apa masalah selain mendekatkan diri mereka dengan penduduk setempat.
Balai Nobat | ||||||||||||||||||
Pada Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-25 (1854-1879), Balai Nobat yang baru setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink. Pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), bangunan baru diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ianya mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906. Di Balai Nobat ini disimpan segala alat Nobat termasuklah serunai, nafiri, gendang dan gong yang dimainkan dalam upacara-upacara tertentu seperti pertabalan, kemangkatan dan lain-lain upacara rasmi.
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)