Thursday, 14 February 2013

Episod 4 : Catatan Perjalanan Ke Alor Setar Kedah..


20 January 2013,Ahad.Hari terakhir lawatan saya ke Alor Setar.Macam biasa bangun lewat dalam pukul 10 pagi.Hari ini adalah hari paling bermakna bagi rakyat Kedah ,ini kerana hari ini adalah Hari Sambutan Majlis Keputraan Sultan Kedah.Majlis diadakan di Padang Alor Setar berdekatan Balai Nobat dan Masjid Zahir.




DK.,DKH.,DKM.,DMN.,DUK.,DMK.,DK(Kelantan),
DK(Pahang),DK(Selangor),DK(Perlis),DK(Negeri Sembilan),DK(Johor),DK(Terengganu),DK(Perak), DK(Brunei),DP(Sarawak), DUNM., SMDK., SHMS., SGMK., SPMK., SSDK.,Grand Cordon Of The Order Of The Rising Sun Of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of The Rammata Thailand,Honourable Knight Grand Cross of The Bath of U.K., Asso.Knight Order of St. John, Hon. Ph.D (UUM).

Sembah Takzim

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman
Pada
 20 Januari 2013 (8 Rabiul Awal 1434H)


Saya meneruskan perjalanan kedestinasi pertama saya hari terakhir di Alor Setar.Sarapan pagi setelah selesai  makan kami meneruskan perjalanan ke Menara Alor Setar.Menara ke 2 tertinggi setelah Menara Kuala Lumpur.Saya dapat serba sedikit info berguna tentang menara Alor Setar.

Menara Alor Setar

Saya Dihadapan Menara

Melihat Sekitar Bandar Alor Setar dari puncak Menara


Abang di Menara Alor Setar




Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor StarKedah,Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.
Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke 19 tertinggi di dunia, dan yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur.
Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini dapat melihat permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan RamadhanSyawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan RamadhanHari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki rekabentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.
Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain sepertiGaleri Sultan Abdul HalimBalai Nobat, Balai Besar, Masjid ZahirBalai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.

Setelah berada beberapa lama kami turun dan meninggalkan menara dan menuju kedestinasi ke 2 iaitu Padang Alor Setar yang menempatkan beberapa bangunan yang menjadi salah satu destinasi tumpuan pelancong.Terdapat Galeri Sultan Abdul Halim,Balai Nobat,Balai Besar,Masjid zahir Balai Seni Negeri dan Rumah Merdeka.

Berlatar Belakang Masjid Zahir


Balai Besar


Saya Dan abang


Balai Nobat


Masjid Zahir


 

 SEJARAH  PEMBINAAN MASJID ZAHIR

   Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Ia terletak di persimpangan Jalan Kampung Perak dan Jalan Pekan Melayu. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar bertentangan dengan Balai Besar.. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
   Masjid Zahir mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira – wira  Kedah yang telah gugur semasa berjuang  mempertahankan negeri Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821. Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.
   Upacara perasmian Masjid Zahir dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. 

Pandangan Sisi
   Masjid Zahir merupakan masjid yang tertua di negeri Kedah dan tercantik dari aspek reka bentuk binaanya di Malaysia.

LATAR BELAKANG MASJID ZAHIR

   Masjid Zahir merupakan sebuah masjid yang diklasifikasikan sebagai sebuah masjid yang mempunyai ciri – ciri senibina yang unik serta menarik. Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan daripada Masjid Azizi di Sumatera. Ini bermaksud terdapat banyak pengaruh dari Timur Tengah dan juga India terhadap seni bina dan reka bentuk Masjid Zahir kerana kedua – dua masjid ini mempunyai banyak kubah. Masjid Zahir mempunyai 5 kubah manakala Masjid Azizi mempunyai 9 kubah.



   Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan
tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh
beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu. Setelah 87 tahun selepas pembinaannya, Masjid Zahir telah diperbesarkan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1960 dan pada tahun 1975.



Kubah Masjid Zahir

Mimbar Masjid Zahir
   Disebelah Masjid Zahir terdapat sebuah pejabat untuk Imam Besar, Penghulu Masjid dan juga Bilal. Ini memudahkan mereka untuk menjalankan tugas – tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Ini juga memudahkan jemaah untuk berjumpa dengan mereka jika berlaku apa – apa masalah selain mendekatkan diri mereka dengan penduduk setempat.




Balai Nobat


Balai Nobat yang terletak berhadapan dengan Mahkamah Tinggi dan Wisma Negeri di tengah bandar Alor Star. Bangunan ini dibina bagi menggantikan Balai Nobat lama yang diperbuat dengan kayu dan berbumbungkan zink.

Pintu masuk ke Balai Nobat.
Menjelang pembukaan Bandar Alor Star pada tahun 1735 oleh Sultan Mahammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), beberapa bangunan awal yang siap dibina termasuklah Istana Kota Setar, Balai Besar, Balai Nobat dan Masjid Negeri. Rekabentuk Balai Nobat yang asal tidak dapat dikenal pasti tetapi jelas ianya diperbuat daripada kayu.
Pada Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-25 (1854-1879), Balai Nobat yang baru setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.
Pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), bangunan baru diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ianya mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.
Di Balai Nobat ini disimpan segala alat Nobat termasuklah serunai, nafiri, gendang dan gong yang dimainkan dalam upacara-upacara tertentu seperti pertabalan, kemangkatan dan lain-lain upacara rasmi.

Balai Besar

Klik untuk lihat gambar besar
Balai Besar dilihat dari hadapan.
Klik untuk lihat gambar besar
Bahagian belakang dari Balai Siak ada dua tangga yang bercabang ke kiri dan ke kanan untuk turun ke halaman istana dalam kota.
Bangunan ini asalnya berfungsi sebagai Balai Rongseri atau Balai Penghadapan, merupakan sebahagian daripada Kompleks Istana Kota Setar yang terletak di belakangnya. Bangunan asalnya dibina dalam tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778). Tiang, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu.
Bangunan ini pernah musnah akibat serangan Armada Bugis (1770) dan Siam (1821). Pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), bangunan ini dibaikpulih (1896) diketuai oleh Muhammad bin Lebai Tambi, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah untuk melangsungkan perkahwinan putera-puteri baginda lima bersaudara (1904).
Di samping majlis perkahwinan, Balai Besar ini juga digunakan untuk majlis pertabalan, majlis-majlis rasmi, persidangan Majlis Negeri (State Council) semenjak tahun 1905 sehingga tahun 1973.
Dua orang Sultan Kedah yang pernah ditabalkan secara rasmi di Balai Besar ini ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804-1845) pada tahun 1805 dan KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'Adzam Shah pada 20 Februari 1959.

Rekabentuk Bangunan.
Rekabentuk Balai Besar bercirikan rumah Melayu bumbung panjang. Di sebelah kiri kanan Balai Besar adalah serampi. Serampi sebelah kanan singgahsana ialah tempat anak-anak menteri, hulubalang dan anak-anak pembesar serta rakyat baik-baik. Di serambi kiri ialah tempat alim ulama, saudagar-saudagar dan rakyat baik-baik. Di tengah balai ialah tempat "anak-anak istana" iaitu pemegang alat-alat kebesaran DiRaja bersama dengan menteri dan pegawai kanan kerajaan mengikut status masing-masing hinggalah kepada rakyat biasa.
Tiang dan alangnya diperbuat daripada kayu cengal yang bermutu dari negeri Kedah. Bumbungnya diperbuat daripada atap rembia. Di hadapan Balai Besar didirikan dua buah tangga besar, kiri dan kanan untuk naik ke dewan besar, rumah tangga, serambi kanan, serambi kiri serta astaka dan singgahsana dan Balai Siak iaitu bahagian belakang sekali bangunan tersebut.


Mahkamah Tinggi



Bahagian hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Alor Star.

Bangunan Mahkamah Tinggi Alor Star dilihat dari sisi kiri. Bangunan ini terletak di persimpangan Jalan Putera, bersebelahan Balai Nobat di tengah bandar Alor Star.

Bangunan Mahkamah Tinggi dari sudut tepi.
Bangunan ini terletak di persimpangan Jalan Putera bersebelahan dengan Balai Nobat. Pada mulanya, Bangunan Mahkamah ini ditempatkan di Balai Seni yang ada sekarang yang dahulunya dipanggil "Mahkamah Besar".
Bangunan ini telah dibina pada bulan Rabiulawal 1341 Hijrah bersamaan November 1922 seperti yang tertera pada sekeping batu marmar di suatu sudut di dalam bangunan mahkamah itu. Nama-nama mereka yang bertanggungjawab dalam pembinaan Mahkamah tersebut ialah DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Regent), W.Peel ESQ (Penasihat British), Mejar W.R. Sanguinetti, O.B.E.M.C. (Jurutera Negeri), F.W. Wade ESQ. A.I.R.B. (Arkitek), dan H.W.Fofden ESQ. (Kontraktor).
Melihat kepada rekabentuk senibinanya, jelas menunjukkan bahawa bangunan ini lebih bercirikan senibina Roman. Keadaan ini dapat dikenal melalui rekabentuk tiang yang letaknya berdekatan antara satu dengan lainnya tanpa memikirkan aspek keluasan ruang-ruang yang akan digunakan. Pelbagai jenis ukiran juga terdapat pada bahagian dindingnya. Pada bahagian atas berdekatan bumbungnya diletakkan logo lambang Negeri Kedah.

Balai Seni


Pada tahun 1983, bangunan ini telah dirasmikan sebagai Balai Seni.
Bangunan ini merupakan bangunan Pejabat Kerajaan moden yang terawal dibina di Bandar Alor Star. Ketua pembinaannya ialah Muhammad bin Lebai Tambi, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah. Pembinaannya bermula pada 21 Januari 1893 (4 Rejab 1310). Setelah siap pada tahun 1893, beliau dipertanggungjawabkan membaik-pulih bangunan Balai Besar.Bangunan moden yang bercirikan senibina timur dan barat ini pada mulanya dijadikan Mahkamah Besar dan telah dirasmikan oleh Sultan Abdul Hamid Shah. Sewaktu upacara perkahwinan lima orang putera-puteri baginda berlangsung selama tiga bulan (Jun hingga September 1904), bangunan ini ditutup untuk dijadikan Dewan Jamuan Khas untuk VIP.
Pada tahun 1912, beberapa jabatan telah ditempatkan di sini seperti Pejabat Tuanku Sultan, Pejabat Perbendaharaan dan Audit serta Penasihat British. Menjelang tahun 1914, kebanyakan jabatan itu berpindah ke Bangunan Wan Muhammad Saman. Bangunan ini diduduki pula oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Tali Air (Saliran). Sempena perayaan menyambut Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah (1958-1983), bangunan ini dijadikan Balai Seni Negeri yang dirasmikan oleh baginda pada 25 Julai 1983.



Muzium Di Raja


Tempat bersemayam Sultan Kedah dan beberapa adat istiadat Diraja.

Pintu Gerbang masuk ke Rumah Pelamin yang dihiasi dengan ukiran yang menarik.

Pintu utama untuk masuk ke Rumah Pelamin (yang kini dikenali dengan Muzium DiRaja)
Bangunan ini yang berasal dari "Istana Kota Setar" merupakan sebuah bangunan kayu yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778) iaitu pengasas Bandar Alor Star dalam tahun 1735. Bangunan ini pernah mengalami kerosakan beberapa kali akibat serangan Tentera Bugis (1770) dan Tentera Siam (1821).
Bangunan batunya telah disiapkan pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879). Baginda pernah bersemayam di istana ini bersama permaisurinya Wan Hajar Wan Ismail atau dikenali dengan panggilan "Mak Wan Besar". Kerana itu, istana ini juga terkenal dengan nama "Istana Mak Wan Besar".
YTM Tunku Abdul Rahman Putra juga telah diputerakan bersebelahan dengan istana ini (Bangunan Pagoda, yang kini sudah tiada lagi) pada 8 Februari 1903 dan pernah dibesarkan di istana ini sewaktu ayahandanya Almarhum Sultan Abdul Hamid dan bondanya Mak Che Manjalara bersemayam di sini.
Istana ini juga dikenali sebagai "Istana Pelamin" apabila ruang istana ini diperbesarkan untuk dijadikan astaka dan bilik-bilik tambahan apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah hendak melangsungkan perkahwinan lima orang putera-puterinya. Upacara perkahwinan secara besar-besaran ini mengambil masa tiga bulan dalam tahun 1904.
Selepas tahun 1941, istana ini pernah digunakan sebagai sekolah dan pejabat beberapa persatuan termasuk Pejabat Pergerakan St. John dan Pengakap. Pada 25 Julai 1983, bangunan istana ini diisytiharkan sebagai "Muzium Diraja Kedah".

No comments:

Post a Comment