Thursday, 14 February 2013

Episod 3 :Catatan Perjalanan ke Alor Setar Kedah


Gambar Kenangan di Muzium Padi

Muzium Padi

Muzium Padi

Abang di Muzium Padi






Setelah berada beberapa lama di Muzium Padi ,kami meneruskan perjalanan makan tengahari di sebuah restoran menghala ke bandar Alor Setar.Makanan ala kampung dan banyak pilihan lauk pauk yang disediakan dan lagi satu istimewanya tempat ini ada menyediakan gulai kawah.Kami makan di sini.

Makanan yang esotik turut disediakan.

                                                   D C nee Cafe

                                                     air sirap yang sejuk sedap diminum diwaktu musim panas.

                                             laksa makanan kegemaranku


 Biasa bila dapat merehatkan minda makan sambil menikmati keindahan negeri " Jelapang Padi' sungguh tenang.Buat saya jatuh cinta dengan keindahan alam yang mempesona.Kata orang 'jauh perjalanan luas pemandangan'.Setelah puas menikmati makan tengahari kami meneruskan perjalanan balik kehotel,sempat singgah di Pekan Rabu.Membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Pekan Rabu


Pekan Rabu


Suasana di dalam Kompleks Pekan Rabu


Makanan yang dijual


Pekan Rabu



Pekan Rabu Dahulu



Petikan dari buku Che Det dan Pekan Rabu....Sejarah Awal Pekan Rabu
Sejarah awal Pekan Rabu bermula di Tanjung Chali hasil kesedaran seorang Putera Diraja Kedah YTM Tunku Yaacob, beliau menubuhkan Pekan Minggu sebagai tempat petani dan peladang memasar dan menjual hasil keluaran mereka.
Pada awal April 1930 YTM Tunku Yaacob telah mengasaskan pasar mingguan disitu pada setiap hari rabu. Sempena hari kelahiran Tunku Yaacob pada hari rabu maka pasar minggu itu dinamakan Pekan Rabu yang khususnya dibuka pada tiap-tiap hari Rabu sahaja.
Tanjung Chali letaknya di persimpangan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal dibandar Alor Setar. Ia merupakan sebuah pengkalan atau pelabuhan bagi persinggahan kapal-kapal, perahu dan tongkang yang keluar masuk memunggah barang dagangan dari dalam dan luar negeri melalui Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit dan Sungai Raja.
Bangunan Pekan Rabu di Tanjung Chali itu pada asalnya merupakan bangunan terbuka yang panjang berbumbung atap nipah, bertiang kayu dan berlantaikan simen.
Antara barang yang dijual disitu ialah hasil perusahaan tangan orang Melayu ialah tudung,bakul dan tikar dari mengkuang, kain baju dan ubatan Melayu seperti minyak angin, makjun dan lain-lain. Barangan lain adalah hasil tanaman kampung dan ulaman dari daun-daun dan pucuk kayu, ubi, umbut dan buah-buahan.

Pada tahun 1932 Pekan Rabu telah dipindahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah ke Jalan Tunku Ibrahim diatas tapak yang lebih luas dan selesa.


Setelah puas membeli belah kami pulang ke hotel.Merehatkan diri mungkin terlalu penat aku tertidur.Pada pukul 8 malam aku bangun tidur dan bersiap untuk makan malam.Kami keluarmenuju destinasi makan malam kami di D'Mula Alor Setar Cafe di bandar Alor Setar.Aku ,abang dan 2 orang sahabat abang menikmati makan malam bersama.Aku hanya mendengar apa yang dibicarakan,mungkin mereka guna bahasa utara mungkin ada beberapa perkataan yang aku tidak faham .Hanya menjadi pendengar yang setia,masih belajar untuk menguasai loghat utara.Kata orang jika tiada asam tidak sedap lah masakan itu.Tiba tiba pulak nak berperibahasa entah betul ke tidak,hentam sajalah.Ha ha ha duduk melopong dengar sahaja apa yang dibualkan.Setelah selesai makan malam abang membawa aku bersiar siar di Kuala Kedah.Pergi hantar barang kepada kawan abang di Kuala Kedah Kemudian meronda Kuala Kedah sebelum kami pulang kebilik hotel.





1 comment:

  1. Casino Review and Ratings - Dr. MD
    A review of the Casino Games, 구미 출장마사지 Software, Banking & Sports Betting. Get the current status, casino bonus 남원 출장마사지 offers, casino games,  Rating: 김포 출장마사지 3.2 · ‎Review 서울특별 출장안마 by Dr. MD 충청북도 출장샵

    ReplyDelete