Friday, 21 September 2012

sinopsis novel Mereka Yang Tertewas 1 & 2

Novel yang pernah menjadi teks sastera sekolah menengah ini adalah pemenang Hadiah Penghargaan Sayembara Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka 1988.
s
Jadi, tidak perlulah saya mengulas kerana MYT ini memang bukan novel biasa. Ramai yang kata, kulit depannya langsung tidak memancing selera pembaca. Tidak kurang juga ada yang mengatakan isinya boleh menyebabkan rasa mengantuk secara tiba-tiba. Itu biasa. Komen seperti itu biasa kerana saya menilai sesebuah buku untuk dibaca bukanlah berdasarkan kepada komen orang. Kerana manusia mempunyai citarasa yang berbeza. Itu tidaklah dapat kita nafikan lagi. Dan untuk MYT, tidak sedikit juga yang telah mengangkat karya Hasanuddi ini ke tempat yang sepatutnya. Tidak sedikit yang telah terpikat dengan novel ini. Ramai!
s
Yang ingin saya katakan di sini, yang membuatkan saya tertarik untuk membaca adalah tajuknya. Mereka yang tertewas bagi saya mempunyai maksud yang mendalam. Terus saya tertanya, siapakah yang telah tertewas itu. Untuk mendapatkan jawapannya, maka saya pun membacanya (saya telah khatam buku ini lebih kurang 5 kali pada tahun 1996). Dan sekarang, apabila saya membacanya semua pada tahun 2006, mesej dan kekuatan novel ini masih terasa sama.
s
Seperti yang saya katakan, masyarakat melayu ada kekuatannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi melayu Islam (saya kata begitu kerana ketika ini mungkin ada melayu yang tidak lagi mahu mengaku dirinya Islam. Barangkali!). Tidak perlu kita bercerita jauh ke depan, kerana di sini ada mutiara yang dapat kita kutip. Tetapi, bukan semua penulis mampu menulis begini. Ada. Cuma jarang-jarang. Saya membaca hampir kesemua karya Hasanuddin tetapi MYT tidak dapat dibandingkan dengan yang mana-mana. Saya bukan ingin menilai, tetapi yang ingin saya katakan, bukan selalu seorang penulis mampu menulis sesuatu yang terbaik. Namun, ianya bukanlah mustahil. Cuma jarang-jarang.

s
Juga tidak ada sebab untuk anda tidak membacanya."Itulah kehidupan. Itulah juga sunnah alam. Zaman senang dan zaman susah, masa libur dan masa kesedihan. Semuanya adalah ujian dan cubaan kepada keimanan manusia yang mengaku dirinya beriman. Tuhan tetap berkuasa. Dia tetap meletakkan manusia pada tarafnya. Tuhan tetap mengasingkan perjuangan manusia mukmin, fasik, zalim, munafik dan perjuangan manusia kafir dalam menempuh perjalanan hidup mereka."
"Berdiri di atas suatu kesedaran, Lebai Pa amat menginsafi bahawa menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran, tidak mampu dilaksanakan berseorangan. Seorang muslim itu merupakan binaan kepada yang lain, seumpama batu bata yang akan meneguh dan mengukuhkan antara satu sama lain" (Ms: Akhir)

“Mereka Yang Tertewas” novel hasil karya Hasanuddin Md Isa ini mengetengahkan sebuah cerita yang lebih berlatar belakangkan penerapan Islam dalam hidup sebuah kelompok masyarakat di Kampung Bukit Setugal. Tapa yang dahulunya hidup sebagai orang miskin di Kampung Padi Setempat beralih arah berhijrah ke tempat lain setelah maruah diri dan keluarganya dicemuh dan dicaci apabila ingin memperisterikan Mimah. Tapa mengembara mencari penghidupan yang baru serta mendalami ilmu agama untuk melupakan masa silamnya. Tapa berhijrah ke Kampung Bukit Setugal dan memperisterikan Jamilah anak murid tok gurunya serta menebarkan syiar Islam. Kesucian hati Tapa atau dikenali sebagai Lebai Pa disalahertikan oleh penduduk kampung tersebut kerana mereka beranggapan Lebai Pa telah menyebarkan ajaran sesat dan ingin berkuasa di dalam kampung tersebut. Lebai Pa berusaha untuk mengembalikan pegangan agama penduduk Kampung Bukit Setugal yang semakin goyah dengan hiburan dunia sehinggakan kebanyakan anak-anak muda kampung tersebut terjebak dengan perkara maksiat. Beberapa buah pondok didirikan untuk dijadikan tempat menuntut ilmu agama. Usaha Lebai Pa tidak sia-sia apabila mendapat sokongan Uda Puat, Mat Yasin dan Pudin. Tomahan demi tomahan dilemparkan kepada Lebai Pa sebagai usaha untuk menggagalkan hasratnya menyebarkan agama tetapi pegangan hidup Lebai Pa yang banyak mencontohi sikap Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan agama menyebabkan Lebai Pa lebih bersemangat dan bersabar. Akhirnya Lebai Pa mampu mengubah pemikiran penduduk kampung untuk menerima Islam dan sedar atas kesalahan yang pernah mereka lakukan ke atas Lebai Pa. 


Saturday, 15 September 2012

Asal Pertubuhan UMNO


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
United Malay National Organisation
UMNO / PEKEMBAR
ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو
Pengerusi TetapTan Sri Dato’ Seri HajiOnn Ismail
PresidenDato' Seri Najib Tun Razak
Timbalan PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Ketua PemudaKhairy Jamaluddin
Ketua WanitaShahrizat Abdul Jalil
Ketua PuteriDatuk Rosnah Rashid Shirlin
Diasaskan11 Mei 1946
Ibu pejabatPusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
KeahlianBumiputera
Ideologi PolitikNasionalisme Melayu,Konservatisme,Islamisme
Affiliasi dalam negaraBarisan Nasional
Affiliasi antarabangsatiada
WarnaMerah, putih1
Laman webhttp://www.umno-online.com/
1Merah putih telah digunakan semenjak sebelum kemerdekaan lagi.
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia


Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik
papar • bincang • sunting
Logo UMNO
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris:United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR [perlu rujukan]): [1] adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejakmerdeka lagi.
UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.[2] Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.[3]

Isi kandungan

  [sorokkan] 

Sejarah UMNO

Zaman Dato Onn

Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu,Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayutelah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
  • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
  • Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
  • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951

Zaman Tunku Abdul Rahman

Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British diLondon, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.

Zaman Tun Abdul Razak

Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.

Zaman Tun Hussein Onn

Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad

UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.

Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkanPakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkanKelantan.

Lagu UMNO

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Presiden UMNO

Rencana utama: Presiden UMNO
NamaTempoh perkhidmatan
Dato’ Onn bin Jaafar11 Mei 1946 - 26 Ogos 1951
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj26 Ogos 1951 - 24 Januari 1971
Tun Abdul Razak Dato' Hussein24 Januari 1971 - 14 Januari 1976
Tun Hussein Onn14 Januari 1976 - 28 Jun 1981
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad28 Jun 1981 - 30 Oktober 2003
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi30 Oktober 2003 - 28 Mac 2009
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak28 Mac 2009 - Kini

Trivia

Dato' Onn mencadangkan nama Pertubuhan Melayu Bersatu (United Malays Organisation) UMO bagi pertubuhan yang baru dibentuk itu. Bagaimanapun, Pendita Zaaba mencadangkan ditambah perkataan 'kebangsaan' pada nama pertubuhan bagi mencherminkan dasar pertubuhan yang lebih merangkumi seluruh negara.
Cadangan Pendita Zaaba telah mendapat persetujuan orang ramai.
Keputusannya, persidangan bersetuju menukar nama parti dari 'UMO' kepada 'UMNO'.

Lihat juga

Pautan luar

Rujukan

  • Ibrahim Mahmood (1981), Sejarah perjuangan UMNO, penerbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur.
  1. ↑ Penubuhan UMNO, UMNO Online
  2. ↑ http://umno-online.com/?page_id=2787
  3. ↑ UMNO Online. Tujuan Parti 3.6. Dari: http://umno-online.com/?page_id=2787

UMNO TERUS BERJUANG...


Lagu UMNO
BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
Ikrar Pemuda
Kami pemuda malaysia
Bersatu dan padu tenaga
Berjuang berkorban jiwa raga
Untuk ketahanan bangsa
Pemuda harapan negara
Membela dan membuat jasa
Membina negara kaya raya
Ibu pertiwi malaysia
Mari kita bersatu dan berikrar
Mengaku dan bersumpah
Menjunjung agama bangsa negara
Bersungguh dan setia
Kami pemuda malaysia
Merupakan benteng yang waja
Pertahan kedaulatan agama
Serta bangsa dan negara

Asal Usul Melayu


Asal Usul Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645    Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.


Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.


Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
  • Bahasa Melayu Kuno,
  • Bahasa Melayu Klasik dan
  • Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
  • Pengaruh agama Hindu
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
  • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  • Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
  • Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
  • Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
  • Susunan ayat bersifat Melayu
  • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
  • bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
  • ditulis dalam huruf India
  • mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
  • bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
  • masih memakai abjad India
  • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
  • ditulis dalam tulisan Jawi
  • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
  • Zaman kerajaan Melaka
  • Zaman kerajaab Acheh
  • Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:
  • ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit.
  • banyak ayat pasif
  • menggunakan bahasa istana
  • kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • ayat songsang
  • banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istilah Melayu boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:-
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.