Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu United Malay National Organisation UMNO / PEKEMBAR ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو | |
---|---|
Pengerusi Tetap | Tan Sri Dato’ Seri HajiOnn Ismail |
Presiden | Dato' Seri Najib Tun Razak |
Timbalan Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Ketua Pemuda | Khairy Jamaluddin |
Ketua Wanita | Shahrizat Abdul Jalil |
Ketua Puteri | Datuk Rosnah Rashid Shirlin |
Diasaskan | 11 Mei 1946 |
Ibu pejabat | Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Keahlian | Bumiputera |
Ideologi Politik | Nasionalisme Melayu,Konservatisme,Islamisme |
Affiliasi dalam negara | Barisan Nasional |
Affiliasi antarabangsa | tiada |
Warna | Merah, putih1 |
Laman web | http://www.umno-online.com/ |
1Merah putih telah digunakan semenjak sebelum kemerdekaan lagi. |
Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan Malaysia |
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris:United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR [perlu rujukan]): [1] adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejakmerdeka lagi.
UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.[2] Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.[3]
Isi kandungan[sorokkan] |
Sejarah UMNO
Zaman Dato Onn
Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu,Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayutelah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
- Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
- Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
- Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951
Zaman Tunku Abdul Rahman
Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British diLondon, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
Zaman Tun Abdul Razak
Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.
Zaman Tun Hussein Onn
Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad
UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.
Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi
Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkanPakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkanKelantan.
Lagu UMNO
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu Jiwa Teguh Berpadu Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua Berjasa Pada Bangsa Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat" Cogan Katanya UMNO Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia |
Presiden UMNO
Trivia
Dato' Onn mencadangkan nama Pertubuhan Melayu Bersatu (United Malays Organisation) UMO bagi pertubuhan yang baru dibentuk itu. Bagaimanapun, Pendita Zaaba mencadangkan ditambah perkataan 'kebangsaan' pada nama pertubuhan bagi mencherminkan dasar pertubuhan yang lebih merangkumi seluruh negara.
Cadangan Pendita Zaaba telah mendapat persetujuan orang ramai.
Keputusannya, persidangan bersetuju menukar nama parti dari 'UMO' kepada 'UMNO'.
Lihat juga
- Perhimpunan Agung UMNO 2009
- Perhimpunan Agung UMNO 2008
- Perhimpunan Agung UMNO 2007
- Perhimpunan Agung UMNO 2006
- Politik di Malaysia
- Senarai parti politik Malaysia
Pautan luar
Rujukan
- Ibrahim Mahmood (1981), Sejarah perjuangan UMNO, penerbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur.
- ↑ Penubuhan UMNO, UMNO Online
- ↑ http://umno-online.com/?page_id=2787
- ↑ UMNO Online. Tujuan Parti 3.6. Dari: http://umno-online.com/?page_id=2787
No comments:
Post a Comment