Novel yang pernah menjadi teks sastera sekolah menengah ini adalah pemenang Hadiah Penghargaan Sayembara Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka 1988.
s
Jadi, tidak perlulah saya mengulas kerana MYT ini memang bukan novel biasa. Ramai yang kata, kulit depannya langsung tidak memancing selera pembaca. Tidak kurang juga ada yang mengatakan isinya boleh menyebabkan rasa mengantuk secara tiba-tiba. Itu biasa. Komen seperti itu biasa kerana saya menilai sesebuah buku untuk dibaca bukanlah berdasarkan kepada komen orang. Kerana manusia mempunyai citarasa yang berbeza. Itu tidaklah dapat kita nafikan lagi. Dan untuk MYT, tidak sedikit juga yang telah mengangkat karya Hasanuddi ini ke tempat yang sepatutnya. Tidak sedikit yang telah terpikat dengan novel ini. Ramai!
s
Yang ingin saya katakan di sini, yang membuatkan saya tertarik untuk membaca adalah tajuknya. Mereka yang tertewas bagi saya mempunyai maksud yang mendalam. Terus saya tertanya, siapakah yang telah tertewas itu. Untuk mendapatkan jawapannya, maka saya pun membacanya (saya telah khatam buku ini lebih kurang 5 kali pada tahun 1996). Dan sekarang, apabila saya membacanya semua pada tahun 2006, mesej dan kekuatan novel ini masih terasa sama.
s
Seperti yang saya katakan, masyarakat melayu ada kekuatannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi melayu Islam (saya kata begitu kerana ketika ini mungkin ada melayu yang tidak lagi mahu mengaku dirinya Islam. Barangkali!). Tidak perlu kita bercerita jauh ke depan, kerana di sini ada mutiara yang dapat kita kutip. Tetapi, bukan semua penulis mampu menulis begini. Ada. Cuma jarang-jarang. Saya membaca hampir kesemua karya Hasanuddin tetapi MYT tidak dapat dibandingkan dengan yang mana-mana. Saya bukan ingin menilai, tetapi yang ingin saya katakan, bukan selalu seorang penulis mampu menulis sesuatu yang terbaik. Namun, ianya bukanlah mustahil. Cuma jarang-jarang.
s
Juga tidak ada sebab untuk anda tidak membacanya."Itulah kehidupan. Itulah juga sunnah alam. Zaman senang dan zaman susah, masa libur dan masa kesedihan. Semuanya adalah ujian dan cubaan kepada keimanan manusia yang mengaku dirinya beriman. Tuhan tetap berkuasa. Dia tetap meletakkan manusia pada tarafnya. Tuhan tetap mengasingkan perjuangan manusia mukmin, fasik, zalim, munafik dan perjuangan manusia kafir dalam menempuh perjalanan hidup mereka."
"Berdiri di atas suatu kesedaran, Lebai Pa amat menginsafi bahawa menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran, tidak mampu dilaksanakan berseorangan. Seorang muslim itu merupakan binaan kepada yang lain, seumpama batu bata yang akan meneguh dan mengukuhkan antara satu sama lain" (Ms: Akhir)
“Mereka Yang Tertewas” novel hasil karya Hasanuddin Md Isa ini mengetengahkan sebuah cerita yang lebih berlatar belakangkan penerapan Islam dalam hidup sebuah kelompok masyarakat di Kampung Bukit Setugal. Tapa yang dahulunya hidup sebagai orang miskin di Kampung Padi Setempat beralih arah berhijrah ke tempat lain setelah maruah diri dan keluarganya dicemuh dan dicaci apabila ingin memperisterikan Mimah. Tapa mengembara mencari penghidupan yang baru serta mendalami ilmu agama untuk melupakan masa silamnya. Tapa berhijrah ke Kampung Bukit Setugal dan memperisterikan Jamilah anak murid tok gurunya serta menebarkan syiar Islam. Kesucian hati Tapa atau dikenali sebagai Lebai Pa disalahertikan oleh penduduk kampung tersebut kerana mereka beranggapan Lebai Pa telah menyebarkan ajaran sesat dan ingin berkuasa di dalam kampung tersebut. Lebai Pa berusaha untuk mengembalikan pegangan agama penduduk Kampung Bukit Setugal yang semakin goyah dengan hiburan dunia sehinggakan kebanyakan anak-anak muda kampung tersebut terjebak dengan perkara maksiat. Beberapa buah pondok didirikan untuk dijadikan tempat menuntut ilmu agama. Usaha Lebai Pa tidak sia-sia apabila mendapat sokongan Uda Puat, Mat Yasin dan Pudin. Tomahan demi tomahan dilemparkan kepada Lebai Pa sebagai usaha untuk menggagalkan hasratnya menyebarkan agama tetapi pegangan hidup Lebai Pa yang banyak mencontohi sikap Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan agama menyebabkan Lebai Pa lebih bersemangat dan bersabar. Akhirnya Lebai Pa mampu mengubah pemikiran penduduk kampung untuk menerima Islam dan sedar atas kesalahan yang pernah mereka lakukan ke atas Lebai Pa.
Full inspiration for me
ReplyDeleteArwah ayah saya mmg minat baca buku nie..ayah sy bru ja meninngal puasa lepas..selepas kemas2 rak buku dia sy jumpa buku ini..saya nak baca utk tahu kanapa arwah suka sgt baca buku ni..
ReplyDelete