Tuesday 29 January 2013

Episod 2 : Catatan Perjalanan ke Alor star...



Sampai di bilik hotel aku berehat mungkin terlalu penat aku tertidur.Petang itu abang membawa aku keluar minum petang di Kuala Kedah.Sedang minum kawan abang datang minum bersama.Aku apalagi senyap ajalah biasalah aku penyegan.Lagi depa bcakap loghat utara dengar sajalah.Hahah buat buat faham kadang kadang ada maksud yang aku tak faham.Selepas minum dan menikmati makan petang kami bersurai.Aku dan abang balik ke hotel manakala kawan abang balik kerumahnya yang berdekatan.Sampai ke bilik hotel kami berehat secukupnya kerana malam nanti ada kerja yang menanti.Abang nak kerumah lamanya untuk mengemas barang barang nak bawa balik ke kampungnya di Perlis.Abang dah tak duduk kat quaters guru .Pada pukul 7.30 malam kami bersiap untuk pergi ke quaters guru,rumah lama abang.Kami sampai awal pada malam itu.Ada anak buah abang datang bersama suami dan 3 orang kawan abang.Kami mengemas barang barang abang.Saya senyap saja ,malu kot hehe semua cakap utara saya duk melopong.Selepas siap mengemas dalam pukul 10.30 malam kami  bersurai.Aku,abang dan 2 kawan abang singgah minum di pusat bandar Alor Setar .minum teh tarik dan kuih muih.Setelah siap makan dan minum kami balik,aku dan abang balik ke hotel manakala kawan abang balik kerumah masing masing.Balik hotel apalagi masa untuk berehat setelah penat seharian perjalanan dari Kuala Lumpur memakan masa 7 jam.Letih duduk dalam bas dan letih mengemas.

19 January 2013,Sabtu.Mungkin terlalu penat semalam aku bangun lewat pukul 10 pagi baru bangun tidur.Bersiap siap untuk keluar sarapan pagi.Kami keluar bersarapan pagi di sebuah kedai di bandar Alor Setar.Kemudian kami ke Tesco.Abang membeli beberapa buah buku untuk rujukan pembelajaran.Aku membeli majalah pelancongan,biasalah majalah apa yang harus dibeli selalunya Libur jadi pilihanku.Majalah yang penuh dengan maklumat destinasi pelancongan.

Setelah membeli buku kami kami meneruskan perjalanan ke Gunung Keriang tempat yang menarik bagiku yang suka akan keindahan alam semulajadi.
Saya dan abang.


GUNONG KERIANG

Gunung keriang berada kira - kira 8km dari bandar Alor Setar. Gunung Keriang mempunyai ketinggian sebanyak 714 kaki. Terdapat pelbagai kemudahan seperti taman permainan , tasik buatan manusia dan juga tangga pendakian ke Gunung Keriang. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan,  tandas awam dan taman permainan ada disediakan di sini. Ia juga sesuai sekiranya kita datang untuk bersenam
Di pekarangan kaki gunung terdapat gerai - gerai yang menjual hasil mineral Gunung Keriang iaitu batu bunga. Batu-batu bunga ini sesuai untuk dijadikan perhiasan, cenderamata atau alat perhiasan diri seperti gelang tanggan.
Terdapat beberapa jenis batu yang dijual disini iaitu batu kristal (bunga). Bunga batu. batu air.
Ada mitos menyatakan bahawa asal usul gunung keriang ini adalah sebuah kapal yang disumpah oleh sang gelembai menjadi batu, berpunca dari rasa tidak puas hatinya apabila hajat untuk mengahwini puteri yang berada didalam kapal tersebut tidak diterima.
Di bahagian dalam gua ini pernah mempunyai peralatan dapur seperti pinggan mangkuk. Ketika zaman dahulu kebanyakkan penduduk setempat sering meminjam pinggan untuk kegunaan semasa kenduri.
Kehilangan dan kerosakan pinggan mangkuk yang tidak diganti oleh peminjam menyebabkan lenyaplah semua pinggan mangkuk tersebut.  Sekarang hanya yang tinggal adalah sebuah mitos berkenaan keistemewaan gunung keriang.
Tidak jauh dari gunung keriang terdapat banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi seperti muzium padi, pusat renang akuatik, perkampungan tradisional masyarakat petani dan pusat sains negeri kedah.

Setelah berada beberapa lama di Gunung Keriang ,kami meneruskan perjalanan ke Muzium Padi.Sungguh indah perjalanan di kiri kanan jalan pemandangan padi yang menguning.

sempat bergambar kenangan.

Di Muzium Padi,abang bertemu dengan bekas pelajar yang dulu belajar di sebuah sekolah di Langkawi.Berjalan melawat Muzium Padi sungguh mengasyikkan.Terdapat sejarah penanaman padi di neger Kedah.Sedikit info tentang muzium padi yang saya sempat cari.

PrintPDF



 

Muzium Padi

ADMINISTRATOR
PrintPDF
 
Salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi di negeri Kedah ialah Muzium Padi. Lokasinya terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Alor Setar. Ia dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah.

Muzium ini adalah satu-satunya muzium padi di Malaysia. Ia mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.

Muzium ini berkeluasan 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras. Di aras 1 dipamerkan sejarah penanaman padi, variati-variati padi, alat persawahan tradisional seperti anok, renggam dan lain-lain. Selain itu alat menangkap ikan tradisional yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan lain-lain juga dipamerkan di aras ini.

Di aras 2 pula ada 6 galeri. Di galeri ini kita boleh melihat lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti pertanian bermula dari zaman penjajahan hingga sekarang. Di aras ini juga kita dapat menonton dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ada ditayangkan di sini setiap hari.

Yang paling menarik dan unik di Muzium padi ini ialah apabila berada di aras 3. Di sini kita dapat melihat panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap. Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Di aras ini ada ruang pemerhati terletak di atas platform berputar.

Setelah puas melawat ke semua galeri, pasti inginkan sesuatu untuk dijadikan kenangan atau buah tangan selepas pulang. Kedai cenderamata ada menjual barangan seperti baju "T", alat tulis, dan kraftangan. Disarankan juga agar anda mencuba makanan tradisional seperti sagon, karas dan lain-lain kerana makanan-makanan ini semakin jarang didapati. Semua makanan ini dihasilkan oleh anak-anak negeri Kedah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Muzium Padi semamangnya lokasi pelancongan yang menarik. Selain daripada boleh menambahkan pengetahuan mengenai sejarah penanaman padi, kita juga boleh melihat bahan-bahan dan peralatan pertaniah yang semakin pupus.

Waktu Lawatan:

Dibuka Setiap hari

Sabtu - Khamis : 9:00 pagi - 5:00 petang

Jumaat       : 9:00 Pagi - 12:30 tengahari
: 2:30 Petang - 5:00 petang


Bayaran Masuk:

Dewasa              : RM 3.00 ( seorang )

Kanak-kanak       :RM 1.00 ( seorang )
(7 - 12 tahun )

Rombongan sekolah : RM 1.00 ( seorang )

Kamera        : RM 2.00 ( sebuah )

Friday 25 January 2013

Catatan Kenangan Perjalanan Ke Alor Star ,Kedah Darul Aman

18 January 2013,memulakan perjalananku ke utara tanah air ,Alor Star Kedah Darul Aman.Selepas solat Subuh ,aku memulakan perjalananku .Di keheningan pagi yang indah aku memulakan perjalanan menaiki bas Rapid Kl ke Stesen lrt Maluri,sampai disana aku menaiki pula lrt ke Stesen Plaza Rakyat.Sampai diStesen lrt Plaza Rakyat aku berjalan kaki menuju ke Pudu Sentral  untuk menaiki bas ekpress ke Alor Star.Aku Menaiki Etika Ekpress pada pukul 8.30 memulakan perjalananku ke utara tanah air.Dalam bas apa lagi..sambil dengar lagu melalui earpone aku melelapkan mata sampai lah bas berhenti di R n R Bukit Gantang.Jam menunjukkan pukul 12 pm semasa aku sampai di R n R Bukit Gantang.Aku ke tandas mungkin agak lama duduk di dalam bas aku rasa letih.Di hentian r n r aku hanya membeli sebungkus kacang kuda dan sebungkus jambu yang telah dijeruk untuk aku makan didalam bas nanti.Setelah hampir setengah jam berada di r n r bas memulakan perjalanan k utara.Macam biasa sebelum aku melelapkan mata aku akan melihat panorama indah di tepi jalan rimbunan pokok yang hijau dan gunung gunang yang gagah terpampang di pandanganku.Sambil baca majalah perlancongan yang setia menemaniku di setiap perjalanan jauhku iaitu Majalah libur yang padat dengan isi isi yang berguna untuk tatapanku apabila untuk aku melancong.Pada pukul 1.30 pm bas sudah sampai di Plaza Tol Juru melewati sempadan Pulau Pinang dan Kedah.Bangun seketika untuk melaporkan dimana saya ketika itu kepada abang saya yang berada di Perlis kerana saya akan berjumpa dengan dia nanti.Jam di tangan saya menunjukkan pukul 2.30pm bas terus meluncur laju melalui lebuhraya utara selatan.Daerah demi daerah saya lewati kini tiba di tempat yang di tunggu Alor star Kedah Darul Aman.Bas berhenti di Stesen Shahab Perdana Alor Star Kedah.Saya turun di stesen ini dan bas itu meneruskan perjalanan ke Kangar Perlis.Saya sampai dalam pukul 3.30 pm.lagi tunggu abang saya Encik Shahidi datang dari Perlis dalam pukul  3.50pm.Terasa penat sangat mungkin terlalu lama dalam bas kira kira 7 jam perjalanan dalam bas terasa penat.Abang datang mengambil saya dan kami check in di hotel berdekatan rumah kelahiran Tun  Dr Mahathir Mohammad Jalan Seberang Perak Alor Star.

Monday 14 January 2013

Saat terpejam mataku.....


Kisahku bermula.....namaku Putra Pangeran Aria..aku dilahirkan pada 14 April 1986 di Hospital Kajang Selangor Darul Ehsan...dibesarkan dengan penuh kasih dan sayang..itulah aku....masa kecil  aku dibesarkan oleh mak saudaraku...aku begitu nakal masa kecil...hehe begitu indah kenangan masa dahulu...membesar dengan suasana kampung..walaupun aku tinggal di Kuala lumpur tapi masaku banyak dihabiskan di kampung halaman ibuku di Kampung Sri Tanjung Masjid Tanah Melaka...Bila musim cuti sekolah itulah saat yang membahgiakan bagiku....seorang anak kecil yang suka akan kedamaian kampung tercinta...dulu bersama arwah nenek dan atuk ke sawah..haha nenek sibuk di sawah aku lagi sibuk bermain lumpur sampaikan dimarahi oleh nenek...cerita zaman dahulu...kenangan yang terindah mungkin tidak akan kembali lagi...bila masa nenek pulang ke rahmaturallah tahun 1991 aku begitu sedih...nenek yang kusayang pergi buat selama lamanya....tinggal atukku...tapi sudah takdir illahi aku redha dengan ketentuan Qada dan Qadar dari Allah SWT...yang pergi teruskan pergi yang hidup teruskan kehidupan yang masih panjang...selepas nenda pergi...apa yang tinggal hanyalah datuk makcik dan pakcik pakcikku...walaupun sedih masih lagi ada tempat untuk aku bermanja...aku biasa mengikuti pakcikku ke sawah untuk menimba sawah( membuat empangan kecil di lubuk lubuk ikan selepas musim menuai padi atau selepas hujan.kemudian menimba air ,ada ikan selalunya banyak) aktiviti yang menyeronokkan di kampung selain itu saya juga mengikuti pakcik menangkap burung(memasang jaring untuk menangkap burung,biasanya jaring dipasang waktu petang dan dibiarkan.burung biasanya akan terkena jaring bila masa mereka semua hendak pulang ke sarang masing masing setelah mencari sesuap nasi untuk anak mereka..) Aku adalah orang yang beegitu gembira waktu itu bila burung sudah kena jerat,biasanya brung merbah,punai ,burung wak wak atau burung puyuh yang terkena jerat tapi ada juga kelawar yang terkena jerat.Makcikku biasanya akan masak sambal atau dibuat masak lemak cili pdai burung.Sedap dah lama aku tak makan.Masa berlalu terlalu cepat kurasakan,seorang demi seorang oarang yang kusayang meninggalkanku..pakcik pakcik pergi meninggalkanku..pergi tak akan kembali..dari arwah pakcik Nordin kemudian pakcik Nazarudin kemudian Pakcik Nazri..kemudian arwah datukku menyusul Arwahyarham Ahmad bin Kader.Seorang demi seorang orang yang ku kasih pergi meninggalkan ku..selang beberapa tahun kemudian Arwahyarmah nenda pergi meninggalkanku tanggal 4 dec 2009.Selang setahun kemudian detik 9 malam 30 sept 2010 orang yang paling kusayang pergi meninggalkanku..arwahyarham ayahanda tersayang..Hj Kamarudin Bin Hj Maarip...kini aku tinggal hanya ibu abang dan adik adik dan datuk sebelah ayah dan saudara mara terdekat.Sahabat sahabat yang menyayangi diriku pergi dulu dariku...kini sepi...sepi bila teringat kembali orang yang kusayang pergi jauh meninggalkanku...Kenangan lama tidak mungkin diputar kembali ,hidup harus diteruskan....yang telah pergi biarkan pergi yang hidup beringatlah Kiamat sudah dekat...jika aku masih lagi....diberi kesihatan yang baik alhamdulllilah...syukur segala atas kurnia dari Tuhanku....Yang Maha Esa..Aku....ingin kembali kejalan yang lurus berikan aku cahaya itu agar aku terus berjalan dan terus dengan pegangan agamaku..dan tidak aku terpesong dari ajaranku.............Insyallah hanya Allah mengetahui dari langit dan bumi..

Saturday 12 January 2013

Tangisan kerinduan........................

Tangisan dalam kerinduan.........begitu pedih kurasakan bila cinta itu jauh dariku....setiap saat setiap minit setiap jam setiap hari begitu lama kurasakan....akan ku tatap potretmu kekasihku....kadang kala aku menangis sendirian...........sukar nak diluah perasaan rindu ini...hanya sms menjadi perhubungan aku dan dia...kadang kala aku berasa sangat sepi..sepi aku seorang perindu..aku tahu dia benar benar menyayangi diriku dia mengambil berat tentangku...segala hal ku...dia tahu perasaanku...aku tahu semua itu...aku faham dia juga punya tanggungjawab yang berat.akanku nyanyikan lagu rindu buatmu sevagai pengubat kasihku padamu sayang...bukan sekadar luahan kutulis...tapi dengan sejujur cintaku padamu...cinta ku begitu ikhlas buatmu...........harapanku agar cinta kita bersemi untuk selama lamanya.........sayang cinta abang buat selama lamanya............

Monday 7 January 2013

Ayah............

teringat iklan raya berapa tahun lepas....burung apa tu ayah..?burung murai..burung apa? burung murai...mengimbau kembali detik bersama ayahanda tercinta...tersenyum manis bersama arwah ayah..seperti seorang sahabat...kami berdua bersama pergi memancing..menangkap burung...semua kenangan berlalu pergi hanya segar dalam ingatan...kini sudah 2 tahun berlalu..ayah pergi meninggalkan ku..detik 30 sept 2010 pukul 9 malam di hukm...ayah menghembuskan nafas yang terakhir..............saat begitu pedih aku rasakan...kini aku tiada ayah....ayah menanggung derita selama 9 tahun menghidap sakit jantung ,darah tinggi dan batu karang....saat masa ayah pergi aku begitu sayu....bila ayah tiada aku begitu sunyi..aku berjanji pada diriku...setiap jumaat akan ku ziarah pusara ayah menghadiahkan yassin dan berdoa moga roh ayah diberkati dan ditempatkan bersama orang yang beriman....satu masa aku terfikir...jika aku sudah tiada lagi...aku ingin disemadikan di sebelah pusara ayah....tapi siapa akan menghadiahkan surah yassin buat ayahku siapa yang akan mendokan kebahgiaan ayah .....?siapa...kerana kasihku pada ayah begitu kuat dia ayahku...Arwahyarham Hj Kamarudin Bin Hj Maarip...dalam kenangan dalam ingatanku.....


Sahabat...........

Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bsagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan. Saya menggunakan istilah seperti 'sahabat saya', 'kawan saya', 'rakan saya' dan 'kenalan saya' bagi menerangkan perbezaan maksud antara istilah-istilah tersebut.


Sahabat Saya
Sahabat saya adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri saya, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik saya tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat saya adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada saya, dan saya juga begitu.

Sahabat saya adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu saya apabila saya berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan saya, menghilangkan kebimbangan saya dan sanggup berjuang demi kebaikan saya. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban saya. Mereka akan sentiasa melindungi saya.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan saya, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila saya memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan saya berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama saya, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi saya.

Sahabat kadangkala adalah penjaga saya, pelindung saya dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama saya.


Kawan Saya
Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Saya selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan saya.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


Rakan Saya
Rakan saya ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, saya ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya saya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas saya, saya boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan saya, saya bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, saya dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.


Kenalan Saya
Kenalan saya mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila saya mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan saya adalah orang yang pernah berinteraksi dengan saya tetapi saya tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Saya perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber saya kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang saya pernah kenal di internet.

Kenalan saya boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada saya menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada saya menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

hobi......

HOBI
Setiap manusia pasti memiliki hobinya masing-masing, kalau tidak memiliki hobi berarti bukan manusia dong ??! Kalau anda orang yang tidak memiliki hobi, mungkin anda belum menemukannya atau anda tidak memiliki waktu untuk melakukan hobi anda.
Sebelum anda melakukan “hobi” ada baiknya anda mengetahui arti hobi terlebih dahulu. Hobi adalah kegiatan rekreasi yang dilakukan pada waktu luang untuk menenangkan pikiran seseornag dengan tujuan untuk memenuhi keinginan dan mendapatkan kesenangan.
Dengan melakukan hobi anda dapat merefleksikan diri anda atau membiaskan diri anda dari hal-hal yang bersifat negative menjadi positif. Jika anda bingung dalam memilihhobi maka anda harus mencoba untuk polarisasi hal-hal yang menurut anda menyenangkan untuk dijadikan hobi.
Sehingga anda akan mendapatkan disperse saat anda menjalankan hobi yang anda pilih tersebut. Atau anda juga dapat meng interferensikann cahaya hobi anda dengan hobi lainnya. Sehingga terciptalah sebuah hobi baru yang bercahaya.
Adapaun hobi yang sering diplih orang-orang biasanya yang menggunakan diafragma (menyanyi), atau yang memanfaatkan sudut disperse seperti memotret dan lain-lain.
Oleh karena itu tekunilah hobi anda karena itu akan menjadi foton ada diri anda.
Setiap manusia mempunyai hobi yang berbeza..termasuk saya.....hobi saya pada waktu lapang ialah membaca ,menulis blog,bersiar siar dan melancong ketempat tempat yang menarik...biasanya saya akan ke pulau pulau atau taman yang punya tarikan alam semulajadi...keunikan alam semulajadi...membuatkan saya tenang...saya punya satu tempat yang saya rasakan dapat menghilangkan stress saya.....Pulau idaman....iaitu di Pangkor(Teluk Nipah) & Langkawi(Pantai Chenang)....biasanya jika saya kesana saya akan membawa bersama kamera untuk menangkap gambar sebgai kenangan....biasanya saya akan menangkap gambar saya sendiri..dan juga alam sekitar  jika tempat itu menarik....saya boleh berjalan selama sehari..tanpa rasa penat tapi kepuasan itu ada...Selalunya jika saya pergi melncong saya akan pergi seorang tanpa sesiapa..saya rasa tenang...


Sunday 6 January 2013

hidup ku sepi,........

bagaimana.....bagaimana hidup kita jika kita terasa sepi...?saya sering merasakan perkara tersebut....saya tidak ramai kawan...mungkin tiada....orang yang disayangi..? ada tapi jauh diutara....sering aku termenung sendiri...memikirkan hidupku...jika aku bosan ..aku sering ke Pulau Idamanku...menghabiskan masa...mencari erti kehidupan....mencari ilham hidupku...aku..seorang insan yang punya harga diri...aku sering merasakan aku begitu lemah lemah untuk meneruskan kehidupanku...mungkin...mungkin..sering kali aku berkata sering bercerita tentang cinta..tetapi cintaku..?masih kah ada masihkah ada ruang rindu buatku...masih kah terasa kesepian ..sukar kiranya aku mencari sinar kebahgiaan kerana patah sudah sayapku......cinta...cintaku cinta yang teragung.......sepi..sepi seorang perindu...................

Saturday 5 January 2013