Thursday 28 February 2013

Abang...Papa Sayang Abang dan Keluarga...


                                                Bab 4 : Bertemu dia Kekasih Hatiku

Semesta ke 2 pengajianku di universiti.Semesta yang cukup indah bagiku..Bermula detik pertemuan cinta antara Sang Romeo dan Juliet,kisah cinta teragung.Di pagi yang ceria 14 April 2013,sedang aku menelaah pelajaranku di perpustakaan kampus.Dari rak ke rak buku yang kucari tidak kutemui,apabila sampai ke satu rak buku.Akhirnya aku ketemu buku yang ku cari,buku sejarah Kota Rom.Sedang asyik mebelek buku tersebut tanpa ku sedari ada seseorang yang menuju ke tempatku.Dia membawa terlalu  banyak buku ditangan sampai tidak nampak ku dihadapan.Sesuatu yang tidak dijangka berlaku sesuatu yang ku ingat sampai kini antara aku dan dia.Sedang aku asyik membaca buku ditepi rak buku tiba tiba sesorang melanggarku dengan kuat.Aku terjatuh dan buku buku bertaburan di lantai.Seorang gadis yang manis terjatuh diatasku,pipi yang putih senyuman malu tersipu sipu,bibir merah merekah bak delima sungguh ayu bagiku.Terpana sekejap melihat wajahnya,walaupun sakit terjatuh tapi buat buat tak sakit."Maaf saudara ,saya tidak nampak saudara dihadapan.Saya bawa terlalu banyak buku tanpa sedar awak dihadapan".Dia berkata kepadaku."Tak mengapa saudari,mungkin saya tidak sepatutnya duduk disini,lagi kan sini tempat laluan orang".Aku berbasi basi,mungkin saja cover macho.Mungkin aku lelaki hanya punya kegoan diri."Saya Khairul ,pelajar jurusan hotel dan pelancongan ,semester ke 2 saya disini.Dan Saudari,siapa nama?"
"Nama saya Raja Sofea Alisya Raja Azlan Shah,panggil saya Sofea.Jurusan Undang Undang .Sudah semester 3 saya berada disini dan saya adalah pustakawan disini".'Salam perkenalan saudara Khairul,boleh saya tahu nama sebenar awak saudara?"dia bersuara.'Nama sebenar saya adalah Putra Pangeran Khairul Iskandar Bin Putra Pangeran Mukriz."Dengan sedikit berbangga aku menyebut namaku.Cinta pertama bertemu di Perpustakaan kampus,sungguh tragik.

Monday 25 February 2013

Abang....Papa Sayang Abang Dan Keluarga...

                                                       Bab 3 : Kisah Kejayaanku




Masa berlalu terlalu pantas,demi segala kepayahan hidup yang aku tempuhi kini aku telah berjaya.Dahulu aku adalah seorang penyambut tetamu di sebuah hotel di selatan tanah air.Atas desakan hidup dan keazaman yang tinggi aku menyambung pelajaranku di peringkat diploma .Aku belajar di sebuah pusat pengajian swasta dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan.Aku bekerja sambil belajar.Mungkin terlau banyak masa untuk aku fikirkan.Betapa susah bekerja sambil belajar.Mana nak difikirkan kerja dan pelajaran.Aku mesti berusaha untuk mendapatkan segulung diploma.Setelah berusaha dengan cekal dan gigih aku dikurniakan diploma pengurusan hotel dan pelancongan.Berbekalkan segulung diploma aku dinaikkan pangkat menjadi pegawai pengurusan hotel.Mungkin kerjaku begitu baik,dari situ pihak pengurusan memandang kebolehan aku menguruskan hotel.Dari semasa kesemasa aku pratikkan apa yang telah ku pelajari.Beberapa tahun kemudian ,aku menyambung pengajianku dalam peringkat ijazah sarjana muda dalam pengurusan hotel dan pelancongan.Mungkin itu minatku dari dulu,pengurusan hotel dan pelancongan.Beberapa tahun kemudian ,cita citaku untuk mendapat segulung ijazah akhirnya berjaya.Aku mendapat segulung ijazah pengurusan hotel.Aku kemudian melangkah jauh kehadapan setelah berjaya.Aku dinaikkan pangkat menjadi pengurus hotel.Lebih besar tanggung jawabku pada masa itu.Dari semasa ke semasa aku belajar banyak perkara tentang pengurusan hotel,pelancongan dan dunia perniagaan.Akhirnya impianku ingin menjadi seorang pengurus hotel berjaya.Aku memulakan langkah baruku,aku melaburkan wang simpananku dan membuat pinjaman bank untuk membeli tanah di sebuah pulau untuk membuat tempat penginapan iaitu chalet.Dari hanya sebuah chalet .Kini aku berbangga cita citaku tercapai.Aku kini punya sebuah resort yang cukup segala kemudahan.Dari chalet kini menjadi resort,Resort Tropika Aswara.Aku mampu tersenyum.

Abang....Papa Sayang Abang dan Keluarga...

                                                                
                                                    Bab 2 : Keluargaku



Namaku Putra Pangeran Khairul Iskandar .Aku mempunyai sebuah keluarga yang bahgia,punya seorang isteri dan 3 orang permata hati.Anakku yang sulung bernama Putra Pangeran Aria kini berumur genap 20 tahun.Sedang menuntut di sebuah universiti luar negara dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan.Anakku yang kedua bernama Putri Allysa Sofea berumur 15 tahun dan kini bersekolah di sebuah sekolah asrama penuh di utara tanah air.Dan anakku yang terakhir bernama Putri Amira Asyiera kini berusia 2 tahun.Orang yang menjadi tulang belakangku selama ini ialah isteriku.Isteriku bernama Raja Sofea Alisya Raja Azlan Syah.Beliau berumur 49 tahun,sentiasa membantuku dikala aku kesusahan,kesedihan dan kesenangan.Mempunyai keluarga Bahgia adalah impianku selama ini.


                                                  

Abang ..Papa Sayang Abang dan Keluarga..

                                                                       Bab 1 : Resort Tropika Aswara


Masa berlalu terlalu pantas,kini usiaku bertambah 1 angka.Aku kini berusia 51 tahun,dengan kejayaan yang aku kecapi pada hari ini aku mampu tersenyum.Aku adalah seorang pengurus sebuah resort di Resort Tropika Aswara di pulau impianku iaitu Pulau Samudera.Pemegang saham terbesar yakni pemilik Resort Tropika Aswara.Kejayaanku bermula 10 tahun lepas apabila aku bersusah payah mendaki puncak hingga aku berjaya kini.Dengan suasana tenang dengan kedamaian lautan berlatarkan pantai biru emerald yang jernih dan berlanskapkan suasana hutan yang menghijau.Resortku menjadi tumpuan pelancong tempatan dan pelancong asing berkunjung ,ini kerana kecantikkan semulajadi yang tersergam indah memukau pemandangan mata.Resort Tropika Aswara diilhamkan berkonsepkan alam semulajadi,menawarkan 2 kolam renang luaran,sebuah spa dan pantai peribadi. 

Thursday 14 February 2013

Episod Terakhir : Catatan Perjalanan Ke Alor Setar Kedah..



Selepas lawatan kami ke Padang Alor Setar kami meneruskan destinasi terakhir,melawat rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Bin Mohammad.Tokoh yang kusanjungi sehingga kini..Banyak kejayaan yang di kecapi oleh Negara Malaysia disebabkan beliau mengutamakan dasar terbuka.Sedikit biografi Tun yang saya dapat.       





Latar belakang

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor SetarKedah tanggal 10 Julai 1925. Merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Tarikh lahir beliau yang didaftarkan pada 20 Disember 1925 (kesemua adik-beradik beliau didaftarkan lahir pada bulan Disember) oleh bapannya adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan[1].

Pendidikan

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di eraPendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VIIUniversiti MalayaSingapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

Kerjaya dan keluarga

Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, JitraLangkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan satu perempuan manakala 3 anak angkat. Anak-anak beliau adalah:
Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.

Kerjaya politik

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya[11]
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfoliopendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor SetarKedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.[12]

Gambar kenangan Di hadapan Rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Mohammad


Duduk ditangga sahaja

20 Disember 1925, Tun Mahathir telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.


Rumah ini telah dibina pada tahun 1900. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar drpd seorang penjual yg masa itu hendak mengahwinkan anaknya.

Semasa dibeli rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja, dan mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan.


Usaha untuk membaik pulih rumah ini dilakukan pada tahun 1992 oleh Arkib Negara, dijadikan pameran dan khazanah negara.

Mahathir adalah satu-satunya Perdana Menteri yang bukan berketerunan bangsawan. Ayahnya seorang guru berbahasa inggeris di sebuah sekolah. Ibunya pula mempunyai talian darah dengan pembuka terusan Wan Saman, iaitu Wan Saman. Panggilan manja ibunya kepada Mahathir ialah C.H.E Det.

Mahathir tidak pernah makan ikan (kecuali sardin, ikan bilis) semasa beliau kecil sehingga lah dewasa kerana menurut emaknya memakan ikan mengakibatkan cacing di dalam perut.


Replika Tong Padi.

Replika Kereta Roda yang dinaiki Mahathir untuk ke sekolah.



Pintu masuk Rumah Pameran. Terdapat dua Rumah Pameran.

Rumah Bumbung Lima (Pameran 1)
Mempamerkan bahan2 berkaitan Biografi, latar belakang keluarga, pendidikkan, kerjaya dan juga penulisan2 beliau.

Rumah Bujang (Pameran 2)
Mempamerkan artifak/gamba2 mengenai kegiatan Mahathir dalam politik dr peringkat awal sehingga menjadi PM.

Sekitar Kawasan Rumah Pameran Dr. Tun Mahathir Mohammad.

Pameran Kilang Ais terletak bersebelahan Rumah Kelahiran Mahathir.

Kilang Ais ini adalah merupakan kilang ais yang pertama di Alor Setar. Rumah Tun Dr Mahathir terletak berhampiran dengan kilang ini. Bangunan kilang ais ini telah dibuat konservasi dan dikekalkan untuk pameran. Juga untuk menggambarkan kegigihan bagaimana seorang anak melayu yg belajar dalam suasana kebisingan mampu mencatat kejayaan sebagai seorang doktor dan pemimpin negara.

Sekitar Kilang Ais


pokok ceri

gambar kenangan

gambar kenangan bersama abang

Selesai sudah lawatan saya ke Rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Seterusnya sudah lah sampai masanya saya balik.Selepas lawatan kami bersama makan tengah hari di kedai berdekatan bandar dan setelah itu balik ke hotel.Aku berehat rehat dan mengemas barang barang untuk balik ke Kuala Lumpur ,sampai masanya kami check out dari hotel.Abang menghantar aku ke Stesen bas Shahab Perdana Alor Setar.Aku menaiki bas pada pukul 3.30 petang dan abang pulang ke Kampung di Perlis.Terasa berat hati meninggalkan negeri Jelapang Padi...Insyallah satu hari nanti aku akan kembali,tekadku.Banyak suka dan kenangan manisku di Alor Setar.Kenangan itu akan ku simpan dalam hatiku.







Episod 4 : Catatan Perjalanan Ke Alor Setar Kedah..


20 January 2013,Ahad.Hari terakhir lawatan saya ke Alor Setar.Macam biasa bangun lewat dalam pukul 10 pagi.Hari ini adalah hari paling bermakna bagi rakyat Kedah ,ini kerana hari ini adalah Hari Sambutan Majlis Keputraan Sultan Kedah.Majlis diadakan di Padang Alor Setar berdekatan Balai Nobat dan Masjid Zahir.




DK.,DKH.,DKM.,DMN.,DUK.,DMK.,DK(Kelantan),
DK(Pahang),DK(Selangor),DK(Perlis),DK(Negeri Sembilan),DK(Johor),DK(Terengganu),DK(Perak), DK(Brunei),DP(Sarawak), DUNM., SMDK., SHMS., SGMK., SPMK., SSDK.,Grand Cordon Of The Order Of The Rising Sun Of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of The Rammata Thailand,Honourable Knight Grand Cross of The Bath of U.K., Asso.Knight Order of St. John, Hon. Ph.D (UUM).

Sembah Takzim

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman
Pada
 20 Januari 2013 (8 Rabiul Awal 1434H)


Saya meneruskan perjalanan kedestinasi pertama saya hari terakhir di Alor Setar.Sarapan pagi setelah selesai  makan kami meneruskan perjalanan ke Menara Alor Setar.Menara ke 2 tertinggi setelah Menara Kuala Lumpur.Saya dapat serba sedikit info berguna tentang menara Alor Setar.

Menara Alor Setar

Saya Dihadapan Menara

Melihat Sekitar Bandar Alor Setar dari puncak Menara


Abang di Menara Alor Setar




Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor StarKedah,Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.
Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke 19 tertinggi di dunia, dan yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur.
Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini dapat melihat permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan RamadhanSyawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan RamadhanHari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki rekabentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.
Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain sepertiGaleri Sultan Abdul HalimBalai Nobat, Balai Besar, Masjid ZahirBalai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.

Setelah berada beberapa lama kami turun dan meninggalkan menara dan menuju kedestinasi ke 2 iaitu Padang Alor Setar yang menempatkan beberapa bangunan yang menjadi salah satu destinasi tumpuan pelancong.Terdapat Galeri Sultan Abdul Halim,Balai Nobat,Balai Besar,Masjid zahir Balai Seni Negeri dan Rumah Merdeka.

Berlatar Belakang Masjid Zahir


Balai Besar


Saya Dan abang


Balai Nobat


Masjid Zahir


 

 SEJARAH  PEMBINAAN MASJID ZAHIR

   Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Ia terletak di persimpangan Jalan Kampung Perak dan Jalan Pekan Melayu. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar bertentangan dengan Balai Besar.. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
   Masjid Zahir mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira – wira  Kedah yang telah gugur semasa berjuang  mempertahankan negeri Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821. Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.
   Upacara perasmian Masjid Zahir dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. 

Pandangan Sisi
   Masjid Zahir merupakan masjid yang tertua di negeri Kedah dan tercantik dari aspek reka bentuk binaanya di Malaysia.

LATAR BELAKANG MASJID ZAHIR

   Masjid Zahir merupakan sebuah masjid yang diklasifikasikan sebagai sebuah masjid yang mempunyai ciri – ciri senibina yang unik serta menarik. Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan daripada Masjid Azizi di Sumatera. Ini bermaksud terdapat banyak pengaruh dari Timur Tengah dan juga India terhadap seni bina dan reka bentuk Masjid Zahir kerana kedua – dua masjid ini mempunyai banyak kubah. Masjid Zahir mempunyai 5 kubah manakala Masjid Azizi mempunyai 9 kubah.



   Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan
tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh
beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu. Setelah 87 tahun selepas pembinaannya, Masjid Zahir telah diperbesarkan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1960 dan pada tahun 1975.



Kubah Masjid Zahir

Mimbar Masjid Zahir
   Disebelah Masjid Zahir terdapat sebuah pejabat untuk Imam Besar, Penghulu Masjid dan juga Bilal. Ini memudahkan mereka untuk menjalankan tugas – tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Ini juga memudahkan jemaah untuk berjumpa dengan mereka jika berlaku apa – apa masalah selain mendekatkan diri mereka dengan penduduk setempat.




Balai Nobat


Balai Nobat yang terletak berhadapan dengan Mahkamah Tinggi dan Wisma Negeri di tengah bandar Alor Star. Bangunan ini dibina bagi menggantikan Balai Nobat lama yang diperbuat dengan kayu dan berbumbungkan zink.

Pintu masuk ke Balai Nobat.
Menjelang pembukaan Bandar Alor Star pada tahun 1735 oleh Sultan Mahammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), beberapa bangunan awal yang siap dibina termasuklah Istana Kota Setar, Balai Besar, Balai Nobat dan Masjid Negeri. Rekabentuk Balai Nobat yang asal tidak dapat dikenal pasti tetapi jelas ianya diperbuat daripada kayu.
Pada Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-25 (1854-1879), Balai Nobat yang baru setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.
Pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), bangunan baru diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ianya mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.
Di Balai Nobat ini disimpan segala alat Nobat termasuklah serunai, nafiri, gendang dan gong yang dimainkan dalam upacara-upacara tertentu seperti pertabalan, kemangkatan dan lain-lain upacara rasmi.

Balai Besar

Klik untuk lihat gambar besar
Balai Besar dilihat dari hadapan.
Klik untuk lihat gambar besar
Bahagian belakang dari Balai Siak ada dua tangga yang bercabang ke kiri dan ke kanan untuk turun ke halaman istana dalam kota.
Bangunan ini asalnya berfungsi sebagai Balai Rongseri atau Balai Penghadapan, merupakan sebahagian daripada Kompleks Istana Kota Setar yang terletak di belakangnya. Bangunan asalnya dibina dalam tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778). Tiang, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu.
Bangunan ini pernah musnah akibat serangan Armada Bugis (1770) dan Siam (1821). Pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), bangunan ini dibaikpulih (1896) diketuai oleh Muhammad bin Lebai Tambi, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah untuk melangsungkan perkahwinan putera-puteri baginda lima bersaudara (1904).
Di samping majlis perkahwinan, Balai Besar ini juga digunakan untuk majlis pertabalan, majlis-majlis rasmi, persidangan Majlis Negeri (State Council) semenjak tahun 1905 sehingga tahun 1973.
Dua orang Sultan Kedah yang pernah ditabalkan secara rasmi di Balai Besar ini ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804-1845) pada tahun 1805 dan KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'Adzam Shah pada 20 Februari 1959.

Rekabentuk Bangunan.
Rekabentuk Balai Besar bercirikan rumah Melayu bumbung panjang. Di sebelah kiri kanan Balai Besar adalah serampi. Serampi sebelah kanan singgahsana ialah tempat anak-anak menteri, hulubalang dan anak-anak pembesar serta rakyat baik-baik. Di serambi kiri ialah tempat alim ulama, saudagar-saudagar dan rakyat baik-baik. Di tengah balai ialah tempat "anak-anak istana" iaitu pemegang alat-alat kebesaran DiRaja bersama dengan menteri dan pegawai kanan kerajaan mengikut status masing-masing hinggalah kepada rakyat biasa.
Tiang dan alangnya diperbuat daripada kayu cengal yang bermutu dari negeri Kedah. Bumbungnya diperbuat daripada atap rembia. Di hadapan Balai Besar didirikan dua buah tangga besar, kiri dan kanan untuk naik ke dewan besar, rumah tangga, serambi kanan, serambi kiri serta astaka dan singgahsana dan Balai Siak iaitu bahagian belakang sekali bangunan tersebut.


Mahkamah Tinggi



Bahagian hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Alor Star.

Bangunan Mahkamah Tinggi Alor Star dilihat dari sisi kiri. Bangunan ini terletak di persimpangan Jalan Putera, bersebelahan Balai Nobat di tengah bandar Alor Star.

Bangunan Mahkamah Tinggi dari sudut tepi.
Bangunan ini terletak di persimpangan Jalan Putera bersebelahan dengan Balai Nobat. Pada mulanya, Bangunan Mahkamah ini ditempatkan di Balai Seni yang ada sekarang yang dahulunya dipanggil "Mahkamah Besar".
Bangunan ini telah dibina pada bulan Rabiulawal 1341 Hijrah bersamaan November 1922 seperti yang tertera pada sekeping batu marmar di suatu sudut di dalam bangunan mahkamah itu. Nama-nama mereka yang bertanggungjawab dalam pembinaan Mahkamah tersebut ialah DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Regent), W.Peel ESQ (Penasihat British), Mejar W.R. Sanguinetti, O.B.E.M.C. (Jurutera Negeri), F.W. Wade ESQ. A.I.R.B. (Arkitek), dan H.W.Fofden ESQ. (Kontraktor).
Melihat kepada rekabentuk senibinanya, jelas menunjukkan bahawa bangunan ini lebih bercirikan senibina Roman. Keadaan ini dapat dikenal melalui rekabentuk tiang yang letaknya berdekatan antara satu dengan lainnya tanpa memikirkan aspek keluasan ruang-ruang yang akan digunakan. Pelbagai jenis ukiran juga terdapat pada bahagian dindingnya. Pada bahagian atas berdekatan bumbungnya diletakkan logo lambang Negeri Kedah.

Balai Seni


Pada tahun 1983, bangunan ini telah dirasmikan sebagai Balai Seni.
Bangunan ini merupakan bangunan Pejabat Kerajaan moden yang terawal dibina di Bandar Alor Star. Ketua pembinaannya ialah Muhammad bin Lebai Tambi, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah. Pembinaannya bermula pada 21 Januari 1893 (4 Rejab 1310). Setelah siap pada tahun 1893, beliau dipertanggungjawabkan membaik-pulih bangunan Balai Besar.Bangunan moden yang bercirikan senibina timur dan barat ini pada mulanya dijadikan Mahkamah Besar dan telah dirasmikan oleh Sultan Abdul Hamid Shah. Sewaktu upacara perkahwinan lima orang putera-puteri baginda berlangsung selama tiga bulan (Jun hingga September 1904), bangunan ini ditutup untuk dijadikan Dewan Jamuan Khas untuk VIP.
Pada tahun 1912, beberapa jabatan telah ditempatkan di sini seperti Pejabat Tuanku Sultan, Pejabat Perbendaharaan dan Audit serta Penasihat British. Menjelang tahun 1914, kebanyakan jabatan itu berpindah ke Bangunan Wan Muhammad Saman. Bangunan ini diduduki pula oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Tali Air (Saliran). Sempena perayaan menyambut Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah (1958-1983), bangunan ini dijadikan Balai Seni Negeri yang dirasmikan oleh baginda pada 25 Julai 1983.



Muzium Di Raja


Tempat bersemayam Sultan Kedah dan beberapa adat istiadat Diraja.

Pintu Gerbang masuk ke Rumah Pelamin yang dihiasi dengan ukiran yang menarik.

Pintu utama untuk masuk ke Rumah Pelamin (yang kini dikenali dengan Muzium DiRaja)
Bangunan ini yang berasal dari "Istana Kota Setar" merupakan sebuah bangunan kayu yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778) iaitu pengasas Bandar Alor Star dalam tahun 1735. Bangunan ini pernah mengalami kerosakan beberapa kali akibat serangan Tentera Bugis (1770) dan Tentera Siam (1821).
Bangunan batunya telah disiapkan pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879). Baginda pernah bersemayam di istana ini bersama permaisurinya Wan Hajar Wan Ismail atau dikenali dengan panggilan "Mak Wan Besar". Kerana itu, istana ini juga terkenal dengan nama "Istana Mak Wan Besar".
YTM Tunku Abdul Rahman Putra juga telah diputerakan bersebelahan dengan istana ini (Bangunan Pagoda, yang kini sudah tiada lagi) pada 8 Februari 1903 dan pernah dibesarkan di istana ini sewaktu ayahandanya Almarhum Sultan Abdul Hamid dan bondanya Mak Che Manjalara bersemayam di sini.
Istana ini juga dikenali sebagai "Istana Pelamin" apabila ruang istana ini diperbesarkan untuk dijadikan astaka dan bilik-bilik tambahan apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah hendak melangsungkan perkahwinan lima orang putera-puterinya. Upacara perkahwinan secara besar-besaran ini mengambil masa tiga bulan dalam tahun 1904.
Selepas tahun 1941, istana ini pernah digunakan sebagai sekolah dan pejabat beberapa persatuan termasuk Pejabat Pergerakan St. John dan Pengakap. Pada 25 Julai 1983, bangunan istana ini diisytiharkan sebagai "Muzium Diraja Kedah".