Monday 29 April 2013

5 May 2013....PRU 13...coretan...ulasan

PRU 13..Setelah 5 tahun..kembali lagi..tiba masa untuk mengundi..memilih pemimpin yang berwiba..demi masa depan negara..demi kemakmuran negara saya pilih pemimpin yang berwibawa yang boleh mentadbir negara tercinta...hak mengundi hak saya...PRU 13 banyak kejutan berlaku...ramai calon muka baru...ramai yang keluar parti sanggup jadi pembelot untuk mentadbir negara sendiri..Hal ini terbukti sejak beberapa minggu ini banyak kejutan berlaku antara pengikut pengikut kerajaan mahu pun pembangkang..
Ada yang mengguna tektik kotor..membakar bendera parti,sanggup mensabotaj parti lawan dan sebagainya...sebagai negara yang bertamadun ..hal ini tak sepatutnya berlaku....sepatutnya cara yang baik perlu diikuti...tiada hasad dengki dan bersaing secara sihat...
Dulu rakyat Malaysia  yang menuntut kemerdekaan dengan Pihak British terlalu bersusah payah ...Semangat demi menjadikan Tanah Melayu bebas merdeka....Sekarang ada segelintir manusia yang tidak bersyukur...menyalahkan parti kerajaan...semua tidak kena..hasad dan dengki..berlaku..apalah nasib anak bangsa akan datang..sekiranya mereka yang sekarang ini tidak memilih pemimpin yang betul betul berwiba untuk mentadbir negara..5 Tahun masa yang terlalu lama..adakah dengan menukar kerajaan sedia ada dapat membantu rakyat atau sebaliknya...fikir fikirkanlah...

Thursday 25 April 2013

14 April 2013...di Pulau Idaman...Saya rindukan Enggang...




Jumaat...12 April 2013...bermula episod..perjalanan ke Pulau Idaman....menyambut hari kelahiranku yang ke 27 tahun...Setiap tahun aku ingin menyambut hari kelahiranku penuh dengan kenangan manis....tahun ini Pulau Idaman iaitu Pulau Pangkor menjadi destinasi pelanconganku selain menikmati keindahan alam,aku mencari ketenangan dan pengalaman manisku di sini dijadikan kenangan yang takkan ku lupakan sepanjang hidupku...manalah tau umurku tidak panjang..sekurang kurangnya aku tidak terkilan...

  Bermula jam 5.30 pagi...aku bangkit awal dari tidur mandi dan bersiap siap hendak memulakan perjalanan..sebelum memulakan perjalanan yang jauh...aku mesti memeriksa barang barang yang perlu dibawa seperti ubatan ubatan,barang penjagaan diri ,sedikit pakaian dan yang penting kamera digitalku..Setiap perjalanan kedestinasi pelancongan aku akan membawa kamera digitalku untuk mengambil gambar tempat tempat menarik ,pemandangan indah dan gambar portretku...Selepas solat Subuh..aku bersalaman dengan ibuku meminta restu agar perjalananku selamat sampai dan selamat kemballi.Aku memulakan langkah kanan ku menuju ke perhentian bas RapidKl ,menunggu bas ke Pudu Sentral Kuala Lumpur.Aku sampai ke Pudu Sentral pada pukul 7.30 pagi dan sempat bersarapan di Medan Selera tingkat 4 Pudu Sentral.
Jam menunjukkan pukul 9.30 sampai masanya aku untuk menaiki bas vip coach tranasional...bas memulakan perjalanan pagi itu dan berhenti di station bas jalan duta untuk mengambil penumpang yang ingin ke Ipoh...Biasanya kalau aku berjalan jauh aku akan pilih duduk di single seat...mudah aku untuk lena dan tak menyusahkan penumpang di sebelahku..Setelah mengambil penumpang di Station bas Jalan duta,bas bergerak menuju ke lebuh raya plus utara selatan....Aku hanya menyelak nyelak majalah yang sentiasa ku bawa jika hendak pergi melancong...macam biasa Majalah Libur..penuh dengan maklumat terkini..tempat tempat menarik di seluruh dunia..Jika aku berjalan jauh majalah ini yang selalu aku bawa..aku terlena di buai mimpi indah..bas masih meluncur laju menuju ke Utara...
11.30 pagi,bas berhenti di stesen RnR Tanjung Malim untuk mengisi minyak...Aku masih lena ...malas hendak turun..Bas kembali bergerak ke Ipoh..Destinasi pertama ku.

 Pada pukul 1 petang aku sampai kedestinasi ku yang pertama Ipoh.bas berhenti di stasion Darul aman,Station bas baru di Ipoh.Pertama kali aku menjejakkan kaki di Station ini...Station bas ini cantik punya banyak kemudahan tapi sistem mengambil penumpang masih di takuk yang lama .Masih ramai yang berebut rebut nak menaiki bas,mencari bas mana yang hendak naik dan sisitem ticket yang tidak sistematik.Aku menunggu selama 2 jam sebelum meneruskan perjalanan ku ke Lumut.