Sunday 2 September 2012

Aku Cinta Malaysia.........


Dewasa ini adab sopan masyarakat Melayu sudah luput dengan peredaran zaman...Tidak lagi anak muda yang hormat pada orang yang tua..tiada lagi diajar dengan kesopanan...ibu bapa sibuk bekerja mencari harta dunia sedangkan anak anak ditinggalkan ...jika dahulu kita boleh lagi melihat...para pelajar menghormati guru guru..anak anak menghormati ibu bapa sanak saudara orang yang lebih tua..contohnya apabila berjumpa dengan orang yang tua kita akan bersalaman mencium tangan...dan menundukkan badan bila berjalan di depan mereka tapi kini...adab itu sudah luput dengan peredaran waktu...bagaimana pada masa ini ada segelintir masyarakat yang tidak lagi menghormati kerajaan..menghormati perdana Menteri membelakangkan Sultan yang menjadi tonggak negara Malaysia tercinta...masyarakat Melayu yang telah berpecah belah...manakah hilangnya Melayu di dunia...terasa kecewa dengan semua ini..dimanakah hilangnya Melayu...pernah pada masa dahulu..Hang Tuah pernah berkata ' Takkan Melayu Hilang Di Dunia'... adakah jasa orang dahulu tidak lagi dikenang oleh masyarakat Melayu sekarang...apakah perjuangan Tunku Abdul rahman Putra Al Haj sia sia...betapa sukar mencapai kemerdekaan pada masa dahulu...kini Malaysia sudah membangun tapi pemikiran sekarang adakah membangun...bangkit lah bangkitlah Msayarakat Melayu..sedarlah bahawa perjuangan orang orang dahulu...untuk mencapai Kemerdekaan Malaysia...Kemerdekaan Tanah Melayu adalah perjuangan yang amat bermakna...adakah dengan menukar jalur gemilang adakah satu perbuatan yang benar....saya amat kecewa dengan masyarakat Malaysia...saya anak Malaysia saya Muhammad Khairu Nizam Bin hj Kamarudin cintakan negara saya negara Malaysia........

No comments:

Post a Comment