Monday 9 December 2013

2013....sebuah ceritera cinta duka dan luka.....


Sebuah ceritera cinta dan duka....aku December 2013...ketika aku menulis catatan kisahku ini..aku sedang berada di Gelang Patah Johor Bahru...jauh berada di perantauan..berhijrah untukmencari pengalaman penamat tahun 2013...Cerita ku bermula...tahun 2013 adalah tahun yang penuh memori kisah cinta duka dan luka aku..kisah dimana aku cari ketenangan...apabila aku memutuskan pertunangan ..berakhir perhubungan ku dengan tunangku..selama 2 tahun aku bertunang akhirnya memutuskan pertunangan...mungkin tiada jodoh antara aku dengan dia...redha dengan hakikat ini...Siapa tahu rasa hatiku ini...jika ada masalah aku suka pergi bercuti ketempat tempat percutian...Alor Star,Perlis,Melaka,Tanjung Bidara,Pulau Pangkor,Genting Highland,Cameroon Highland,Kuala Kangsar,Batu Gajah ,Langkawi dan akhirnya Beseri Perlis..percutian ku berakhir bagi tahun 2013...akhirnya aku disini Gelang Patah untuk hanya sebulan....awal tahun hadapan aku akan berada di Melaka...negeri kelahiran ibu dan arwah ayah...

Ramadhan terakhirku menerima berita yang amat menyedihkan...apabila orang yang menjaga ku semasa kecil menghembuskan nafas yang terakhir...sedih ...makcik yang ku anggap seperti ibuku pergi meninggalkan kami semua...Syawal pertama tiada kegembiraan yang dirasa...setelah solat raya...aku dan keluarga menziarah pusara arwah ayah makcik arwah nenek dan arwah pakcikku abang kepada arwah ayahku..setiap tahun mesti lupa kubur arwah pakcik..sebelum arwah ayah meninggal arwah telah mengamanatkan ziarah pusara arwah pakcik setelah dia dah tak ada nanti....Cerita Syawalku...

Tiada siapa yang tahu perasaanku ini..tiada siapa yang tahu...bila melihat aku tersenyum ingat aku gembira...hatiku sentiasa menangis...bila orang yang kusayang telah pergi dari hidupku..umurku menjangkau 28 tahun pada tahun hadapan 2014...tapi adakah aku masih mampu untuk teruskan hidupku ini..tahun 2013 penuh dengan memori sedih luka dan duka...tahun hadapan...adakah aku mampu untuk berdiri lagi menghembus nafaas seperti orang lain....Semalam aku menangis di tepi higway rasa hatiku jika aku pergi masa itu aku redha..apa yang ada dalam fikiran ku hanya ayah....kepada kawan kawan yang banyak memberi semangat padaku terima kasih...kepada keluargaku terima kasih aku sayang mereka..pada kasihku yang berada jauh,,aku takkan tinggalkan dirimu...walaupun nyawaku terpisah sama sekali cintaku takkan terpisah....

No comments:

Post a Comment